Tak pernah terlalu lambat bila berbicara mengenai Merdeka. Kerana perkara itu telah berlaku dan sedang berlaku dan kira-kira sudah 53 tahun 1 hari Malaya dimerdekakan oleh pihak British. Namun untuk Malaysia tempohnya mungkin dipendekkan sedikit kepada 47 Tahun. Tidak sampai pun 47 tahun lagi kerana 16 September adalah tarikh sebenar bagi meraikan Malaysia.
Sebenarnya, bagaimana kita mempunyai hari merdeka ini? Merdeka, bebas dari penjajahan. Bermakna kita sudah pernah dijajah suatu ketika dahulu. Cerita mengenai dijajah pula, kita perlu tarik isu sejarah disini. Sebelum hendak cerita mengenai dijajah, kita cuba ulas apakah yang diertikan sebagai ‘kita’. Meletakkan tahun 1511 sebagai tahun bermulanya era penjajahan sebuah kawasan di Melaka, cuba bayangkan adakah antara kita nenek moyangnya sudah ada di Melaka ataupun kawasan sekitar ketika itu. Saya? Jawapannya tidak kerana saya mengerti bahawasanya saya adalah generasi ke-empat yang lahir disini. Sekitar 1800-an dahulu mungkin datuk dan nenek moyang saya telah meneroka kawasan kampung.
Belum jelas lagi mengenai ‘kita’. Jadi diringkaskan cerita, ‘kita’ itu bolehlah saya tarikkan disini bahawa sesiapa yang mempunyai nenek moyang ataupun ibu bapa yang telah lahir sebelum 1957 lagi. Ini kerana tarikh 31 Ogos 1957 merangkumi untuk siapa yang sudah ada ketika itu, baik beliau baru dilahirkan sehari ataupun sudah pun berumur 99 tahun ketika itu. Jadi generasi yang lahir selepas itu telah selamat menjadi rakyat negara yang sudah merdeka itu.
Namun perjuangannya mungkin tidak terasa oleh generasi yang telah lahir sejak dari tarikh keramat itu. Perjuangan orang yang memperolehkan kemerdekaan itu kemudian disambung dan ditukar untuk mengekalkan kemerdekaan itu. Tapi sejauh manakah merdekanya kita. Itu saya tidak dapat ungkaikan lagi. Saya pernah bermain permainan video ‘Civilization IV’. Dimana kita diberi peluang untuk mentadbir sebuah tamadun itu dan mengembangkan kawasan dengan membuka petempatan ataupun menawan bandar tamadun lain. Namun jika sesuatu empayar itu terlalu besar, ianya menjadi beban kepada pemain kerana perlu mengawal suatu kawasan yang amat besar. Sebagai contoh, saya mengawal tamadun Arab dan kawasannya melangkaui Filipina di timur dan Chile di barat. Disini ada satu pilihan diberikan kepada pemain iaitu memerdekakan sedikit kawasan jajahan untuk meringankan beban.
Apakah manfaat yang boleh didapati dengan mengorbankan kawasan empayar? Jadi permainan ini memberikan sokongan tak berbelah bagi oleh kerajaan yang dimerdekakan kepada penjajahnya dahulu. Kerajaan baru itu akan sentiasa berlapang dada dengan penjajahnya dahulu dengan memberikan sumbangan bahan (resources) dan juga sokongan politik kepada pemain. Tidak mengapa, itu cuma permainan video, bukanlah perkara sebenar. Betulkah?
Adakah itu yang berlaku kepada kita sekarang ini? Tidak? Ya? Saya tidak tahu kerana kita sudah jauh meninggalkan tahun 1957. Boleh untuk diri berfikir dan mencari sejauh manakah kita memperoleh kebebasan itu. Bagi saya, merdeka itu perlu sentiasa diingati. Bagi saya juga merdeka amat diperlukan kerana kekayaan dan peluang merebut kejayaan baru terbuka dengan kemerdekaan. Selama ini sebelum merdeka segalanya derencanakan British kerana mereka ingin merebut timah, getah, dan pelbagai lagi hasil bumi kita.
Tapi terfikir juga saya, adakah kita masih mempunyai peluang untuk kejayaan. Ya ada, tapi ruangnya masih kecil. Tambahan pula orang kita sudah selesa, tak perlu untuk berfikir dan berusaha lebih lagi. Jadi orang yang punyai helah dan modal saja yang masih mengusai kebanyakan kekayaan negara kita. Saya punya doa, berharap satu hari nanti Malaysia menjadi lebih telus dan sejahtera dengan tiada langsung seorang pun yang layak menerima zakat. Kerana mereka semua sudah mampu dan punya harta untuk biaya pelajaran, sara diri keluarga, dan mampu menunaikan haji dengan harta sendiri.
Jadi dikala merdeka ini, lebih manis jika kita mengajak Sabah dan Sarawak untuk menikmati pengertiannya lebih mendalam kerana mereka juga adalah kita, rakyat Malaysia. Kini kita perlu menerima nasib yang dibawa dari generasi sebelum di mana kita adalah generasi revolusi. Segalanya perlu berubah dari segi mentaliti dan juga keazaman supaya satu hari nanti, Malaysia bukan sahaja sebuah negara malah sebuah peradaban yang penuh dengan kepelbagaian dan juga kemajuan dalam pelbagai aspek tanpa meninggalkan agama bagi aspek kerohanian.

“PATRIOTISM IS SUPPORTING YOUR COUNTRY ALL THE TIME, AND YOUR GOVERNMENT WHEN IT DESERVES IT” – Mark Twain -
No comments:
Post a Comment