Rakan2 sekalian...Ada antara kita yang cuba memohon biasiswa JPA secara online.Disini ingin disarankan supaya rakan2 cuba update semula borang online tersebut.Ada antara kita yang teraniaya oleh orang yang tidak diketahui dengan mengubah status pinjaman kita.Bagi soalan 'Pernah mendapat tajaan JPA sebelum ini', ramai yang menjawab TIDAK tetapi jika dilihat semula ditukar menjadi YA. Sila lihat baik2. Mungkin ada orang yang cuba sabotaj pesaing yang lain dalam mendapatkan biasiswa dari JPA ini. Anda dinasihatkan untuk update borang itu sehingga 3 kali supaya tiada orang lain boleh mengubah segala maklumat anda. Jangan lupa untuk menyemak maklumat lain juga. Saya juga menjadi mangsa kerana ada beberapa maklumat lain turut diubah. Ini kerana pihak JPA telah menghantar email kepada pemohon untuk memberitahu mengenai kesilapan ini dan pemohon perlu bertindak untuk update borang tersebut. Oleh kerana satu senarai nombor kad pengenalan yang banyak disertakan bersama, mungkin ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nombor IC orang lain untuk mengubah maklumat yang telah diisi oleh pemohon asal. Kerana keselamatan online adalah kurang, maka sesiapa sahaja boleh menceroboh profile orang lain walaupun orang yang berniat jahat itu adalah seorang yang bodoh IT.Maaflah kerana terlambat, hari ini adalah hari terakhir bagi melakukan semua itu. Hari ini adalah tarikh tutup bagi permohonan JPA tersebut. Selamat berjaya. Semoga permohonan kita semua tercapai walaupun kuota JPA untuk bukan bumiputra sudah dinaikkan hingga 45%. Salam perjuangan dari saya. Tatakau Monotachi.
ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-
No comments:
Post a Comment