Alhamdulillah, dah 4 tahun selesai hari terakhir SPM 2004 yang ditutup tirai dengan kertas Biologi. Semua menjerit keseronokan tak terkira sehinggakan sampai bertakbir pun ada. Masa tu, keputusan peperiksanaan pun tak tahu lagi. Tapi dah seronok macam sudah menang peperangan. Bagi saya, saya mengunjurkan pandangan ke masa hadapan, mengagak apa yang akan kami lakukan dan pencapaian kami sebagai hasil sekolah ‘cream of the creams’. Bergaul dengan pelajar-pelajar hot prospect ni memang berbeza rasanya. Dah lama tak merasa perasaan tu, dah rindu sangat dah. Motivasi dalaman bergerak sendiri, jauh dengan suasana saya belajar sekarang. Mencuba mencari momentum itu semula. Tapi tak mengapa. Sekarang, sengaja nak menulis, melihat perkembangan rakan-rakan yang setakat ini membawa nama menembus ke khalayak umum. Segan sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan diri ni, tapi saya tetap berbangga sekurang-kurangnya saya pernah satu sekolah dengan mereka dan berharap suatu hari nanti saya pun ada sesuatu yang boleh dilakukan seperti mereka.
Hari ni, 16 Dis 08, Buletin Utama ada menayangkan satu slot misi kemanusiaan di Darfur. Terlihatlah kelibat si Waraouq yang turut serta. Warouq adalah seorang pelajar perubatan di Mesir. Dia dahulu bersekolah di Sambest dan dapat menyambungkan pengajiannya di sana. Tapi, sungguh murni bagi dia untuk pergi ke negara seperti Sudan untuk bersama-sama melaksanakan misi kemanusiaan tersebut. Setakat ni, saya pun tidak ada lagi semangat seperti itu. Jika ingin melihat sorotan tersebut, bolehlah pergi ke website TV3 untuk melihat Buletin Utama bertarikh 16 Disember 2008. Tak lupa juga, Warouq ada berkata liputan ini juga akan disiarkan di Majalah 3. Mari kita sama-sama tonton nanti. (http://profiles.friendster.com/8430908)
Dalam tahun ini juga, TV9 ada menganjurkan pertandingan Akademi Nasyid, sebuah rancangan realiti TV tapi berteraskan hiburan Islam iaitu nasyid. Alhamdulillah, salah seorang rakan sebilik saya dahulu turut menyertai pertandingan ini. Fathul Rahman Misbah adalah salah seorang ahli kumpulan nasyid Voice Of Men. Tapi rezekinya dan ahli kumpulan tidak berapa jauh, kerana terkeluar sebelum final lagi. Tapi saya memang kenal dengan bakat Fath ni, dia boleh mengatur dan menyusun serta memperkemaskan persembahan kumpulan nasyid yang disertainya selama ini. Beliau boleh kenal jenis suara yang sesuai digunakan pada masa-masa tertentu. Dan memang itulah bakat beliau. Semoga dia Berjaya dengan lebih cemerlang lagi di masa hadapan. (http://profiles.friendster.com/4878629)
Setahun sebelum ini, rakan-rakan sesekolah dulu ada mengadakan Reunion dan disitu dihebahkan salah seorang rakan sekelas saya dahulu, Raihan Mustafa Kamal telah menjadi co-author bagi sebuah buku. Hmm, disebabkan kakak saya juga sedang asyik menulis, maka saya terpanggil untuk merasa teruja mengenai hal ini walaupun rakan-rakan lain mungkin tidak memandang sangat mengenai penulisan buku. Bukunya bertajuk ‘Hidup Zero Alasan’. Secara jujur memang saya tidak membelinya lagi sebab saya belum bersungguh-sungguh mencarinya. Tapi jika ada rezeki terlihat di mana-mana kedai buku dan juga tidak kekeringan poket, boleh la saya membeli sebuah. Tapi, saya turut mempromosikan buku ini. Nak komen, saya tak baca lagi.
Tapi saya percaya, isi kandungannya juga bagus. (http://raihanmk.blogspot.com/)
Saya rasa, ramai lagi sudah melakukan pelbagai perkara walaupun hanya selepas 4 tahun keluar dari sekolah. Cuma saya tidak perasan dan tidak mengikut perkembangan berita, maklumlah masing-masing sibuk belajar. Tadi pun nasib baik buka TV sebentar. Memang rezeki saya untuk menonton berita tadi. Pencapaian saya? Hmm, tiada yang boleh dibanggakan dan tiada yang dapat tembus ke masyarakat umum lagi setakat ini.
InsyaAllah, seorang demi seorang rakan seperjuangan saya dari sekolah dulu akan berbakti pada masyarakat. Ini kerana kebanyakan dari mereka berkualiti tinggi dan sungguh entusiastik untuk berbakti dan mencipta nama. Bukan saya nak membandingkan dengan rakan-rakan saya sekarang, tapi hakikatnya memang begitu. Mereka yang dapat melakukan perkara seperti ini dahulu dari orang lain. Jadi, Ganbatte Kudasai Sambest Crew 2004!

ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-
No comments:
Post a Comment