Tuesday, September 21, 2010

Babak Raya

1

Aku keluar sebentar, melihat Alya melayan arnab yang dijaga sementara oleh Acik. Arnab itu kepunyaan jiran. Disebabkan mereka pulang ke kampung untuk berhari raya, mereka meminta tolong keluarga Acik untuk menjaganya.

Alya: Pak Su, tengok ni Alya bagi arnab ni makan carrot.

Aku sedang berdiri dipagar, melihat Alya.

Aku: Elok-elok, jangan sampai dia gigit tangan Alya.

Diam sebentar sambil aku melontar semula pandangan ke jalan raya. Tiba-tiba kedengaran suara kanak-kanak perempuan menjerit “PAK SU!!!”. Aku menoleh kembali ke Alya.

Aku: Kenapa Alya?
Alya: (Membuat gaya isyarat seolah-olah berkata “Bukan Alya yang panggil. Tapi budak sebelah yang panggil”)

Aku kehairanan. Jadi aku memandang ke rumah jiran Acik. Ada dua orang kanak-kanak. Seorang perempuan dan adiknya lelaki. Adiknya sudah tergelak besar melihat telatah aku yang keliru. Dan berterusan budak perempuan itu mengenakan aku. “Pak Su! Pak Su! Pak Su!” tanpa henti disusuli dengan gelak tawa mereka.

“Aduh, apalah yang seronok sangat ni?” fikir dalam hati. Seronok sangat mereka berdua ketawa mengenakan aku. Aduh.

2

Seusai melayan selera dan beraya di rumah Pak Cik Udin, kami pun mulalah hendak beransur pulang. Selesai sudah mak memasuki kereta dan tibalah giliran aku sebagai pemandu untuk masuk kereta. Sebaik hendak memasuki pintu, Kak Bayah menegur aku.

Kak Bayah: Kamu sekarang semester akhir ye?
Aku: Ya, semester terakhir. InsyaAllah hujung tahun ini habis.
Kak Bayah: Betullah tu, tengok rambut pun dah tau semester akhir.
Aku: ???

Aduhai, pulak dah.

3

Sampai juga hajat dihati untuk berhari raya ke rumah Hafiz di Sekinchan. Dan kami pun hendak beransur pulang sedikit awal memandangkan perjalanan yang agak jauh. Jadi kami masuk semula ke dalam rumah untuk berterima kasih kepada ibunya kerana sudah bersusah payah melayan kami.

Kami: Terima kasih mak cik, susah-susah je. Selamat hari raya.
Mak Cik: Sama-sama. Dah tau rumah ini, janganlah lupa nak datang menjenguk kembali. Kalau dah ‘berdua’ nanti pun, jemputlah datang lagi.

Kami tertawa sesama sendiri. Kemudian Mak Cik menyambung semula bicara.

Mak Cik: Terima kasihlah sudi datang ke rumah buruk ni.
Aku: Ish, Mak Cik. Kan rumahku syugurku.
Syuk: Apa dia? Syurgaku ke syugurku? Apa yang kau nak cakap ni ha?
Aku: Ha Ha Ha (Satu persatu)

“PATRIOTISM IS SUPPORTING YOUR COUNTRY ALL THE TIME, AND YOUR GOVERNMENT WHEN IT DESERVES IT” – Mark Twain -

Thursday, September 16, 2010

Hari Malaysia




Rasanya, 16 September tidak pernah diambil endah oleh orang ramai sebelum 2008. Saya tertanya juga, mengapa sambutan kemerdekaan biasanya bermula dari 16 Ogos dan berakhir pada 16 September? Lambat laun saya sedari 16 September adalah tarikh dimana Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu untuk menjadi Malaysia. Tidak dilupa juga ketika itu Singapura turut serta dalam Malaysia.

Tapi kenapa saya menyatakan tahun 2008? Cuba ingat kembali, apa yang dirisaukan ketika 16 September 2008. Suatu perkara telah diagahkan, dan menjadi kerisauan juga pada sesetengah pihak. Tapi sekarang tidak lagi, dengan pelbagai kemelut, rasanya perkara itu tidak berlaku. Tambahan pula 16 September mulai tahun ini (2010) adalah cuti umum, maka perkara itu mustahil berlaku. Tiada sidang pada cuti umum, ya.

Baiklah, masa telah beredar. Pemikiran bagi rakyat pun berbeza. Mereka yang lahir tahun 1930an, takkan sama dengan yang lahir 1940an. Juga 1950an, 60an, 70an, 80an, 90an, 2000an dan 2010an. Sebagai contoh, mereka yang lahir ketika 1930an telah merasa peritnya ketika dijajah tapi bagi mereka yang lahir pada 1980an, tidak akan dan mustahil sama sekali untuk merasa penderitaan itu. Bagi mereka, lahir-lahir saja sudah ada elektrik, kemudahan air dan pelbagai lagi. Apatah lagi mereka yang lahir pada tahun 2000an. Bukan saja letrik, malahan jalur lebar pun sudah ada.

Jadi, pada kami ini, sekurang-kurangnya sayalah, saya memang merasakan Sabah dan Sarawak itu adalah dari kita. Dua negeri di timur dipisahkan oleh Laut China Selatan tetapi masih lagi Malaysia. Walaupun melihat rakan dari Kuching berbicara, Adrien, memang saya tidak faham langsung. Tapi saya tahu, dia adalah sahabat saya. Dia sama saja negara dengan saya. Cuma kekayaan budaya itu amat berharga.

Tapi saya mungkin terbayang, apa yang difikirkan oleh arwah bapa saya ketika tahun 1962. Adakah beliau sudah merasakan Sabah dan Sarawak itu salah satu dari beliau? Maksudnya, ketika itu semenanjung ini saja sudah satu negara iaitu Persekutuan Tanah Melayu. Sabah pun belum tentu mempunyai nama kerana dipanggil Borneo Utara. Maaf, kerana saya tidak pernah lagi menemuramah salah seorang dari mereka yang lahir dan dapat merasakan tahun 1963.

Agakan saya, mungkin ianya dirasa seperti tanah asing. Tapi beruntung pada saya yang sejak lahir sudah melihat peta Malaysia. Sebuah negara yang terdiri dari semenanjung di barat dan dua negeri di timur. Itulah Malaysia, jika tiada semenanjung, bukanlah Malaysia. Sama juga jika tiada Sabah dan Sarawak, tiadalah Malaysia.

Itulah keunikan pembentukan sebuah negara. Hasil persetujuan dan pungutan suara maka terbentuklah sebuah negara yang kaya dengan variasi budaya. Saya tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke Sarawak mahupun Sabah. Pada pandangan saya, kedua-dua negeri ini adalah negeri hutan. Maafkan saya, negeri yang masih menjaga hutan yang menjadi nadi kepada semua hidupan. Tanpa pohon-pohonan itu, siapalah kita.

Ada juga sentimen yang menyatakan, pihak barat sibuk menyuruh kita menjaga alam sekitar dengan tidak menebang hutan. Tapi dalam masa yang sama, mereka menebang hutan dan mengecapi kemajuan dengan melaksanakan pelbagai pembangunan. Sedangkan mereka membiarkan negara lain berada pada tahap yang sama tanpa kemajuan kerana tidak membenarkan penebangan hutan. Saya takut, perkara yang sama sedang berlaku pada dua negeri ini.

Walaupun tidak pernah melihat sendiri, namun disiarkan di televisyen, mengenai kekurangan infrastruktur disana. Kasihan rasanya, ini negara Malaysia, yang bakal menjadi negara maju pada 2020. Tapi, kenapa masih ditinggalkan dibelakang? Bukan Kuala Lumpur saja yang hanya dipandang. Tempat-tempat lain juga akan dinilai.

Minda saya bukanlah mengejar kemajuan. Cuma merasakan setiap manusia dibawah tadbiran negara ini patut mendapat segala kemudahan dengan saksama. Sekurang-kurangnya benda-benda asas. Sepatutnya benda-benda 'Fundamental', memang sangat-sangat diperlukan oleh rakyat. Semua ini sepatutnya disediakan dengan sewajarnya. Maafkanlah saya, saya bukannya orang sana cuma saya adalah seorang rakyat Malaysia yang merasakan mereka disana adalah saudara-saudara saya juga.

Jadi bersempena hari Malaysia yang kini sudah dijadikan sebagai cuti umum, diharapkan dapat menerapkan lagi kefahaman semua rayat tidak kira mana-mana lapisan pun terhadap negara Malaysia itu sendiri. Semoga mereka semua akan cuba ambil tahu, kenapakah hari ini mereka mendapat cuti. Sekian.

“PATRIOTISM IS SUPPORTING YOUR COUNTRY ALL THE TIME, AND YOUR GOVERNMENT WHEN IT DESERVES IT” – Mark Twain -

Bitter Sweet Sour Of Fruits


Once you have planting a fruit seed, with proper method, InsyaAllah the seed will grow and become a tree. Later on, on its season, they will produce flower and some of them we called it as fruit. These fruits usually are healthy, just name it; apple, banana, papaya, strawberry and many others. These famous fruits surely became the favorite of people. Hazardous fruits might be unknown to us.

Well, that is the real fruit. How about fruit in our life, I mean, after we doing something and later the outcomes of it. Like studying hard and great result afterward. Obviously that is the fruitful outcome that we ever wanted. That is the good example for sweet fruit. How about bitter and sour fruits? Erm, I hope you can imagine it yourself.

And sometimes that is life works. Sometimes, a sour orange gave me sweet taste of it. I don't know where it is come from. However it maybe want me to have a chance to taste the sweetness of orange. It is weird, ea. Yes, of course. That is why I seldom found sweet orange and I seldom pick up a fruit to eat it. Hehehe.

I wanted to keep this sweet orange carefully. I wanted to take care of it. I want to feel it, taste it and get into it. Never taste it before. However, I have to take care other thing else also. Not being preoccupied with this orange. However, seeing this orange has excited me.

Well, I should have stop by now. It will become weirder later. Hehehe. See you later.

p/s: I thought that I wanted to write something else. Hurm.

“PATRIOTISM IS SUPPORTING YOUR COUNTRY ALL THE TIME, AND YOUR GOVERNMENT WHEN IT DESERVES IT” – Mark Twain -

Tuesday, September 14, 2010

Consequences




I have to write this real quick. As I don't have too much time. Well, nothing important, just an ideal adventure of thoughts.

This life as we called it, sometimes full of cheerful and colorful joy in between and sometime also the dark and gloomy themes came to test us. Definitely all of these come with some reasons and even though we are innocent, it is still come to us.

At the mean time, I feel like I'm alone. All alone with hatred with my surroundings. That is the consequences with untimely decision and acts. I knew it will be like this. I don't know what to do though.

It is a pain, really. Nothing much. Being alone is surely scary. Like Fort Minor "Right Now", every person in this world is doing something. It maybe like not important, but some part of it is important. Someone might entering the CC just for playing games but some person is fighting for himself.

That makes the story of the world. You might be sleeping, holding something precious in your heart. How about someone that couldn't sleep? He might be imsomnia for some idiot reason. Some irrelevant points that makes him like that. Staring at one spaces without real reason. Disturbed all in and out of his world.

That are the consequences. Consequences of weird thing. Consequences is just at the middle of a process. It is not supposed to be at the end. Most of us thought 'Consequences' is the result of some act, decision, process, projection and else other. Consequences is the best lesson for human to get the precious knowledge from it. No doubts about it.

Yeah, I just taking it in. Not much. A bit. I have to face it whether it is painful or joy. But I'm glad something that makes me very happy come into my life. I have to be relieve about it. Life is taking a new chapter in it. And that is what I called, 'Turn'.

“PATRIOTISM IS SUPPORTING YOUR COUNTRY ALL THE TIME, AND YOUR GOVERNMENT WHEN IT DESERVES IT” – Mark Twain -

Monday, September 13, 2010

Turn

Civilization V will be out in the market on September 24th 2010.








Turn, is a significant element in this life. Maybe we do not realize it however life is about making a turn. Not a u-turn, but however sometimes u-turn might be necessary. And usually some elements cannot be u-turned because this is life. The earth still rotates from west to east and never change unless the Qiamat has already started. But for now, for us, it is going forward.

I really like to take an analogy here, again from a video game called Civilization. Just like in chess, Civilization is played in term of turns. We made our step and then we waits for other opponent(s) to take theirs. Usually I played it as honest as I can. That means I only saved the game if I have to stop and wish to continue with it later. If I win, that is the best thing out of me, and if I lose, it means that I'm really losing.

However, recently i've tried to play the highest difficulty of the game. With that honest style of playing, I will never have a total victory for that difficulty. Now I realize that the save option is not just for me to go out or to continue it later, it is also a tool to play safe. I saved a game before I started to attack a city. Let say the outcome is bad (i.e. my army died), I can reload that game and change my decisions. Wow, it is really helpful for me.

However, that things does not happen in our real life. If we have done 1 things, it will be recorded in God hard drive. Plus, the memories of people will be affected too. Our good deeds and any bad acts still there. We cannot reload it and undo our mistakes.

And to make a wrong turn, it is too hard for me to accept it even until now. It disturbed much portion of me. To take an emotional fall and losing of pride, wow, it is a real burden. I don't know how to face the world again. I got several days left now, to reconstruct my pride and at least another 3 months to go through it. To go through the life after I've made a wrong turn. I don't know what to do. Needing someone to help me to advise me. However, life, as we called it will not always lifting our hands and helping us to walk again. Sometimes we have to stand up alone, and walk bit by bit to go through the hurdles. Some people say, "You, as a man shouldn't have to be like this. You have to take the risk and that is called as life". Yes, I do noticed that. But this 'man' thing, I have never experienced it before.

Hurm, first thing first, I'm thinking that I have wrongly evaluated all the information that I've got. Thus, that makes me made that wrong turn. And sometimes near in the future, few days, I have to take a risk again. If it is positive, I might be happy. And if it turns out as negative, well, it doubles my sorrow.

However, mistakes taught us a priceless knowledge in the future. Especially in term of psychology. Psychology, for not a medical student like me, is a very subjective subject. Different people, different hearts, different minds, different thoughts, different spirits, different targets, different receptions and so many other differences. Well, for me, I have to record it. Never wanted to taste it again. I have to be very smart in many aspects. Not being so bold in my apporaches. I have to change myself. Well, experiences really taught me valuable lessons. Sigh.

p/s: Handling machine is better than handling people.

Allahumma Yassir, Wa La Tu'Assir, Rabbi Tammim Bil Khair.




“PATRIOTISM IS SUPPORTING YOUR COUNTRY ALL THE TIME, AND YOUR GOVERNMENT WHEN IT DESERVES IT” – Mark Twain -

Sunday, September 12, 2010

Kenji




Kenji dari Fort Minor, mengisahkan perihal datuk kepada Mike Shinoda ketika era perang dunia kedua. Walaupun sebuah lagu rap, ianya seolah puisi menceritakan sebuah kisah. Disini saya tuliskan apa yang saya rasa hendak diertikan dari bahasa melayu sendiri.

Kenji.

“Ayahku datang dari Jepun pada tahun 1905. Dia ketika itu berumur 15 tahun berimigrasi dari Jepun. Dia, dia bekerja sehingga dapat membeli sebidang tanah dan membina sebuah kedai” kata ayah Mike Shinoda.

Mari saya khabarkan sebuah cerita dari erti kata sebuah mimpi ataupun impian. Aku tak tahu mengapa aku perlu menceritakannya namum aku faham ertinya. Pejamkan mata kamu, dan bayangkan latar belakang pemandangannya. Sepertimana aku lukiskan untuk kamu, waktu itu perang dunia kedua. Dan orang ini bernama Ken bangun dari tidur di waktu pagi. Ken bukanlah seorang tentera, dia hanyalah seorang lelaki, mempunyai keluarga dan mempunya sebuah kedai di Los Angeles.

Hari itu, dia keluar dari bilik tidur dan sepertimana biasa, memasak telur dan sarapan bersama isteri dan anak-anak. Dia tinggal di tingkat dua di kedai kecil itu yang dia uruskan. Dia pindah dari Jepun ke Los Angeles dan dipanggil imigran. Dalam bahasa Jepun, apa dikata dia dengan perkataan ‘Esay’ yang membakwa makna ‘generasi pertama di Amerika Syarikat’.

Bilamana semua orang takutkan Jerman, begitu juga kepada Jepun. Tapi sebenarnya orang takutkan adalah serangan keatas tanah mereka. Dan pagi itu bila Ken keluar terlihat alas kakinya, dunianya menjadi hitam dan kelam. Kerana disana, dimuka depan surat khabar, 3 minggu sebelum 1942 terpapar “Pearl Harbour telah dibom dan tentera Jepun akan menyusul”.

Gambar-gambar tentera yang terkorban dan lari bertempiaran terpampang, Ken tahu apa akan menyusul selepas ini. Sepertimana yang dia sudah agak, Presiden berkata “orang Jepun yang jahat di negara kita akan dikurung”. Mereka berikan Ken masa beberapa hari sahaja. Masa untuk Ken mengisi segala barang yang ada ke dalam dua buah beg. Hanya dua beg, dia pun tidak mampu untuk mengisi bajunya.

Sementara itu ada orang lain yang tidak punya beg langsung untuk mengisi barang. Jadi dua beg plastik sampah digunakan, yang diberikan oleh pihak penguasa. Bila anak-anak bertanya pada ibu, “Ke mana kita hendak pergi?”. Tiada siapa pun tahu, apa yang patut diberitahu pada anak-anak itu. Ken tidak mahu menipu, dia berkata “Orang Amerika Syarikat mencari perisik, jadi kita perlu tinggal di tempat bernama Mandinar, di mana letaknya ramai orang Jepun.

“Sudah, jangan pandang lagi pada mereka yang bersenjata itu. Jangan bagi tentera itu mengesyaki apa-apa. Jika kamu nak lari atau tidak. Kalau kamu lari kamu akan ditembak. Melainkan itu, jangan terfikir langsung fasal itu. Jangan terlalu risau masalah sempit dan sesak. Suatu hari nanti, kita akan dapat keluar. Suatu hari nanti, suatu hari nanti.”

Kata ibu saudara Mike Shinoda “Sebaik saja perang bermula, G.I. telah datang ke rumah. Semua orang Jepun perlu pergi. Dia ambil Encik Lee, dan kami tidak faham. Kenapa dia perlu diambil. Dia hanyalah seorang pekerja yang tak bersalah”.

Jadi kini mereka berada di sebuah penempatan, dikelilingi tentera. Setiap hari, setiap malam, dijaga dan diperhatikan. Dari menara peninjau dan dari atas tembok. Ken tidak dapat membenci mereka. Mereka hanya menjalankan tugas dan amanah mereka. Dan Ken tidak mahu menimbulkan sebarang masalah.

Ken mempunyai sebuah taman kecil, dengan sayur dan buah-buahan ditanam. Diberikan hasil tuaian kepada tentera di dalam bakul, khas dibuat oleh isterinya. Jauh didalam lubuk hatinya, apa yang diharapkan adalah keluarganya selamat. Tawanan perang di dalam negaranya sendiri, apakah ini? Masa terus berlalu di dalam penempatan tentera itu.

Ken masih mahu meneruskan hidup dan bebas. Tapi hanya satu jalan yang ada untuk menjadi begitu, iaitu menyertai tentera. Dan ada yang sudah melakukannya, menyertai tentera. Dan akhirnya terbang ke Jepun dan menjatuhkan bom. Letupan 15 kilotan itu menghentikan perang ini dengan pantas. Dua buah bandar diletupkan sehingga berkecai dan terlerai sudah; perang sudah tamat.

Ken dibebaskan, besar cita-cita untuk kehidupan biasa, dengan isteri dan anak-anak. Tetapi, sebaik mereka tiba ke rumah mereka, mereka sedih dengan apa yang mereka lihat. Orang itu semua telah meletakkan sampah didalam setiap bilik, tingkap-tingkap dipecahkan dan juga pintu. Tertulis juga di dinding dan lantai “Orang Jepun sudah tidak dialu-alukan lagi”.

Dan Ken meletakkan kedua-dua begnya di tepi dan berdiri di luar. Dia, melihat ke arah isterinya tanpa sepatah kata. Isterinya melihat kembali padanya, dan menitiskan air mata. Dan kemudian Ken berkata “Suatu hari nanti, segalanya akan baik semula. Suatu hari nanti, suatu hari nanti.” Sekarang, nama telah berubah namun hakikat cerita ini adalah benar. Keluargaku dikunci ketika tahun ’42, keluargaku dahulu di sana, kem yang gelap dan lembap. Dan mereka memanggil itu adalah kem pengurungan.

“Sebaik kami pulang dari kem itu, ianya sugguh teruk” kata ayah Mike Shinoda. Disambung pula oleh ibu saudaranya “Saya masih ingat lagi kata-kata suami saya, adakah kita akan bertahan?. Kemudian suami saya meninggal sebelum kem itu ditutup”




“PATRIOTISM IS SUPPORTING YOUR COUNTRY ALL THE TIME, AND YOUR GOVERNMENT WHEN IT DESERVES IT” – Mark Twain -

Wednesday, September 1, 2010

Penghayatan Merdeka


Tak pernah terlalu lambat bila berbicara mengenai Merdeka. Kerana perkara itu telah berlaku dan sedang berlaku dan kira-kira sudah 53 tahun 1 hari Malaya dimerdekakan oleh pihak British. Namun untuk Malaysia tempohnya mungkin dipendekkan sedikit kepada 47 Tahun. Tidak sampai pun 47 tahun lagi kerana 16 September adalah tarikh sebenar bagi meraikan Malaysia.

Sebenarnya, bagaimana kita mempunyai hari merdeka ini? Merdeka, bebas dari penjajahan. Bermakna kita sudah pernah dijajah suatu ketika dahulu. Cerita mengenai dijajah pula, kita perlu tarik isu sejarah disini. Sebelum hendak cerita mengenai dijajah, kita cuba ulas apakah yang diertikan sebagai ‘kita’. Meletakkan tahun 1511 sebagai tahun bermulanya era penjajahan sebuah kawasan di Melaka, cuba bayangkan adakah antara kita nenek moyangnya sudah ada di Melaka ataupun kawasan sekitar ketika itu. Saya? Jawapannya tidak kerana saya mengerti bahawasanya saya adalah generasi ke-empat yang lahir disini. Sekitar 1800-an dahulu mungkin datuk dan nenek moyang saya telah meneroka kawasan kampung.

Belum jelas lagi mengenai ‘kita’. Jadi diringkaskan cerita, ‘kita’ itu bolehlah saya tarikkan disini bahawa sesiapa yang mempunyai nenek moyang ataupun ibu bapa yang telah lahir sebelum 1957 lagi. Ini kerana tarikh 31 Ogos 1957 merangkumi untuk siapa yang sudah ada ketika itu, baik beliau baru dilahirkan sehari ataupun sudah pun berumur 99 tahun ketika itu. Jadi generasi yang lahir selepas itu telah selamat menjadi rakyat negara yang sudah merdeka itu.

Namun perjuangannya mungkin tidak terasa oleh generasi yang telah lahir sejak dari tarikh keramat itu. Perjuangan orang yang memperolehkan kemerdekaan itu kemudian disambung dan ditukar untuk mengekalkan kemerdekaan itu. Tapi sejauh manakah merdekanya kita. Itu saya tidak dapat ungkaikan lagi. Saya pernah bermain permainan video ‘Civilization IV’. Dimana kita diberi peluang untuk mentadbir sebuah tamadun itu dan mengembangkan kawasan dengan membuka petempatan ataupun menawan bandar tamadun lain. Namun jika sesuatu empayar itu terlalu besar, ianya menjadi beban kepada pemain kerana perlu mengawal suatu kawasan yang amat besar. Sebagai contoh, saya mengawal tamadun Arab dan kawasannya melangkaui Filipina di timur dan Chile di barat. Disini ada satu pilihan diberikan kepada pemain iaitu memerdekakan sedikit kawasan jajahan untuk meringankan beban.

Apakah manfaat yang boleh didapati dengan mengorbankan kawasan empayar? Jadi permainan ini memberikan sokongan tak berbelah bagi oleh kerajaan yang dimerdekakan kepada penjajahnya dahulu. Kerajaan baru itu akan sentiasa berlapang dada dengan penjajahnya dahulu dengan memberikan sumbangan bahan (resources) dan juga sokongan politik kepada pemain. Tidak mengapa, itu cuma permainan video, bukanlah perkara sebenar. Betulkah?

Adakah itu yang berlaku kepada kita sekarang ini? Tidak? Ya? Saya tidak tahu kerana kita sudah jauh meninggalkan tahun 1957. Boleh untuk diri berfikir dan mencari sejauh manakah kita memperoleh kebebasan itu. Bagi saya, merdeka itu perlu sentiasa diingati. Bagi saya juga merdeka amat diperlukan kerana kekayaan dan peluang merebut kejayaan baru terbuka dengan kemerdekaan. Selama ini sebelum merdeka segalanya derencanakan British kerana mereka ingin merebut timah, getah, dan pelbagai lagi hasil bumi kita.

Tapi terfikir juga saya, adakah kita masih mempunyai peluang untuk kejayaan. Ya ada, tapi ruangnya masih kecil. Tambahan pula orang kita sudah selesa, tak perlu untuk berfikir dan berusaha lebih lagi. Jadi orang yang punyai helah dan modal saja yang masih mengusai kebanyakan kekayaan negara kita. Saya punya doa, berharap satu hari nanti Malaysia menjadi lebih telus dan sejahtera dengan tiada langsung seorang pun yang layak menerima zakat. Kerana mereka semua sudah mampu dan punya harta untuk biaya pelajaran, sara diri keluarga, dan mampu menunaikan haji dengan harta sendiri.

Jadi dikala merdeka ini, lebih manis jika kita mengajak Sabah dan Sarawak untuk menikmati pengertiannya lebih mendalam kerana mereka juga adalah kita, rakyat Malaysia. Kini kita perlu menerima nasib yang dibawa dari generasi sebelum di mana kita adalah generasi revolusi. Segalanya perlu berubah dari segi mentaliti dan juga keazaman supaya satu hari nanti, Malaysia bukan sahaja sebuah negara malah sebuah peradaban yang penuh dengan kepelbagaian dan juga kemajuan dalam pelbagai aspek tanpa meninggalkan agama bagi aspek kerohanian.



“PATRIOTISM IS SUPPORTING YOUR COUNTRY ALL THE TIME, AND YOUR GOVERNMENT WHEN IT DESERVES IT” – Mark Twain -