Monday, August 31, 2009

Le. Gardenie

(Gambar adalah ihsan dari Sukri Aq)


Kebanyakan komik yang saya minati adalah datangnya dari luar, lebih-lebih agi dari Jepun. Itu sudah pasti. Jepun adalah pengeluar hasil komik terbesar di dunia. Walaupun sebegitu besar industri ini di Jepun, cuma beberapa karya saja yang saya minati seperti Midori No Hibi, Doraemon, Siren dan beberapa lagi siri yang didedahkan di Malaysia.

Akan tetapi, Le. Gardenie adalah salah satu produk anak Malaysia yang cukup saya minati. Tapi saya hanya meminjamnya dari rakan kerana beliau sudah terlebih dahulu membelinya. Lebih baik kami bertukar-tukar dan dapat berkongsi pelbagai kisah. Mungkin saya akan membeli juga Le. Gardenie ini untuk dijadikan koleksi. Kerana ianya memang layak untuk disimpan dan dijaga sebagai koleksi cerita yang menarik.

Hasil karya Ben ini pada saya memang menepati cita rasa. Walaupun saya ini bukanlah seorang yang melayani kisah-kisah romantik seperti ini, tetapi Le. Gardenie lebih kepada konflik kehidupan yang ditunjangi Orange watak utama lelaki yang melalui kehidupan remajanya. Membesar seiring dengan Kiwi, teman rapatnya adalah perempuan tetapi bersifat dan berpakaian ke sekolah seperti lelaki. Cerita secara umumnya bermula selepas Orange bersemuka dengan Lemon dan jalan cerita semakin twist dan berterusan. Di samping itu Apple seorang gadis jelita yang menarik hati Orange untuk menyukainya.

Setelah beberapa kali bertemu kisah seperti ini, saya agak sedih jika satu-satu kisah itu membabitkan peristiwa hilang ingatan. Cukuplah dengan Midori No Hibi dan juga Wall-e. Seolah-olah idea hilang ingatan ini sememangnya berhasil untuk menimbulkan rasa sedih dan juga kasihan. Maaflah, mungkin pada perenggan ini saya agak terlebih memberi reviu dan secara kasarnya anda semua mungkin boleh menangkap bahawa kisah ini adalah kisah sedih. Tetapi anda perlu baca kerana keseronokan di awal, tengah dan di pengakhirannya memang tak terkata.

Le. Gardenie terdiri dari empat buah buku yang berjudul Le. Gardenie, Le. Gardenie: Foolish Fruits, Le. Gardenie: Party Of Three dan buku terakhir Le. Gardenie: The Final Four. Setiap satu berharga Rm 7.50, lebih seringgit untuk setiap judul yang saya beli untuk Midori No Hibi. Kesemuanya adalah berwarna dan ini memberi kepuasan yang lebih kepada pembaca. Sebagai pengakhiran ulasan saya, ingin saya rekodkan puisi di muka belakang setiap buku Le. Gardenie ini yang berbunyi:


Taman hati yang indah berseri itu,

Tidak tercapai bak langit nan biru,

Kiranya bunga liar ini menumpang teduh,

Adakah akan dianggap penceroboh...?




Jika kehadiranku tidak disenangi,

Biarlah kulayu terbiar menyepi,

Mungkin waktunya ku undur diri,

Tempatku bukan disini...

FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-52




Di sebalik hari gemilang ini, jika mampu marilah kita selak lembaran sejarah sebenar. Sejarah mainstream memang tidak dapat disangkal akan tetapi pelbagai peristiwa menarik yang membentuk sejarah arus perdana sebenarnya. Dan kita anak selepas era merdeka patut singkap dan simpan segala cerita yang tak terungkap. Akhirnya, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52. Merdeka!!!




FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -

Sunday, August 30, 2009

Arsene Wenger, kasihan...


Detik 12.00 malam di Malaysia pada 30 Ogos 2009, perlawanan antara Manchester United dan Arsenal hampir bermula di Old Trafford. Aku yang bersiap sedia dengan baju biru Man Utd dan berikat di dahi tertulis "Manchester United" amat bersemangat untuk menyaksikan perlawanan ini. Walaupun didalam hati tidak berasa yakin akan kemenangan untuk Man Utd.


Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak pada Man Utd. Tapi ada sedikit keadaan yang berlaku ketika perlawanan. Pada saat-saat akhir permainan, aksi Arsenal sudah menggunakan teknik "All-out attack" yang menyaksikan pertahanan mereka dikurangkan dan ramai sudah berada di atas untuk menyerang. Ketika ini juga Man Utd mendahului 2 - 1 dan tampak sudah pasti akan memenanginya. Hanya beberapa saat sahaja lagi, Rooney bermain sambil lewa dan bola kembali ke pihak Arsenal.


Dengan satu serangan pantas, Van Persie berjaya menjaringkan gol dan aku hanya terdiam. Kelihatan Ven Persie meraikan gol dan tiba-tiba terhenti. Rupa-rupanya tandukan William Gallas kepada Ven Persie adalah offside. Aku menjerit kegembiraan dan seronok tak terkata.


Ketika inilah, Arsene Wenger kelihatan berseronok kemudian naik bengang kerana batalnya gol Van Persie tersebut. Selepas pengadil bercakap sebentar, Wenger dihalau duduk ke tempat duduk atas, tidak boleh duduk di kawasan pengurus lagi. Sudahlah masa permainan tinggal beberapa saat saja lagi, tapi perkara ini masih lagi boleh berlaku. Arsene Wenger tetap akur tapi cuma menaiki beberapa anak tangga dan berdiri dihadapan penyokong Man Utd yang lain. Mereka bersorak mengapi-apikan suasana.


Arsene Wenger hanya mahu menunggu wisel penamat, dan situasi itu sahaja sudah mengambil masa lebih dari satu minit. Masa tambahan yang asalnya patut berhenti pada minit ke-5 terus bertambah memasuki minit ke-6. Selepas dibawa turun oleh seorang lagi pegawai, tampaknya Wenger memang agak berang, tapi permainan itu memang tidak memihak pada beliau. Walabagaimanapun, permainan cantik dan kemas dari Arsenal tidak boleh disangkal akan tetapi berhasilkan kekalahan dan inilah merupakan punca utama kekecewaan beliau.




FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -

Monday, August 24, 2009

Tesuto wa donna tesuto desu ka?


Wah, ketemu kita lagi sekali. Ayat bahasa Jepun diatas bermakna "Bagaimanakah dengan ujian itu?". Lebih kepada persoalan kata sifat atau dalam bahasa Inggerisnya "Adjective". Maklumlah, baru belajar asas bahasa Jepun. Kalau tak diamalkan, susah sikit nak bertambah baik dan cemerlang.


Tapi kali ini bukan hendak berbicara mengenai ujian bahasa Jepun. Cuma menyingkap untuk beberapa hari ini bagaimana hari-hari runsing yang berlalu ditempuhi oleh saya. Walaupun syukur saya berjaya menjawab dengan baik kuiz bahasa Jepun minggu lepas, cuma sedih kemungkinan saya telah tersalah satu jawapan yang diberikan. Aduhai.


Ujian=Test. Saya guna istilah test, lebih sesuai dengan suasana pelajar yang menggunakan istilah ini. Test pertama semester ini adalah dari subjek "Resesarch Methodology". Perangai saya ketika ini seperti biasa, hujung masa baru buka. Akan tetapi, boleh juga menjawab tetapi tidak membuatkan saya merasa puas.


Jika disingkap ketika dulu, saya banyak merungut. "Saya mesti lebih bagus belajar jika mendapat bilik sendirian". Itu sudah dapat, tapi masih agak sukar walaupun keadaan ini adalah sepuluh kali ganda dari rakan saya yang lain yang rajin belajar. Sudah dapat bilik sendiri, terfikir pula "Saya mesti bagus belajar jika dapat meja lengkap dengan kerusi, agar selesa belajar" dan ini sememangya tidak tercapai. Ruang yang kecil, mustahil meja dan kerusi dapat dimuatkan.


Tiba satu hari, Syuk rakan saya mengajak pergi mengulangkaji di tingkat 4, ruangan khas untuk pelajar Kejuruteraan Awam untuk berdiskusi dan mentelaah. Lebih sesuai untuk berdiskusi berbanding belajar sebenarnya kerana lebih banyak masa disana dengan suasana bising. Tetapi bagi saya, mendapat kerusi dan juga meja untuk belajar adalah nikmat yang besar.


Kali ini, kami bersedia untuk test "Site Investigation" yang merupakan subjek teori yang kritikal. Alhamdulillah syukur, dengan tujuh jam bertapa di ruang itu, saya dapat menelaah sebaik mungkin seperti dahulu kala. Sudah lama tidak merasa nikmat ulangkaji ketika itu. Sekali lagi syukur, puas rasanya mengeluarkan apa yang terbuku dikepala ketika menduduki test tersebut.


Tapi untuk test terbaru, sekejap saja saya dapat meluangkan di ruang itu. Tetapi saya masih merasa puas hati dengan soalan diberikan dan juga jawapan yang saya dapat berikan. Tambahan pula, itu adalah subjek ulangan. Hehehe.


Sekarang, sekurang-kurangnya sudah tahu apa yang terbaik untuk diri dan InsyaAllah esok kami mencuba lagi. Kali ini lebih ceria hendaknya kerana Aok juga turut serta. Semoga lebih studi dari lebih boraklah ya rakan-rakan ku. Hehehe.


FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -

Saturday, August 22, 2009

Me/Ana/Saya/Watashi


For those who already know about me, it's okay. It's just for 'taukid' of my interpretation of myself. Today I'm stating that I'm not Bo, Keibo, Kib and anything else. I am Adli, son of Alias. Who already know me in the past, it's okay. I am just declaring that I'm no kid anymore. I'm not the one who can be kicked around anymore. Can be fooled, throw my principal away. I'm just me.


For days goes around us, a lot has changed. Nothing can be taken for granted no more. There always be a plan, action and result. Whatever comes out in the end, only Allah knows. But really, I really miss myself during four years earlier. That time was my golden age. And during that time I'm establishing myself as Adli son of Alias.


But for R,S1,S2,S3,KN,WNB,AAd,AAS,FA,AE,NR,AH,YH,NA,TR and other acronyms that comes by in my life, I'm really sorry. I'm not a real person you ever known about me. Sorry and gomenasai. And I do know, each of us being a main actor in each of our life's drama. For me intruding in all of your screen is just being an extra for some chapter or scene in yours. It is me being the centre of my life drama which being an extras to others. To you whoever read this, forgive me for my insolent character in your screens.


On top of that, again I'm stressing that I AM ADLI SON OF ALIAS!

FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -

Tuesday, August 18, 2009

Tutuplah mukamu dengan topeng muka sebelum muka kamu ditutupkan



Bahasa sahajalah ya. Jika ada mood nanti saya berbicara bahasa inggeris juga di lain kali. Tapi mungkin saya tercampuradukkan kedua-dua bahasa ini. Tapi abaikan segalanya biar saya dapat sampaikan dengan sepenuh hati.




Maka, sebelum bercuti hujung minggu, saya dijanjikan oleh seorang sahabat untuk diberi topeng muka seperti di atas. saya juga berasa lega kerana mendapat secara percuma. Walaupun sememangnya percuma di klinik, tetapi inisiatif diri untuk pergi mengambil sememangnya tiada.




Ketika cuti, saya pun pulanglah ke rumah, dan tanpa disangka kakak saya juga memberi 2 helai penutup muka untuk saya. Saya berasa lega dan walaupun merasa mungkin agak segan hendak memakainya nanti di kampus. Akan tetapi atas nasihat yang keluar dari mulut beliau "pergi kelas pun pakai ya" membuatkan saya tak endahkan segala fikiran segan itu.




Sebaik pulang, sahabat saya turut memberi saya sehelai daripadanya. Tapi berkata hati kecil, mungkin mereka agak segan hendak memakainya. Tapi ketika hari Isnin untuk kelas makmal, kami bersama-sama hendak memakai. Tidak mengapalah walaupun dua orang saja dari kami yang memakainya walaupun sebenarnya kami bertiga.




Akan tetapi yang benar-benar memakainya hanya saya seorang dan kemudian baru ketika menaiki tangga boleh pula seorang rakan sekelas perempuan saya tergelak melihat kelibat saya. Kali ini saya nekad, "Lantaklah! Aku yang nak pakai, InsyaAllah selamat la juga". Sejurus selepas melihat saya memakai topeng itu, seorang lagi rakan sekelas saya turut memakainya. Mungkin dek kerana kurang sedikit segannya kerana turut ada yang sudah memakai topeng muka tersebut.




Pada kelas tersebut, pensyarah tidak berkata apa-apa. Disangkanya saya dan rakan saya itu demam atau batuk-batuk. Tapi saya membalas "Saya pakai untuk mengelakkan batuk dan demam orang lain dari menjangkiti saya. Bak kata pensyarah Research Methodology, H1N1 tersebar kerana Lack Of Awareness oleh orang ramai". Pensyarah saya ketika itu diam sahaja dan meneruskan pengajaran beliau.




Itu tidak mengapa. Lain pula pagi ini. Saya tidak pula memakainya kerana segan sudah memenuhi satu badan. Tapi saya bawa juga, simpan didalam beg. Sebaik sampai, ingat mahu memakainya. Dek kerana terlalu ramai orang, maka saya simpan saja hasrat itu. Tapi di dalam kelas, rakan saya yang memakainya semalam turut memakai topeng itu untuk kelas hari ini. Terasa segan meninggalkan beliau seorang memakainya untuk hari ini. Kali ini pensyarah N untuk kelas M berkata "Ramainya yang dah pakai topeng, ramai sangat pula demam". Tapi saya mencelah "mereka mempunyai kesedaran yang lebih tinggi dari orang lain, tapi bukanlah bermakna mereka itu sakit". Pensyarah M pun menambah, "sepatutnya yang sakit perlu memakai topeng ni, bukannya orang lain". Disini, saya tarik diri dulu.




Maka saya meneruskan ke kelas H untuk belajar dari pensyarah W. Kali ini saya memakai semula topeng muka tersebut. Harap-harap tidak dijangkiti.Di sini pensyarah W berkata "kamu akan menghadapi test pada minggu depan, saya tak mahu kamu mengambil alasan H1N1 untuk tak dapat hadir. Sekarang ni saya dapat lihat ada di antara kamu yang dah memakai topeng." Jadi pada saya, so what? Dan ada seorang rakan saya asyik menoleh kearah saya melihat kelibat saya memakai topeng tersebut.




Kesimpulannya disini kak, Shah Alam tak sama suasana di Jengka. Mereka masih lagi menjadikan kami sebagai bahan gelak dan pelik. Walaupun pensyarah. Stereotaip mereka untuk memikirkan yang memakai topeng adalah yang berpenyakit. Sedangkan kami bertiga didalam kelas tadi untuk mengelakkan diri dari terkena.




Cuba bayangkan keadaan sudah menjadi kritikal dimana virus telah berevolsi menjadi lebih teruk dan tak dapat dikawal dan merebak dalam masa yang amat cepat. Ketika itu, saya nak sangat berkata "awak nak pinjam ke topeng simpanan saya dalam beg ni sekarang?"




FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -

Gomenasai

Entry kali ini tiada apa-apa yang istimewa, mungkin dilain hari. Alhamdulillah internet rumah kami sudah berfungsi semula, malah lebih bagus dari sebelum ini. Akan tetapi diharapkan prestasi Wimax kami ini akan berkekalan supaya tiada lagi timbul sebarang kontroversi di hari muka.

Entry kali ini juga, ingin saya sampaikan mohon maaf kepada saudara sekalian terutama pada seseorang itu kerana telah berhutang banyak entry tak terhantar. Maklumlah, sebaik sahaja saya meminjam HP mini beliau dan ketika itu jugalah Wimax ini tidak dapat berfungsi. Mungkin sekarang dapat saya mencuri sedikit sengkang masa saya diantara bermain Football Manager dan sesekali mentelaah ini dapat saya menukilkan secoret dua penulisan untuk penambahbaikan diri.

Untuk pengakhiran kata saya sampaikan salam Gomenasai untuk semua. Gomenasai!

FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -