Ohisashiburi desu nee, Buroggu. (Translation: Long time no
see, blog!). Hehe, just a thing to make me trying to smile. Well, blog, you
know what. The world has change a lot. It is already 2012. You see, 2012. I
have seen 2012 movie on 2009. Okay, tiada format yang proper di sini. Kali ini
menulis mengikut suka hati aku.
Aku tengah dengar lagu Akhil Hayy – Farshi Turab masa
menulis ni. Sebelum ni aku dengar The Chosen One oleh Maher Zain. Sungguh
syahdu lagu kali ini. Alhamdulillah, aku tak tahu lagu syahdu kontemporari.
Masih baik gerak hati ini untuk menjenguk lagu-lagu baik ketika mood tak
menentu. Tapi kadang-kadang jadi mengong jugak. Boleh pegi bantai lagu Linkin Park
kalau tengah-tengah tensen. Tapi masa belajar je la, konon nak release tensen.
Tapi hakikatnya sujud itulah detik ketika yang paling sesuai untuk release
tensen. Ketika itulah paling dekat, dengan Dia. Biarkan daku sujud selamanya.
Betul blog. Dunia dah berubah. Sekarang aku berasa macam insan
tak berguna. Anyone ever will cry for me when I am dead? I don’t know. Is it
the world will misses me when I’m gone? I don’t know. I’ve been an a**hole for
sometimes now. Dari berada di puncak roda, boleh kata la, masa grad dari
diploma dulu. Kemudian struggle dengan gelungan roda berada dibawah dan mencuba
untuk memusing ke atas kembali. Nampak macam hampir berjaya, namun hampeh blog.
Betul aku cakap kat kau. Sampah aku ni. Na’uzubillah min zalik. I cannot give
up on life. Allah has granted this opportunity, to live the life of eternity.
But actually, I have lost my will to live. But I don’t want
to commit suicide. Of course, it’s haram. As long as I remember some scene from
Three Idiots, remember those faces that you loved the most before you are about
to do something stupid. Yes, 3 idiots, a nice movie. Cite pasal kejuruteraan.
Nice. Tapi cite sesuai untuk student la. Dan berguna juga untuk pensyarah untuk
menaikkan semangat student masing-masing. Aku rasa director cite tu kene buat
sequel la, 4 idiots ke, 5 idiots ke, untuk tunjukkan dunia pekerjaan sebagai
jurutera pulak. Hahaha.
Blog, dulu-dulu dengan kau la aku menepek nak menulis
macam-macam. Memang berminat betul la aku menulis. Tapi sekarang dah sunyi kan? Betul, maafkan aku
blog. Ye tak ye, aku dah banyak sangat sebut maaf/sorry lately. Macam cerita
Wanted pulak. Brader protagonist tu asyik cakap “I’m sorry”. Kadang-kadang tu
dalam slow motion. Tak caya cuba
tengok cite tu kejap. Hahaha.
Macam ni blog, dulu aku student. Dapat bilik sorang je kat
rumah sewa tu. Jadi aku memang syok, banyak dapat ilham dan idea untuk
merapu-rapu dalam ni. Tak segan silu nak menulis. Tapi dah grad dan masuk ke
alam sebenar ni, keje la pulak. Kerja-kerja-kerja. Betullah, kalau non-muslim
kerja untuk kekayaan diri. Namun aku kena tahu, kerja adalah ibadah. Walaupun
etika kerja aku tak berapa nak proper dan kelam kabut. Haha, silly me. Ukur
baju di badan sendiri. Law of attractions, itulah antara prinsip kakak aku,
antaranya yang dipegang sekarang ni. Walaupun satu-satu hal dalam kehidupan
kita, kita perlu berfikiran positif. Contohnya, kita sentiasa berharap dalam
diri kita bila memandu dengan berkata “Janganlah eksiden”. Tapi tak elok jika
berkata begitu, sebab ada perkataan negative “eksiden” disitu. Jadi yang elok
sebenarnya adalah “Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar, Amin”.
Janganlah berputus asa, ya betul. Kena biasakan diri dengan perkataan positive.
Yes, law of attractions.
Hehe, you know what, my sister must already recognize
myself, my character. I always thinking negative. That’s why my mental is now
negative. Na’uzubillah. So prevent myself from negative thinking. Payah bebenor
nak tukar pemikiran orang sebenarnya. Aku pun tengah cuba menukarkan setting pemikiran
aku ni. Namun agak sukar. Aku tak tahulah, mungkin life crisis aku adalah
ketika ini. Kecamuk. Haha. Sedangkan sebenarnya duduk rumah saja. Kerja pun
dekat. Entahlah, aku pun tak tahu. Pencarian aku dah terpesong landasan. Itu
yang kelangkabut sengal alam je tu.
Sebenarnya, quality diri aku telah hilang, meresap dek
angin. I am no longer the person that I am proud few years back. 5 years ago to
be exact. Tanya mak, adakah dia bangga dengan aku, tak kot. Jadi aku kena
berubah. Menaip saja pun tak guna. Itulah aku, kata nak berubah, namun susah
nak dipraktikkan. Everyone, saya nak minta maaf jika saya ada melakukan salah
dan silap kepada kalian semua. I beg for all of your forgiveness. Sementara
masih sempat, tuntutlah apa-apa yang kekurangan dari saya. Jika mampu, saya
akan usahakan yang terbaik dan sebaik mungkin. I want to thanks Allah, He has
given me this opportunity to write an apology to all of you.
Maafkan saya mak, walaupun kini giliran saya menemani mak
selepas mak berpindah-pindah rumah abang-abang dan kakak yang lain selama 6-7 tahun ini,
tidak sebagus mana diri ini melaksanakan amanah tersebut. Astaghfirullahal’azim.
InsyaAllah, saya ingin meminta maaf dari mak setiap pagi sebelum pergi kerja.
Manalah tahu. Kehidupan dunia adalah lumrah alam yang fitrah, tiada siapa dapat
mengubahnya.
Adoi, sedih betullah. Kena pulak dengar lagu sedih ni. Hihi.
I believe the time which change myself bit by bit was, when my best friend
forever passed away in 2007. Syafiq, I missed you so much. Mamak (panggilan
diri aku yang special hanya untuk Syafiq dan Adibah, dan mungkin juga anak-anak
Kakju, insyaAllah) dulu selalu bayangkan kita dah tua-tua nanti (maklumlah,
pakcik dan anak sedara beza 2 tahun saja) duduk atas kerusi malas dekat halaman
rumah Atok ni, kita pandang menghadap KLCC. Tapi mungkin masa tu banyak
bangunan lagi tinggi dari KLCC. Wallahua’lam. Mamak selalu bayangkan yang kau
akan jadi pengapit mamak kalau mamak sempat kahwin. Lepas tu mamak jadi
pengapit kau pulak masa kau kahwin. Kengkadang tu mamak bayangkan kita join
venture buat bisnes. Tapi jarang mamak dapat berangan secara spesifik apa yang
kita akan usahakan. Tapi kalau kau nak tau Syafiq, mamak suka berangan benda
yang tak masuk akal. Kita jadi pemain bola professional untuk Malaysia.
Walaupun fizikal kita besar, tapi mamak bayangkan ktia slim la. Kau jadi
striker dan mamak jadi midfield. Tak pun kita dua-dua tukar posisi ikut
kesesuaian. Kalau salah seorang dari kita score, kita akan celebrate sama-sama.
Memang pasti, inilah yang mamak selalu berangan kan. Tak lojik kan? Tapi itulah yang mamak selalu
khayalkan. Kalau duk sensorang ke, kalau drive ke, ikutlah bile mase mamak nak
berangankan. Tapi itu cuma angan-angan. Kau pun dah takde. Al-Fatihah. Suatu
masa dihadapan nanti, mamak harap kita berjumpa lagi. Rindu sangat la. Harap
ada Ummi kau sekali. Al-Fatihah. Dan jika diizinkan oleh Allah, kita satu
family berkumpul bersama.
To my beloved: I’m sorry again and again.
Okay sekarang lagu Maher Zain – InsyaAllah (versi melayu).
Saje nak quote;
Kembalilah
kepada yang Esa,
Yakin
padaNya, Panjatkanlah doa,
Ooo, Ya
Allah, pimpinlah daku dari tersasar,
Tunjukkan
daku ke jalan yang benar,
(Jalan yang
benar) x3.
Tiap kali aku dengar lagu ni, mesti aku teringat masa aku
pasrah dengan tekanan kerja di Taman Melawati dulu. Masa dekat Melawati tu la,
aku betul-betul suka dengar lagu Maher Zain nih. Walaupun amat tekanan, tapi
aku rasa dekat melawati ni lah aku banyak belajar pasal paip air. Namun, kalau
structure, hampeh. Buntu, sangkut aku. Tapi time tu aku rase macam hampir-hampir
pro la bab-bab paip air ni. Tapi sebenarnya jauh lagi dari level pro tuh.
Terima kasih Encik Nik, hanya Allah lah dapat membalas jasa encik atas tunjuk
ajar encik. Macam tu lah aku rase elok turunkan ilmu. Tapi slack tu la, projek
bungalow yang aku buntu tu. InsyaAllah, jika diberi rezeki untuk handle projek
air yang lain, aku cuba
terima dan bersungguh-sungguh.
Memandangkan entri ini terlalu sedih untuk aku post, tapi
aku tetap post. Tapi, aku kan
turunkan entri ni ke 2nd entry sebab aku akan post copy/paste entri
tentang pemecatan YB Dr Hasan Ali dari Pas. Entahlah, siapa yang betul siapa
yang salah. Dr Hasan Ali yang betul ke, PAS yang betul ke, PKR yang betul ke
ataupun yang paling betul adalah DAP? Aku pun tak tahulah. Macam-macam hal
dunia sekarang ni.
In memories of :-
i)
My Father
ii) My Sister (Kak Ngah)
iii) My Best Friend Forever a.k.a. My Nephew (Mohd Syafiq)
Al-Fatihah.
"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –