Lihatlah betapa dalamnya longkang ini. Kalau jatuh kemungkinan besar akan mendapat kecederaan. Jadi, dalam satu-satu masa jika tiada apa-apa yang diletakkan untuk dijadikan titi aku tidak akan melintasi longkang di tempat yang sama ini. Aku terpaksa untuk kebelakang lebih jauh sedikit untuk melintasi longkang ini. Kesannya perjalanan aku terpaksa dipanjangkan tambahan dengan aku terpaksa mengayuh mendaki sedikit cenuram.
Inilah titi dan taman mini yang aku maksudkan. Jika aku hendak menggunakan titi ini, aku perlu memandang sekeliling supaya tidak dilihat oleh tuan punya taman mini ini. Namun amat mustahil untuk mereka tidak perasan akan kehadiran aku untuk menggunakannya. Jika tuan punya taman mini ini terbaca entri ini, aku berharapkan ampun mohon maaf kerana menggunakannya tanpa kebenaran. Sesungguhnya, membantu seseorang itu untuk menuntut ilmu adalah satu kebajikan yang amat besar. Kadang-kadang, akan ada kereta yang menghalang titi ini. Pada gambaran aku seolah-olah untuk menghalang aku dari menggunakannya. Mungkin perasaan saja. Tapi, aku sendiri sedar, siapalah diri aku ini. Jadi, aku mencari lagi satu alternatif lain.
Dan inilah dia titi terakhir yang ada. Kalau ini pun tak ada, aku terpaksa menggunakan jalan biasa yang jauh. Bagi aku, titi yang terakhir ini pun sudah lebih kurang sama jauhnya macam menggunakan jalan raya. Titi terakhir ini terletak didepan tadika yang terletak hujung sekali di taman perumahan ini. Tambahan pula, jika aku menggunakan titi ini, bukan saja jarak perjalanan bertambah jauh, aku juga terpaksa mendaki sedikit bukit. Yalah, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Kesimpulannya, aku ingin sekali mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang baik hati membina titi yang pertama tadi. Ianya telah membuang jauh segala kerisauan aku tatkala aku cuba mula mengayuh basikal aku didini hari. Jutaan terima kasih buat kalian.
"PATRIOTISM IS SUPPORTING YOUR COUNTRY ALL THE TIME, AND YOUR GOVERNMENT WHEN IT DESERVES IT” – Mark Twain -
No comments:
Post a Comment