Detik 12.00 malam di Malaysia pada 30 Ogos 2009, perlawanan antara Manchester United dan Arsenal hampir bermula di Old Trafford. Aku yang bersiap sedia dengan baju biru Man Utd dan berikat di dahi tertulis "Manchester United" amat bersemangat untuk menyaksikan perlawanan ini. Walaupun didalam hati tidak berasa yakin akan kemenangan untuk Man Utd.
Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak pada Man Utd. Tapi ada sedikit keadaan yang berlaku ketika perlawanan. Pada saat-saat akhir permainan, aksi Arsenal sudah menggunakan teknik "All-out attack" yang menyaksikan pertahanan mereka dikurangkan dan ramai sudah berada di atas untuk menyerang. Ketika ini juga Man Utd mendahului 2 - 1 dan tampak sudah pasti akan memenanginya. Hanya beberapa saat sahaja lagi, Rooney bermain sambil lewa dan bola kembali ke pihak Arsenal.
Dengan satu serangan pantas, Van Persie berjaya menjaringkan gol dan aku hanya terdiam. Kelihatan Ven Persie meraikan gol dan tiba-tiba terhenti. Rupa-rupanya tandukan William Gallas kepada Ven Persie adalah offside. Aku menjerit kegembiraan dan seronok tak terkata.
Ketika inilah, Arsene Wenger kelihatan berseronok kemudian naik bengang kerana batalnya gol Van Persie tersebut. Selepas pengadil bercakap sebentar, Wenger dihalau duduk ke tempat duduk atas, tidak boleh duduk di kawasan pengurus lagi. Sudahlah masa permainan tinggal beberapa saat saja lagi, tapi perkara ini masih lagi boleh berlaku. Arsene Wenger tetap akur tapi cuma menaiki beberapa anak tangga dan berdiri dihadapan penyokong Man Utd yang lain. Mereka bersorak mengapi-apikan suasana.
Arsene Wenger hanya mahu menunggu wisel penamat, dan situasi itu sahaja sudah mengambil masa lebih dari satu minit. Masa tambahan yang asalnya patut berhenti pada minit ke-5 terus bertambah memasuki minit ke-6. Selepas dibawa turun oleh seorang lagi pegawai, tampaknya Wenger memang agak berang, tapi permainan itu memang tidak memihak pada beliau. Walabagaimanapun, permainan cantik dan kemas dari Arsenal tidak boleh disangkal akan tetapi berhasilkan kekalahan dan inilah merupakan punca utama kekecewaan beliau.
FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -
- Master Yoda -
No comments:
Post a Comment