Thursday, August 22, 2013

Fi Ti Fi Ti 'Ain



Kecoh sekejap dengan isu CCRIS. Tapi, kecoh sekejap dan KJ jadi hero dengan mengkritik dasar kerajaan ini dan lantas Kabinet menarik balik semula cadangan tersebut. Saya bukan nak bicara isu PTPTN dengan CCRIS pun. Cuma teringat kisah lama.

Dengan dana PTPTN, pelajar mempunyai pelbagai sisi cerita. Ramai pelajar, maka banyaklah ceritanya. Secara umum, PTPTN lah membantu untuk membayar yuran pelajaran dan juga sara diri kami ketika belajar. :)

Tapi, kadang-kala ada yang terlepas pandang. PTPTN adalah untuk sara diri enjoy mereka. Ada rakan, anak orang kaya, bapanya sudah melarang untuk dia meminjam dengan PTPTN. Bapanya sebenarnya lebih dari mampu untuk menyara yuran dan sara diri anaknya.

Tapi anaknya tahu, dia takkan dapat wang sebanyaknya dengan sewenang-wenang dari bapanya itu. Terhad, amaun yang cukup-cukup mungkin, akan diberikan bapanya. Sudah tentu, untuk mendidik anak berjimat. Lantas, dia berdegil, tanpa pengetahuan bapanya meneruskan niat dengan meminjam dari PTPTN.

Kami, rakyat kebanyakan, rakyat marhaen, jauh di belakang rakan kami ini dari segi nasib keupayaan kewangan. Terkejut kami melihat bil perbelanjaan rakan kami di atas mejanya, sudah selesai semuanya dalam satu hujung minggu.

Ya, pinjaman yang kami terima untuk satu semester dan mencuba berjimat cermat setiap semester, dihabiskan hanya dua hari, sabtu dan ahad oleh rakan kami itu.

Dunia, banyak sisi cerita.

"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –

No comments: