Penat lelah untuk bersedia bersiap untuk pendaftaran Ijazah ini semacam tidak akan habis. Sebaik saja pulang dari Agro Bank di tengah kota, terlihat 'flier' di peti surat. Terlihat iklan mencari pekerja untuk JUSCO AU2. Terkejut juga, "kat mana lagi diorang nak buat shopping complex ni? Ada ruang lagi ke kat Keramat ni?" bisik hati. Tanpa berlengah lagi, terus cuba mencari melalui saluran jalur lebar. Masih lagi terbayang-bayang di mata, banyak juga iklan digantung ditepi-tepi jalan. Sangka hati, mereka mencari pekerja untuk AEON di Bukit Tinggi, Klang. Agak jauh dan tidak lojik juga untuk merekrut pekerja disini tapi untuk bekerja di Klang nun jauh di sana.
Terlintas di kepala satu iklan yang digantung di sebuah tapak pembinaan. Terus dapat ilham, disitulah bakal dibina JUSCO AU2 itu nanti. Sebelum ini, tapak itu adalah kawasan untuk peniaga kecil ditepi jalan ke arah setiawangsa itu. Ada yang jual basikal, jual barangan dapur dan membuat bengkel disitu. Di situ juga saya dan ayah membeli basikal. Ayah ingin membeli basikal untuk saya disamping Ayah pun mahu menggunakannya. Kata mak, pagi-pagi Ayah naik basikal untuk menghantar kad jemputan bersempena Andak kahwin untuk jiran tetangga. Sambil-sambil itu, boleh juga mengeluarkan peluh sambil tidak membazir wang untuk bahan bakar. Tak terbayang sejak dulu lagi Ayah juga peneraju usaha menyelamatkan alam sekitar. Tapi tak sangka setelah semua dirobohkan, akan dibina pula sebuah pasaraya yang lebih besar. Sekali imbas tengok di kawasan pembinaan, ia akan jadi sebuah pasaraya yang paling besar di Taman Keramat. Walaupun Taman Keramat penuh dengan taman perumahan, tapi sekian lama memang tidak ada pasaraya besar. Yalah, rata-rata mempunyai kenderaan dan boleh memandu ke Carrefour Wangsa Maju jika mahu ke pasaraya besar. Paling tidak pun pergilah ke Giant Setiawangsa untuk membeli keperluan. Teringat bagaimana JSS Supermarket gulung tikar sebab adanya Giant disitu.
Patutlah kelihatan pekerja-pekerja Giant Setiawangsa semacam murung dan sugul. Perkhidmatan pun semakin lambat dan lebih terasa ketika hendak beratur untuk membayar barangan. Mungkin takut dengan siapnya bangunan JUSCO AU2 tersebut memberi saingan yang amat hebat kepada mereka. Mereka mungkin terpaksa mengimbas kembali apa yang berlaku pada JSS Supermarket tersebut supaya sejarah buruk JSS Supermarket tidak terkena kepada mereka pula. Jangan risau, bangunan Giant Setiawangsa ini melekat pada Petronas, McDonald dan juga Pos Malaysia. Lagipun, Giant mungkin bertukar dari pasaraya utama di Taman Keramat ini kepada pasaraya alternatif bagi menghindari kesibukan. Wah, sibuk la Taman Keramat ini nanti.
Tidak kisah la pada kemajuan yang memberansangkan ini. Tidak tahu pula status perniagaan ini. Adakah kesemua ini milik bumiputera ataupun tidak? Itu saya tidak tahu. Saya cuma boleh mengagak, berdasarkan pembacaan saya, rasanya Jusco ini satu pasaraya yang datangnya dari Jepun sepertimana Carrefour (simpang empat) yang berasal dari Perancis. Ya, jenama luar negara. Hampir keseluruhan penduduk disini adalah Melayu. ADUN dan Ahli Parlimen yang diletakkan disini oleh kedua-dua pihak juga Melayu. Harap-harapnya mereka bukan telah mengizinkan bukan Melayu berniaga disini. Pandai juga Jusco mengambil peluang. Dikawasan penduduk yang padat. Pasti ramai yang akan berkunjung ke sini.
Disamping permbangunan ini semua, Taman Keramat masih lagi mempunyai keunikan tersendiri. Disalah satu simpang keluar dari Jalan AU2, anda boleh masuk ke Jalan Enggang Timur. Adanya Masjid Al-Ansar yang kalau dipanggil kami Masjid Al-Arsenal. Jangan marah dan berprasangka buruk. Ini disebabkan warnanya sama dengan warna jersi pasukan Arsenal untuk musim terakhir mereka di Highbury. Lagipun ramai pemain bola pasukan Arsenal juga adalah Muslim seperti Kolo Toure, Bacary Sagna, Eboue dan juga Robin Van Persie. Harap-harap mereka ingin bersolat berjemaah disini suatu hari nanti. Mungkin satu hari nanti Taman Keramat akan jadi tumpuan pelancongan. Antara angan-angan saya, Pasar Keramat yang lama akan diganti baru berhampiran stesen LRT Damai. Pasar lama itu diubah menjadi seperti Pasar Seni di tengah Kuala Lumpur sana. Bukankah Pasar Seni itu dahulunya sebuah pasar basah? Ini tidak mustahil untuk Pasar Keramat itu menjadi tempat yang sama. Sebuah tempat tarikan pelancongan antarabangsa. Barulah nanti LRT akan dipanjangkan melebihi terminal Gombak sana untuk menampung penumpang kerana ada sebuah stesen yang menjadi tumpuan ramai dan menjadi pusat perhentian iaitu Stesen Datuk Keramat. Namanya pun agak unik.
Jemputlah beramai-ramai datang ke sini, Taman Keramat. Ambil gambar untuk dibuat kenangan kerana Taman Keramat sekarang takkan sama dengan Taman Keramat 20 tahun lagi.

ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-
No comments:
Post a Comment