Permainan komputer Civilization (terkini Civilization V:
Brave New World) memang menarik. Semakin lama, semakin unik dan juga lebih
terperinci dan menyamai dengan konsep ketamadunan manusia. Sudah tentu pembina
game ini sudah mengkaji dengan mendalam mengenai konsep ketamadunan, wonders,
teknologi, etika, dan pelbagai lagi dan diaplikasikan dan diadunkan di dalam
permainan ini. Setakat yang saya alami, rakan-rakan sekeliling susah untuk
memahami permainan ini. Hanya mereka yang tertentu saja yang dapat merasai
keseronokan permainan ini. Ya betul, yang tertentu sahaja.
Saya sudah lebih 10 tahun bermain permainan Civilization
bermula dari Civilization III lagi, di tahun 2003. Ketika itulah rakan mula
memperkenalkan permainan ini kepada saya. Dan setakat ini, hanya dia seorang
sajalah rakan saya yang tahu bermain permainan Civilization ini. Pada yang
mereka yang punyai passion pada sejarah mungkin dapat mencuba menyelami
permainan ini. Semakin permainan ini maju, semakin banyak elemen yang ditambah
baik, tahun demi tahun.
Tajuk entri kali ini mengenai merdeka. Ya, ada juga konsep
merdeka di dalam permainan ini. Bermula dari Civilization IV. Saya mungkin
jenis tidak terlalu berani untuk bermain difficulty hard. Jadi saya sentiasa
bermain di peringkat beginner. Di peringkat ini, pejam mata pun boleh menang.
Haha. Jadi, sentiasalah saya menang, dengan kekuatan tentera selalu saja dapat
menawan musuh yang memegang watak tamadun lain.
Selepas itu, pada satu peringkat, satu empayar tidak dapat
menampung keluasan yang terlalu besar. Jadi akan ada pilihan samada hendak
memerdekakan kawasan yang telah dijajah atau tak. Untuk pihak lawan, jika saya
memerdekakan kawasan mereka, maka mereka perlulah menyerahkan kebanyakan
kekayaan dan juga hasil buminya kepada saya. Jika tidak mahu menyerahkan semua
itu, maka mereka perlulah menentang kekuatan tentera saya yang begitu besar
(sebab difficulty beginner – settler difficulty) dan jika mereka berjaya,
mereka mengekalkan kedaulatan mereka dan tidak perlu menyerahkan kekayaannya
kepada saya.
Merdeka kita, bagaimana?
"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –