Monday, November 23, 2009
2012
Tajuk yang mudah. Tidak kira anda adalah bangsa apa mahupun berkata-kata dengan bahasa apa sekalipun dengan syarat tahu membaca nombor rumi maka tidak kisah jika anda ingin menyebut tajuk kisah ini sebagai Twenty Twelve, Dua Puluh Dua Belas, Isna 'Asyara Wa Alfain ataupun Ni Sen Jyu Ni-Nen. Jadi sudah pasti sesiapa saja yang ingin menonton filem ini akan meminta tiket dengan menyebut dengan bahasa ibunda sendiri.
Baiklah, memasuki kisah ini, kita sering diberitakan mengenai pengakhiran masa dan dalam erti kata lain; Kiamat. Tapi secara jujurnya ini bukanlah gambaran sebenar hari kiamat untuk penganut Islam. Sememangnya perkara ghaib seperti kiamat hanya Allah saja yang lebih mengerti dan mengetahui. Ambillah filem ini sebagai hiburan tapi bukanlah bermakna kita suka pada kerosakan. Tapi ianya sememangnya sesuai jika kita lihat untuk menginsafi diri untuk malapetaka yang melanda.
Filem ini bolehlah saya ibaratkan sebagai kompilasi semua malapetaka yang berlaku didunia ini cuam pada skala yang amat besar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia. Tambahan pula segala malapetaka yang banyak berlaku ini berlaku dengan masa serentak dan hampir sama mengakibatkan kesan buruk yang amat besar. Saya mengakui ketika menonton kesan khas yang ditampilkan hampir tiada cacat cela sehingga semuanya dilihat seolah-olah berlaku dengan sebenarnya. Tapi bagi saya perasaan ini hanya dapat dirasai jika anda sendiri menonton di panggung-panggung berdekatan dengan anda. Tiada maknanya dengan menonton di LCD walaupun LCD anda sebesar 52". Saya sendiri tanpa disedari telah menggenggam tangan pada bekas air kerana perasaan kagum tersebut tanpa disedari dan nasib baik air telah habis saya minum.
Hakikat sebenarnya. saya amat kagum dengan filem ini dari segi kesan khas. Penceritaan, pasaran Hollywood yang biasa-biasa saja. Jadi saya sememangnya tidak tersalah langkah untuk menonton kerana saya memang ingin membeli tiket untuk kesan khas, bukanlah semata-mata untuk jalan ceritanya sahaja. Namun ceritanya bukanlah mengecewakan sangat kerana ianya masih lagi boleh ditonton kerana tidak banyak konflik yang memerlukan otak untuk berfikir. Lihat dan bermain dengan perasaan saja kerana cuba bayangkan perkara sebenar berlaku berhampiran anda, dan itu saja anda yang akan fikir "Apakah yang akan aku lakukan?"
Walaubagaimanapun, dikesempatan ini bersempena setelah saya menonton filem ini ingin sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada saudara-saudara sekalian di Padang, Indonesia yang mengalami malapetaka gempa bumi baru-baru ini. Tak lupa juga pada rakan-rakan dan saudara-mara di Kelantan dan Terengganu yang sedang berjuang menghadapi banjir tahunan. Sesungguhnya, jika rakaman itu semua berjaya dirakamkan dan dikumpulkan, tidak perlu lagi 2012 kerana itu sememangnya malapetaka yang sebenar.
FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment