Sunday, June 7, 2009

In Memories... Shafiq


Inilah adalah hantaran semula artikel dari blog Friendster. Sudah dua tahun sejak 2007.

Perginya Seorang Sahabat:

Assalamualaikum...

2 minggu sblm ni, baru je jumpa... dah lame rpnya kta tak jumpa... last skali kat family day utk kluarga kita kat PD hari tu... pas tu, bile ko dtg nak amik wan, ngn umi ngn dibah skali, itu la kita jumpa, mamak pun baru nak amik final. so blik la jap wlaupun rase x nk balik. mmg tak rugi la blik hari tu, dpt jumpe ko walaupun tak rase pape. skjp kita buat keje pun jadilah, tlng isikan mnyk kt dlm van tu, haiii... kesian ko, kerja mamak ko pun kna tolong buatkn.

dah pnt tu, ko pun tido, dibah pun tido kat ko, umi ko tido kjp je. tapi mak ju dah nak blik jengka, mamak pun kna ikut gak. tapi bile nak salam mase nak balik tu mls nak kejut, wlaupun umi ko nak kejutkn, mak ju kata, "tak payah la kejut, pnt die tu". mamak pun malas la nk kejut. tapi tak sangka plak lps tgk ko tido hari tu, mamak dah x dpt tgk ko bgn lagi. tak sangka la kau takkan bgn utk selama2 nya.

Minggu ni lagi skali mak ju ko ajak mamak balik, tapi mamak ade paper lagi, slase ni math, killer subject tu, pas tu mak ju plan nak balik isnin, kalau pikir2 mmg gile la kalu balik time2 gini, study pun tak perfect lagi. tapi pkir 2 3 kali psl nk hntr komputer pny psl, mamak pun ikut la. kire same la situasi balik yg trjumpa kau 2 minggu lps. mula2 rase tak nak balik tapi Allah dah takdirkan mamak balik jgk. aish, mmg unik. rpe2 nye nak tak nak, mmg dah takdir mamak akan balik jgk. sequence kjadian bnda ni mmg btul2 dah tersusun, tinggal berlaku je. dan tak sangka kau pergi dlm minggu yg mamak balik kali ni. tak sempat nk borak2 lagi ngn ko, masa dah berhenti buat kau.

sedih rasenye, kwn yg slame ni bersama2 kalu ade function family, raye ke, kenduri ke, kita je sesame, buat keje tu, buat keje ni, tapi dah tak dpt buat lagi dah bnda2 tu sume sesame. tadi lps dgr khabar angin ko kmlngn, mamak tak de la pikir bkn2. maklumlh, selasa ni preksa math. mls nak pkir ngarut2. tapi wan uda dah tau dah, die x nk ckp lagi psl tak konpem. tapi, ayah kau telefon mamak, ckp sape ade kt umah. mamak ckp la takde sesape, wan pun takde kat umah ni. ayah kau terus ckp, yg kau dah meninggal, terkedu mamak dgn menggigil skali. tak sngka la bnda yg bkn2 tu la plak yg berlaku. ayah kau tak dpt nak smbng lagi ayat die. rsnye die mngis pas tu. die pun mntk tlg kt mamak srh call kluarga lain tlg bagitau.

sedih betul rasenye, tak dpt nk wat pape. ko pgi skjp je rasenye, baru je lps spm. Memamng btul2 baru lepas kau SPM. Igt lagi ummi kau surh mamak temankan pegi Manjung tu, nak tunggu kau amek paper last. Kau jadi co-pilot mamak, tlg tunjukkan jalan. Habis kau punye SPM, kita balik Meru, petang tu kau bawak mamak naik motor kau yang dah takde tu sekarang. Sempat jugak kau tunjukkan Jalan Khamis, rumah kawan mamak tu. Dan tak sangka cabaran kau petang tu nak lalu sebelah kubur waktu maghrib, dpt kita lalui. Dan hujung hayat kau, mmg mamak nmpak kau mmg seorang yang good listener. Tapi lepas tu, perkara tak diingini tapi sudah ade dalam takdir mmg berlaku. x dpt nk bayangkan bagaimana bnda gini blh brlaku.

Tapi tak pe la. hidup kna teruskan... walaupun suasana akan berubah lps ni, takde lah geng ngn mamak lps ni kalau ade function pape kt dlm kluarga kita ni.

Shafiq, kita ttp geng baik sampai bile2. Ok?

(Al-Fatihah saya minta Tolong kpd anda semua yg trbaca artikel ni kpd anak saudara saya Mohd Shafiq Saiful Bakhri yang tlh meninggal dunia pada hari Sabtu 5/5/2007. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh beliau. Amin.)

2 TAHUN KEMUDIAN:

Shafik, mamak rindukan kau. Mamak, anak bongsu yang menjadi pak cik kepada kau, sedangkan kita hanya beza 2 tahun sahaja. Dalam kepala ni, mamak sebenarnya sudah berlatih untuk menerima apa2 berita yang berkaitan dengan kematian. Sebab mamak sedar, sbgai anak bongsu yang lahir agak lambat, mamak kena hadapi pelbagai kematian yang banyak.

Kematian atuk kau, ayah mamak sendiri, sebnarnya mamak dapat mengawal perasaan. Tapi menerima berita kematian kau memang bergenang hingga kini sebenarnya. Sungguh berbeza perasaannya. Tapi, 10 bulan kemudian, ummi kau pula pergi menemani kau. Lagi sekali kematian tak dijangka. Kita manusia, bila-bila saja akan mati. Tapi kematian yang awal, belum lagi dalam minda mamak untuk mamak bersedia.

Semoga kalian bertiga, Ayah, Shafik dan Kak Ngah selamat di dalam kubur.

Doaku hanyalah: Yal Allah, kau ampunilah dosa ayahku, kakakku Asiah dan Shafik. Ya Allah, Kau cucurikanlah rahmat ke atas ruh ayahku, kakakku Asiah dan Shafik. Ya Allah, kau letkkanlah Ayahku, kakakku dan Shafik di kalangan orang yang soleh dan solehah. Amin ya Rabbal Alamin.

ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-

4 comments:

FRM said...

be though! :) btw, ak da de blog, rajen2 la lawat k..

-ex dormate

Anonymous said...

:-(

Aderi Aryasu said...

sedih kn? em, ade dtg rase sedih tu x bile bc ni?

AIS said...

haah sedih...teringat arwah nenek sedara n arwah makcik...tp ms diorg mninggal xsempat nk jumpa..ms tu ade kt kuantan...lmbt gtau,, klu x mmg da blk kg...:-((