Tuesday, March 8, 2011

Teringat


Teringat suatu peristiwa dahulu. Teringat kisah dahulu ketika kini sudah sebulan lebih sedikit menongkah alam pekerjaan. Maklumlah, orang yang tak pernah bekerja walau sekali pun sebelum ini. Melainkan latihan praktikal. Itu sahaja. Tambahan pula, bulan Februari hanya 28 hari dan terkena pula tiga hari cuti umum. Tidak perlu kisahkan, kerana saya bekerja enam (6) hari seminggu. Hahaha...

Bukan kisah besar pun, hanya segmen-segmen memori ketika masih muda remaja. Ketika itu menaiki kereta Abang Cik. Hanya kami berdua didalam kereta itu. Tujuan, tidak ingat pula. Rasanya ketika aku tingkatan dua atau tiga. Lebih kurang, sebaik saja Kak Ju mula bekerja. Antara perbualan kami;

"Kak Ju kau dah jadi lecturer dah, kau nanti nak jadi apa?" tanya Abang Cik pada aku yang masih mentah itu.
"Erm, entahlah Abang Cik. Tak tahu nak jadi apa" balasku pula.


Hurm, Abang Cik. Saya dah mula bekerja sekarang ni. Cuma gaji pertama saja yang belum masuk lagi. Nak buat macam mana, syarikat memang polisinya bayar gaji lambat. Hehe. Tapi yang penting, saya sudah mula bekerja. Maka lengkaplah sudah, anak-anak Cikgu Alias semuanya sudah bekerja. Along pun dah masuk umur-umur hampir bersara dekat bank tu. Lapan tahun lagi. Arwah Kak Ngah pun sudah lama berkhidmat di Jabatan Penyelaraan di UiTM tu. Alang pula, Project Manager kowt. Hehe. Andak macam biasa la dengan pekerjaan teknologi IT tu. Apatah lagi Abang Cik, selalu pula pergi oversea. Mesti seronok. Kak Ju pun hebat juga. Berapa ramai keluaran didikan dia dah mula membina dan menguruskan pembinaan. Saya? Tak pe la. Kerja gaji kecik je. Tapi, Alhamdulillah, InsyaAllah, Allah akan cukupkan. Amin.

"229. IF A BUILDER BUILDS A HOUSE FOR SOMEONE, AND DOES NOT CONSTRUCT IT PROPERLY, AND THE HOUSE WHICH HE BUILT FALLS IN AND KILLS IT OWNER, THEN THE BUILDER SHALL BE PUT TO DEATH" – Hammurabi's Code Of Laws –