Salam semua. Memang lama tak menulis. Entahlah, rasanya ketika bekerja di tapak ada juga peluang untuk menulis. Tapi kini bekerja di perunding, asyik berasa tiada kesempatan untuk menulis. Mungkin jika sebaik saja pulang dari bekerja di tapak, tiada apa lagi perlu dirunsingkan kerana kerja hanya bisa dibereskan di tempat kerja. Sebaik pulang, walaupun terbit jua kerisauan namun tidak akan dapat sama sekali dibereskan di rumah. Hanya perlu menunggu keesokan hari untuk berpeluang membereskan saki baki kerja.
Berbeza pula bekerja dengan perunding. Memang yang termaktub untuk hari bekerja adalah dari hari Isnin sehingga hari Jumaat. Namun terasa seolah-olah bekerja 24/7 bak kata orang putih. Malahan ketika hari cuti pun terasa sarat perkara-perkara kerja di dalam kepala. Jadi sentiasa rasa keberatan untuk menulis. Dahulu banyak pengalaman seharian yang senantiasa bertukar menjadi idea untuk menulis. Namun kini terperap di dalam petak pejabat menyebabkan minda menjadi kaku jika dilihat dari aspek penulisan.
Memang bekerja di tapak menjana minda, idea dan semangat untuk menulis kerana pelbagai perkara dan situasi dapat dirasai melalui pengalaman sebenar. Namun tidak kurang juga bekerja di perunding. Memang banyak juga pengalaman dan juga ilmu pengetahuan hanya cuma agak sukar untuk di formulasi menjadikan sebuah penulisan. Mungkin selepas ini penulisan saya akan berbentuk saintifik, fakta-fakta dan juga idea-idea teori kerana segalanya dilalui melalui teori dan idea. Implementasi mungkin kurang namun segalanya akan dibina melalui pengalaman individu lain dalam mengajar diri saya ini.
Alhamdulillah, kerap juga keluar untuk berinteraksi dengan dunia luar dan juga merasai situasi tapak. Sebagai contoh saya telah berpeluang untuk mengikuti lawatan tapak di Gerik dan juga Sungai Siput. Jika berkesempatan, saya akan menukilkan pengalaman ketika lawatan tapak itu di dalam blog ini. Memang terasa menarik dan harapnya memori dan pengalaman itu tidak luput dan sempat di tulis di dalam blog. Amin, InsyaAllah.
"229. IF A BUILDER BUILDS A HOUSE FOR SOMEONE, AND DOES NOT CONSTRUCT IT PROPERLY, AND THE HOUSE WHICH HE BUILT FALLS IN AND KILLS IT OWNER, THEN THE BUILDER SHALL BE PUT TO DEATH" – Hammurabi's Code Of Laws –
1 comment:
Post a Comment