Monday, January 9, 2012

Ohisashiburi



Ohisashiburi desu nee, Buroggu. (Translation: Long time no see, blog!). Hehe, just a thing to make me trying to smile. Well, blog, you know what. The world has change a lot. It is already 2012. You see, 2012. I have seen 2012 movie on 2009. Okay, tiada format yang proper di sini. Kali ini menulis mengikut suka hati aku.

Aku tengah dengar lagu Akhil Hayy – Farshi Turab masa menulis ni. Sebelum ni aku dengar The Chosen One oleh Maher Zain. Sungguh syahdu lagu kali ini. Alhamdulillah, aku tak tahu lagu syahdu kontemporari. Masih baik gerak hati ini untuk menjenguk lagu-lagu baik ketika mood tak menentu. Tapi kadang-kadang jadi mengong jugak. Boleh pegi bantai lagu Linkin Park kalau tengah-tengah tensen. Tapi masa belajar je la, konon nak release tensen. Tapi hakikatnya sujud itulah detik ketika yang paling sesuai untuk release tensen. Ketika itulah paling dekat, dengan Dia. Biarkan daku sujud selamanya.

Betul blog. Dunia dah berubah. Sekarang aku berasa macam insan tak berguna. Anyone ever will cry for me when I am dead? I don’t know. Is it the world will misses me when I’m gone? I don’t know. I’ve been an a**hole for sometimes now. Dari berada di puncak roda, boleh kata la, masa grad dari diploma dulu. Kemudian struggle dengan gelungan roda berada dibawah dan mencuba untuk memusing ke atas kembali. Nampak macam hampir berjaya, namun hampeh blog. Betul aku cakap kat kau. Sampah aku ni. Na’uzubillah min zalik. I cannot give up on life. Allah has granted this opportunity, to live the life of eternity.

But actually, I have lost my will to live. But I don’t want to commit suicide. Of course, it’s haram. As long as I remember some scene from Three Idiots, remember those faces that you loved the most before you are about to do something stupid. Yes, 3 idiots, a nice movie. Cite pasal kejuruteraan. Nice. Tapi cite sesuai untuk student la. Dan berguna juga untuk pensyarah untuk menaikkan semangat student masing-masing. Aku rasa director cite tu kene buat sequel la, 4 idiots ke, 5 idiots ke, untuk tunjukkan dunia pekerjaan sebagai jurutera pulak. Hahaha.

Blog, dulu-dulu dengan kau la aku menepek nak menulis macam-macam. Memang berminat betul la aku menulis. Tapi sekarang dah sunyi kan? Betul, maafkan aku blog. Ye tak ye, aku dah banyak sangat sebut maaf/sorry lately. Macam cerita Wanted pulak. Brader protagonist tu asyik cakap “I’m sorry”. Kadang-kadang tu dalam slow motion. Tak caya cuba tengok cite tu  kejap. Hahaha.

Macam ni blog, dulu aku student. Dapat bilik sorang je kat rumah sewa tu. Jadi aku memang syok, banyak dapat ilham dan idea untuk merapu-rapu dalam ni. Tak segan silu nak menulis. Tapi dah grad dan masuk ke alam sebenar ni, keje la pulak. Kerja-kerja-kerja. Betullah, kalau non-muslim kerja untuk kekayaan diri. Namun aku kena tahu, kerja adalah ibadah. Walaupun etika kerja aku tak berapa nak proper dan kelam kabut. Haha, silly me. Ukur baju di badan sendiri. Law of attractions, itulah antara prinsip kakak aku, antaranya yang dipegang sekarang ni. Walaupun satu-satu hal dalam kehidupan kita, kita perlu berfikiran positif. Contohnya, kita sentiasa berharap dalam diri kita bila memandu dengan berkata “Janganlah eksiden”. Tapi tak elok jika berkata begitu, sebab ada perkataan negative “eksiden” disitu. Jadi yang elok sebenarnya adalah “Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar, Amin”. Janganlah berputus asa, ya betul. Kena biasakan diri dengan perkataan positive. Yes, law of attractions.

Hehe, you know what, my sister must already recognize myself, my character. I always thinking negative. That’s why my mental is now negative. Na’uzubillah. So prevent myself from negative thinking. Payah bebenor nak tukar pemikiran orang sebenarnya. Aku pun tengah cuba menukarkan setting pemikiran aku ni. Namun agak sukar. Aku tak tahulah, mungkin life crisis aku adalah ketika ini. Kecamuk. Haha. Sedangkan sebenarnya duduk rumah saja. Kerja pun dekat. Entahlah, aku pun tak tahu. Pencarian aku dah terpesong landasan. Itu yang kelangkabut sengal alam je tu.

Sebenarnya, quality diri aku telah hilang, meresap dek angin. I am no longer the person that I am proud few years back. 5 years ago to be exact. Tanya mak, adakah dia bangga dengan aku, tak kot. Jadi aku kena berubah. Menaip saja pun tak guna. Itulah aku, kata nak berubah, namun susah nak dipraktikkan. Everyone, saya nak minta maaf jika saya ada melakukan salah dan silap kepada kalian semua. I beg for all of your forgiveness. Sementara masih sempat, tuntutlah apa-apa yang kekurangan dari saya. Jika mampu, saya akan usahakan yang terbaik dan sebaik mungkin. I want to thanks Allah, He has given me this opportunity to write an apology to all of you.

Maafkan saya mak, walaupun kini giliran saya menemani mak selepas mak berpindah-pindah rumah abang-abang dan kakak yang lain selama 6-7 tahun ini, tidak sebagus mana diri ini melaksanakan amanah tersebut. Astaghfirullahal’azim. InsyaAllah, saya ingin meminta maaf dari mak setiap pagi sebelum pergi kerja. Manalah tahu. Kehidupan dunia adalah lumrah alam yang fitrah, tiada siapa dapat mengubahnya.

Adoi, sedih betullah. Kena pulak dengar lagu sedih ni. Hihi. I believe the time which change myself bit by bit was, when my best friend forever passed away in 2007. Syafiq, I missed you so much. Mamak (panggilan diri aku yang special hanya untuk Syafiq dan Adibah, dan mungkin juga anak-anak Kakju, insyaAllah) dulu selalu bayangkan kita dah tua-tua nanti (maklumlah, pakcik dan anak sedara beza 2 tahun saja) duduk atas kerusi malas dekat halaman rumah Atok ni, kita pandang menghadap KLCC. Tapi mungkin masa tu banyak bangunan lagi tinggi dari KLCC. Wallahua’lam. Mamak selalu bayangkan yang kau akan jadi pengapit mamak kalau mamak sempat kahwin. Lepas tu mamak jadi pengapit kau pulak masa kau kahwin. Kengkadang tu mamak bayangkan kita join venture buat bisnes. Tapi jarang mamak dapat berangan secara spesifik apa yang kita akan usahakan. Tapi kalau kau nak tau Syafiq, mamak suka berangan benda yang tak masuk akal. Kita jadi pemain bola professional untuk Malaysia. Walaupun fizikal kita besar, tapi mamak bayangkan ktia slim la. Kau jadi striker dan mamak jadi midfield. Tak pun kita dua-dua tukar posisi ikut kesesuaian. Kalau salah seorang dari kita score, kita akan celebrate sama-sama. Memang pasti, inilah yang mamak selalu berangan kan. Tak lojik kan? Tapi itulah yang mamak selalu khayalkan. Kalau duk sensorang ke, kalau drive ke, ikutlah bile mase mamak nak berangankan. Tapi itu cuma angan-angan. Kau pun dah takde. Al-Fatihah. Suatu masa dihadapan nanti, mamak harap kita berjumpa lagi. Rindu sangat la. Harap ada Ummi kau sekali. Al-Fatihah. Dan jika diizinkan oleh Allah, kita satu family berkumpul bersama.

To my beloved: I’m sorry again and again.

Okay sekarang lagu Maher Zain – InsyaAllah (versi melayu). Saje nak quote;

Kembalilah kepada yang Esa,
Yakin padaNya, Panjatkanlah doa,
Ooo, Ya Allah, pimpinlah daku dari tersasar,
Tunjukkan daku ke jalan yang benar,
(Jalan yang benar) x3.

Tiap kali aku dengar lagu ni, mesti aku teringat masa aku pasrah dengan tekanan kerja di Taman Melawati dulu. Masa dekat Melawati tu la, aku betul-betul suka dengar lagu Maher Zain nih. Walaupun amat tekanan, tapi aku rasa dekat melawati ni lah aku banyak belajar pasal paip air. Namun, kalau structure, hampeh. Buntu, sangkut aku. Tapi time tu aku rase macam hampir-hampir pro la bab-bab paip air ni. Tapi sebenarnya jauh lagi dari level pro tuh. Terima kasih Encik Nik, hanya Allah lah dapat membalas jasa encik atas tunjuk ajar encik. Macam tu lah aku rase elok turunkan ilmu. Tapi slack tu la, projek bungalow yang aku buntu tu. InsyaAllah, jika diberi rezeki untuk handle projek air yang lain, aku cuba terima dan bersungguh-sungguh.

Memandangkan entri ini terlalu sedih untuk aku post, tapi aku tetap post. Tapi, aku kan turunkan entri ni ke 2nd entry sebab aku akan post copy/paste entri tentang pemecatan YB Dr Hasan Ali dari Pas. Entahlah, siapa yang betul siapa yang salah. Dr Hasan Ali yang betul ke, PAS yang betul ke, PKR yang betul ke ataupun yang paling betul adalah DAP? Aku pun tak tahulah. Macam-macam hal dunia sekarang ni.


In memories of :-

i)        My Father
ii)      My Sister (Kak Ngah)
iii)    My Best Friend Forever a.k.a. My Nephew (Mohd Syafiq)

Al-Fatihah.



"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –

7 comments:

Anonymous said...

"To my beloved: I’m sorry again and again."

if 'your beloved' is referring to me this is the answer...
your sorry are accepted for how many times, i don't know...before you say sorry,, i've forgive you..

sorry--> a simple word but painful..

Aderi Aryasu said...

i'm sorry again. i don't know any other words else.

Anonymous said...

i'm sorry 2..feel free to read this article..and hopefully you can get out from negative thinking..no need to be stress bcoz it can make u do something stupid..as u said,, "remember those faces that you loved the most before you are about to do smothing stupid".. and i dont know whether i'm 1 of the faces... hopefully yes..take care..

http://debudeodhar.hubpages.com/hub/9010_Principles_of_Stephen_Covey..

Anonymous said...

http://debudeodhar.hubpages.com/hub/9010_Principles_of_Stephen_Covey

Anonymous said...

90/10 Principles of Stephen Covey..

Aderi Aryasu said...

thanx 4 ur suggestion. now i blame myself even harder. sorry.

Anonymous said...

just smile.. its ok..