Dah lebih sebulan sambung degree, teringat balik suasana sem 1 kat diploma. Tengah duk mengkaji cammane nak cemerlang macam dulu. Banyak perbezaan. Contoh, dulu semua orang tak tau pun saya ni wujud kat Jengka tu. So x de la nak terjebak sangat dengan pelbagai akitiviti. Momentum dari Sambest pun banyak membantu. Dek kerana kat Sambest semua tu rajin2 belaka, terbawa2 sampai kat Jengka tapi malangnya tak dapat bertahan lama. Hubungan dengan Tuhan tu lagi penting. Masih lagi sumbangan Sambest yang membuatkan amalan ke surau tak ditinggalkan. Teringat sebilik dengan alip satu course dan 2 org lagi dari woodtech. Variasi betul tapi seronok. Best dan harap kisah2 tu tak lupa dihanyut masa, nak nukilkan skit kat blog. Harap2 blog ni bertahan lama la supaya dapat rujuk balik di masa depan.
Kisah 1:-
Kor kesatria nak wat camping yang terkenal dengan kepayahannya. Memang tough, lagi hebat dari minggu orientasi (Minggu Mesra Siswa - MMS). Tapi masa tu semangat menggunung tinggi. Tak kisah ape cabaran pun akan ditempuhi dengan penuh keazaman.
Nak dijadikan cerita, camping kesatria ni memang teruk banding dengan kor lain. Jadi Brass Band, JPA dengan apa entah satu lagi rilek je. Amy, 1 roomate kor brass band. Saya, Alip dengan Sahak semuanya Kesatria. Lepas solat jumaat, kami siap2 dan ucap selamat kat Amy sambil memberi amanat supaya tengok2an bilik kami tu. Memang tak boleh wat ape la, bilik tu memang diiktiraf sebagai bersepah. Sape yg bersepah, x yah cite la kt cni.
Kami bertiga turun dan pergi ke tempat berkumpul. Setelah diberi taklimat, kami diberitahu akan ada dua trip. Dan kami adalah trip yang kedua. Komander minta kami jgn kemana2 dan tunggu trip kedua. Tapi, haus sangat kat bawah mentari ni. Kami pun nekad untuk pergi ke koperasi dekat kolej siswa nak beli air. Alang2 dah ke kolej tu, naik la sekejap. Baring2 ke, duduk2 ke bagi tenang. Maklumlah, nak tunggu bas trip pertama tu mungkin agak lama. Gunung Senyum bukan dekat nak menunggu bas tu patah balik.
Sebaik buka pintu, tengok sekeliling bilik macam tak percaya. Dalam masa sekejap antara kami keluar bilik dan dengar taklimat, bilik dah jadi bersih sebersih2nya. Saya yang ada sifat humor dengan kengkawan pun buat kelakar.
Aku: Wah, amy. Bukan main kau balas dendam. Kitorang takde je terus ko kemas. Bagus2. Aku sokong kau.
Hahaha, yang dua lain tu blh gelak je la. Ntah malu ke ape tak tau. Tapi amy rilek je. Dia mmg nak stadi mase cuti tu. So dia kemas la awal2 supaya tak leceh di kemudian hari. Well, tu antara keadaan menarik di semester 1.
Bukan ape, sekarang ni ade sorang kawan yang asyik cite idup dia je yang paling best. Kalau best pun, kesian la kat kawan lain. Contoh la, kalau jadual kelas dia tu best, jgn la asyik diungkit2. Kang kelas environment pun boleh naik angin. Hahaha. Kalau best, enjoy la benda tu. Kalau x best, jgn la nyusahkan org lain. Tempuhi je la.
Sekian. HoHo!
ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-