Wednesday, August 28, 2013

Merdeka





Permainan komputer Civilization (terkini Civilization V: Brave New World) memang menarik. Semakin lama, semakin unik dan juga lebih terperinci dan menyamai dengan konsep ketamadunan manusia. Sudah tentu pembina game ini sudah mengkaji dengan mendalam mengenai konsep ketamadunan, wonders, teknologi, etika, dan pelbagai lagi dan diaplikasikan dan diadunkan di dalam permainan ini. Setakat yang saya alami, rakan-rakan sekeliling susah untuk memahami permainan ini. Hanya mereka yang tertentu saja yang dapat merasai keseronokan permainan ini. Ya betul, yang tertentu sahaja.

Saya sudah lebih 10 tahun bermain permainan Civilization bermula dari Civilization III lagi, di tahun 2003. Ketika itulah rakan mula memperkenalkan permainan ini kepada saya. Dan setakat ini, hanya dia seorang sajalah rakan saya yang tahu bermain permainan Civilization ini. Pada yang mereka yang punyai passion pada sejarah mungkin dapat mencuba menyelami permainan ini. Semakin permainan ini maju, semakin banyak elemen yang ditambah baik, tahun demi tahun.

Tajuk entri kali ini mengenai merdeka. Ya, ada juga konsep merdeka di dalam permainan ini. Bermula dari Civilization IV. Saya mungkin jenis tidak terlalu berani untuk bermain difficulty hard. Jadi saya sentiasa bermain di peringkat beginner. Di peringkat ini, pejam mata pun boleh menang. Haha. Jadi, sentiasalah saya menang, dengan kekuatan tentera selalu saja dapat menawan musuh yang memegang watak tamadun lain.

Selepas itu, pada satu peringkat, satu empayar tidak dapat menampung keluasan yang terlalu besar. Jadi akan ada pilihan samada hendak memerdekakan kawasan yang telah dijajah atau tak. Untuk pihak lawan, jika saya memerdekakan kawasan mereka, maka mereka perlulah menyerahkan kebanyakan kekayaan dan juga hasil buminya kepada saya. Jika tidak mahu menyerahkan semua itu, maka mereka perlulah menentang kekuatan tentera saya yang begitu besar (sebab difficulty beginner – settler difficulty) dan jika mereka berjaya, mereka mengekalkan kedaulatan mereka dan tidak perlu menyerahkan kekayaannya kepada saya.

Merdeka kita, bagaimana?


"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –

No comments: