Sunday, April 18, 2010

Nihon-go No Jugyo




Assalamualaikum semua. Salam sejahtera hendaknya. Tajuk di atas tu bolehlah diterjemahkan kepada Bahasa Melayu menjadi ‘Kelas Bahasa Jepun’. Apalah nak ditulis kat sini? Cuma nak kongsi sikit-sikit pasal kelas Nihongo ni. Bukan untuk sesiapa pun. Cuma nak menaip-naip sikit dan macam biasa merekodkan apa yang aku rasa dan apa yang aku ingat supaya tak kehilangan ditelan arus masa dan zaman.

Ceritanya bermula lebih kurang begini. Semester 3 diploma, lebih kurang September 2006 bermulalah episod baru dalam hidup aku. Bermula dengan Anime yang diberikan oleh Ariel, kawan lama dulu maka aku tertarik dengan kisah Anime Jepun. Sampai terikut-ikut menyanyi lagu tema cerita tu. Lama-lama bertukar, minat ke lagu Jepun pula dan banyak siri-siri program Jepun yang ketika itu tertumpu pada Morning Musume (sorry). Siap pula masa tu, download siri-siri mempelajari bahasa Jepun. Kira macam video petunjuk untuk yang baru pertama kali menjejak ke negara matahari terbit tu. Ingat lagi ayat pertama dia ajar untuk siapa yang baru tiba di airport ialah ‘Doko desu ka’. Walaupun ayat tak betul yang digunapakai oleh mat saleh dalam video tu, tapi masih ada iras-iras untuk bertanyakan arah sesuatu tempat. Jadi mat saleh tu pun tanya satu soalan ‘Hana Zono Jinja doko desu ka’. Dia tanya temple yang popular di Jepun. Jadi, orang jepun tu pun balas ‘Massugu itte hidari’ maknanya “pergi terus, kiri”. Hurm, apalah ni. Tak menarik langsung.

Ok, masa berlalu. Yalah, dari semester 3 hingga 6, lama. Fenomena jepun bersansur-ansur hilang dan aku pun hampir lost dalam arena meminati jepun. Masih terlekat sikit-sikit. Terdengar pula degree nanti wajib ambil bahasa ketiga. Apalagi, sungguh teruja la nampaknya. Saja borak-borak dengan ketua program, tanya sesuai ambil bahasa apa? Tapi beliau terus jawab ‘Ambillah bahasa mandarin, senang sikit nak kerja nanti’. Hmmmm, terdiam jugak la. Tapi memang diam je lah. Minat hati mana orang lain tau.

Ok lagi, masuk degree. Tau-tau je kena ambil 3rd language sem 5. Bukan sekarang, masa sem 4 (1st sem bagi siapa-siapa yang masuk dari diploma). Jadi mulalah mencuba untuk merekrut rakan-rakan yang nak ambil bahasa Jepun. Tapi, hampeh. Takde langsung yang nak join (member lelaki). Jadi menggunakan talian hayat tanya pada Muiz-sama, menanyakan dia ambil nihongo ke tidak. Jadi, dia pun kata nak ambil nihongo, lantas aku pun cakap nak join. Siap offer kan diri lagi, cakap kat dia “Kalau ada aktiviti group, aku nak join group kau ye”. So, dia pun ok. Secara jujurnya, aku ni kekok sikit nak kerja dengan gurlz. Seriously speaking. Inilah antara benda pertama yang aku nekad nak buat. Biasanya ikut kawan. Tapi kali ini, dah nekad sesangat dah. Minat punya pasal, terjun je bahasa jepun. Risau pula masuk bahasa lain, tak minat, sangkut. (Sedangkan masa tu pendirian dah hampir goyah. Tak tahu macam mana kalau sorang-sorang je yang belajar). Kesannya, aku sorang je yang kat dalam rumah sewa ni, batch aku yang ambil nihongo. Majoriti ambil Deutschland a.k.a bahasa Jerman dan dua orang lagi Mandarin. Alhamdulillah, everything was fine.

Maka, masuk sem 5, hari Rabu khas kelas bahasa ketiga. Aku masuk kelas sama dengan Muiz-sama and the gang. Mereka adalah Yati-san, Shima-san dan juga Emi-san. Tanpa mereka berempat ini, aku mungkin lost in space dalam dunia bahasa Jepun. Terima kasih or Tottemo Arigato Gozaimasu korang semua. Jadi kami memulakan kelas dengan Mariam-sensei mengajar kami. Tottemo omoshirokatta desu (Tersangat Seronok). Dan mengejutkan lagi, kami sebagai pelajar kena buat projek pelajar iaitu video lakonan sebagai ganti oral test. Jeng, jeng, jeng. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Aku yang memang dah lama minat directing video ni, apa lagi. Menjadi ketua kultus mengarahkan empat orang rakan aku yang jadi mangsa ni untuk melakonkan cerita yang aku tulis, aku rakam, aku direct, aku edit dan macam-macam lagilah untuk aku. Gila kuasa tak? Takpe la gila kuasa, kalau buat kerja kan. Mula-mula cuak sebab takut cerita tu mengarut sangat. Tapi yang bestnya, lepas je tayangan perdana video semua student dalam kelas tu, lepas tayangan video kami, semua audience memberi standing ovation atas video kami. (ceh, melampau la nak stand, duduk je sudah la). Memang mereka duduk je, tapi satu-satunya video yang dapat tepukan kuat adalah dari kami. Apa lagi, memang rasa terharu. Rasa nak berucap macam lepas dapat award je. Ha3.

Masuk pula sem 6 bersamaan nihongo level 2. Jumpa lagi dengan Mariam-sensei dan rasa happy. Memang la, masa level 1 dulu dapat A dengan sensei ni mesti la nak belajar lagi dengan beliau. Tapi masa ni amat segan, sebab dia komen semula video nihongo level 1 dulu. Katanya banyak video yang lama sangat, dan terlalu ‘kreatif’. Jadi beliau mengehadkan pelbagai aspek seperti had masa adalah dari 7-8 minit saja. Beliau menambah lagi sebenarnya pensyarah nak lihat ayat dan intonasi saja, tak perlu berlebih-lebih. Apa lagi, segan tak terkira la. Semua yang diperkatakan tu macam tertepek kat muka je. Tu la, gila kuasa lagi, siapa suruh? (Frust jugak sikit-sikit. Kami nak jadi kreatif saja. Tapi takpalah sensei, maafkan atas keterlanjuran kami). Jadi berlalulah masa untuk level 2 ni macam biasa. Masa untuk buat video, maka aku berikan tugasan membuat skrip kepada gurlz-gurlz ni (untuk mengelakkan kes gila kuasa berlaku lagi). Jadi Yati-sama telah membuat skrip yang berkualiti dalam skop ayat yang cukup untuk semua, unjuran masa yang dapat dicapai dan folio skrip yang amat cantik. Terima kasih untuk korang. Macam biasa, aku pegang portfolio editing video dan juga exco cameraman. Istimewa kesan khas dalam level 2 ni hanyalah untuk introduction sahaja. Ada kawan kata macam drama pula intro kami. Terima kasih lagi daun keladi. Tapi kali ni tiada tayangan perdana. Sensei nak layan feel sorang-sorang katanya. He3, gurau je.

Sem ni, sem 7 pun masuk pula. Tekalah? Sape sensei kami. Hmm, tak lain dan tak bukan, Mariam-sensei lagi. Wah, hattrick aku dapat belajar dengan Mariam-sensei ni. Ramai sebenarnya takut dengan sensei ni. Ramai yang tukar kelas lepas dapat tahu sensei ni ajar kelas ni.Ramai jadi begitu takut sebab sensei strict masa jaga test dan exam. Tapi itu yang aku suka, maka aku menjadi seorang yang belajar secara serius dan bukan main-main. Ilmu masuk pun bukan main, seronok bila rasa belajar, memang betul-betul belajar. Macam biasa, masa berlalu. Kanji pun ada belajar sekali. Masa untuk video. Kali ini Muiz-sama yang mengetuai jalan cerita. Cerita yang menarik juga, skop ayat yang susah dapat ditangani oleh beliau dan folio skrip oleh gurlz yang memang menarik. Department aku pula, dapat la letak kesan khas kat intro dan babak akhir video kami. Muiz-sama sempat pasang sikit untuk testing sebelum submission. Sensei pun dapat tengok intro tu kat kelas dan ayat yang keluar dari mulut beliau ‘Omoshiroi desu ne’ maknanya “menarik-menarik”. He3. Jadi aku pun senyum-senyum bangga dan kembang hidung. Ha3. Alhamdulillah, orang suka hasil kerja kita, apa salahnya merasa gembira.

For the conclusion, tarikh 15 April 2010 tempoh hari adalah hari terakhir aku belajar nihongo secara formal kat universiti ni. Diharapkan berjaya jugalah untuk nihongo level 3 ini. Sebenarnya minat nak belajar lagi mendalam. Terasa nak belajar secara penuh di dalam hiragana, katakana dan juga kanji. Namun requirement hanyalah pada tahap itu saja. Maknanya kalau kami nak belajar lagi kena usaha sendiri. Mana lagi nak cari belajar bahasa lain kat luar tu murah macam ni? Rezeki kamilah agaknya, dapat belajar benda yang kami minat dalam ruang lingkup pembelajaran yang sama. Tak perlu susah-susah cari di luar. Dalam masa yang sama, sedih juga tak dapat nak pelihara bahasa arab yang lagi lama dah belajar. InsyaAllah semuanya nanti dapat digenggam. Jadi duta antarabangsa dalam membawa kemajuan dan kesejahteraan umat manusia.

THE STRUGGLE TO SAVE THE GLOBAL ENVIRONMENT IS IN ONE WAY MUCH MORE DIFFICULT THAN THE STRUGGLE TO VANQUISH HITLER, FOR THIS TIME THE WAR IS WITH OURSELVES. WE ARE THE ENEMY, JUST AS WE HAVE ONLY OURSELVES AS ALLIES -Al Gore-

1 comment:

Anonymous said...

haha....