Thursday, February 10, 2011

Lama Sudah

 Gambar hiasan.

"Apis, pinjam laptop, nak menulis sikit-sikit la" kataku pada Apis sedangkan dia tiada di rumah.
"Ok, pakai la, Dah guna nanti shutdown ye" kata-kata mulut aku lagi menggantikan Apis yang tiada di rumah.

Saudara-saudari sekalian, sebenarnya saya bukanlah menggunakan laptop tanpa kebenaran. Tapi saya sudah meminta kebenaran sejak sebelum beliau keluar rumah lagi. Terasa kepingin sangat mahu menulis tapi semangat itu kian luntur. Walaupun pelbagai idea, rasa, pandangan dan perasaan yang cuba dikongsi namun segalanya tak berjaya dicoretkan diatas sesuatu yang boleh dijadikan rekod. Tinggal saja didalam sudut hati dan minda dan kalau tiada rezeki, benda dan perkara ini akan luput begitu saja,

Sekarang saya berada di fasa peralihan, dari seorang pelajar yang kebudak-budakan menjadi seorang pekerja yang perlu berfikir tapi masih lagi kebudak-budakan. Mungkin mengambil sedikit masa untuk menjadi serius. Betullah lirik lagu 'Waiting For The End' dari Linkin Park, katanya "The hardest part of ending is starting again'. Sudah habis belajar, tapi baru hendak bermula bekerja memang agak sukar juga sebenarnya. Namun itulah yang perlu ditempuhi untuk meneruskan fasa kehidupan manusia.

Dan dipetik pula lirik lagu Justin Bieber dan sama dengan tajuk lagunya 'Never say never'. Ya, saya tak patut putus harapan dan teruskan bersemangat dengan segala fikiran positif. Walaupun sekeliling dan keadaan tidak memberansangkan sekalipun, tugas perlu dilaksanakan dengan amanah dan cabaran itu adalah cara untuk menimba ilmu paling berharga.

Memang betul, apalah yang diharapkan untuk duduk dipejabat berhawa dingin mengharapkan tiada kerja yang diberi. Sungguh aneh sekali pemikiran itu. Namun segalanya adalah cabaran. Diakui, ada juga yang tak dapat direntangi secara fizikal. Kadang-kadang, kita perlu juga berhati-hati dalam segala tindakan. Betul kan?

Mungkin agak bercelaru sedikit entri kali ini. Namun asalkan dapat menulis sebentar juga sudah dapat memberi sedikit kelegaan. Diri juga sudah berjauhan dengan mesen permainan video. Mengharapkan dapat mengalihkan minat ke arah buku dan juga risalah. Maka bertambah ilmu dengan segera dan juga dapat dijadikan bahan rujukan. Ya semua, selamat maju jaya dan moga sukses-sukses selalu dalam apa jua perkara kebajikan yang kalian lakukan.

"Saya mahu siapkan tangki air ini untuk memudahkan para muslimin dan muslimat semua mengambil wudhu'. Amin InsyaAllah"

Gambar hiasan.

"IF OUR COUNTRY WORTH DYING FOR IN TIME OF WAR LET US RESOLVE THAT IT IS TRULY WORTH LIVING FOR IN TIME OF PEACE" – Hamilton Fish –

2 comments:

Anonymous said...

sila2.. jgn malu jgn segan.. hehe =p

Aderi Aryasu said...

baik, terima kasih pis... jasamu akan ku kenang.. hehe