Thursday, December 18, 2008

Video Game


Tengok la budak ni excited main macam mane? Walaupun berlakon depan kamera je.

Apakah permainan video (Video Game) ni? Ramai kata ianya satu benda yang suka-suka untuk dimainkan jika bosan dan jika tiada benda lain yang hendak dilakukan. Tak kurang juga yang berpendapat video game juga membuang masa jika terjebak dalam perkara ini, termasuklah pensyarah BEL (English) saya ketika semester 3 di diploma. Banyak lagi persepsi orang ramai mengenai video game lagi-lagi ada satu kes di luar negara menyebabkan seorang budak lelaki berusia 13 tahun tidak memberi sebarang respon apa-apa pun selepas dilihat terdiam tidak membuat apa-apa. Situasi ini didapati ketika beliau selesai bermain game Warcraft.

Tapi, jika anda melihat dari perspektif peminat video game itu sendiri, ianya jauh berbeza. Video game memberi kepuasan dalam kelas tersendiri bagi peminatnya. Juga dalam golongan peminat video game itu sendiri, terdapat pelbagai dimensi yang wujud antara mereka. Ada yang menikmati kecantikan grafik sesuatu game itu mahupun jalan ceritanya. Tidak kurang juga kelainan yang disertakan dalam sesbuah game tersebut yang memberi perasaan yang berbeza bagi genre game yang sama.

Bagi saya, juga meminati filem sejak dari awal teringin bersama-sama terlibat dalam pembentukan sesebuah cerita itu. Kebelakangan ini, hasrat itu boleh direalisasikan dalam video game. Tidak ramai yang boleh menikmati hal sebegini. Ada seorang kenalan saya yang tidak berminat melihat jalan cerita sesebuah game tersebut. Dia lebih rela menekan butang ‘escape’ dari melihat ‘cut-scene’ yang sudah penat dibuat oleh pembangun game tersebut. Saya tak boleh salahkan dia sebab dia adalah jenis yang amat cepat dan mahu menghabiskan game secepat yang boleh. Itulah sebabnya dia dapat menghabiskan ‘Need For Speed: Most Wanted’ dalam masa satu hari. Setakat ini game yang paling cepat saya selesaikan adalah ‘Call of Duty 4: Modern Warfare’ (COD4) dan lagipun jalan ceritanya yang pendek memudahkan saya untuk menyelesaikan dalam masa satu hari saja.

Berbeza dengan rakan saya itu, saya menyelami game tersebut melalui jalan cerita tapi tidak semua yang boleh dihayati sepenuh hati disebabkan pandangan kebanyakan game adalah dari ‘3rd person’. Antara yang diingati ialah COD4 disebabkan 1st person shooter dan jalan cerita yang menarik. Game ini memberi pandangan sendiri terhadap game tersebut. Tak kurang juga game yang lain seperti ‘Metal Gear Solid 3: Snake Eater’ yang memberi kesan mendalam pada kebanyakan pemain walaupun menggunakan pandangan ‘3rd person’. Tetapi game arcade yang memerlukan 1 perlawanan seperti permainan bola sepak tidaklah membawa makna yang besar tapi dapat melegakan kehendak seseorang itu yang suka pada kancah bola sepak terutama arena Eropah.

Pendek kata, kenikmatan game selalunya hadir setelah menyelesaikan sesuatu game tersebut hingga habis. Dengan selesainya segala permasalahan dan juga teka-teki yang disediakan memberi kepuasan kepada pemainnya dan faktor ini juga terpulang pada kebagusan game tersebut. Rating yang tinggi selalunya memberi keputusan yang bagus untuk pemain bersetuju dengan markah yang diberikan oleh website yang member rating tersebut. Akhir sekali, segalanya terletak pada tangan pemain kerana mereka berhak memilih dan habiskan permainan tersebut dengan sedaya upaya dan membuat penilaian terakhir dan kalau boleh, tepuk la tangan tu sikit. Hehehe


ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-

2 comments:

Anonymous said...

ermm, game, kalau orang melihat dari dimensi lain: melihat pengalaman luar dari zaman sendiri, merasai, menjiwai, belajar, meneliti. Lagi2 kalau game dibangunkn mengambil latar yg luar dari lingkungan. Cth: perang, zaman victoria, zaman Abasiyah, zaman rome, atau pengalaman bercucuk tanam, atau paling simple menjaga binatang alien utk dilagakan. Huh, menarik. Bagi sy, game, jalan pintas utk tahu, paling pintas utk dijadikan aset pengalaman tanpa melalui pengalaman itu sendiri. Menarik!

Aderi Aryasu said...

itulah, pelbagai perspektif yang berbeza, tapi tak dapat dibayangkan oleh pemain game yang biasa-biasa saja. ini cuma boleh dinikmati bagi mereka yang menghargai game itu sendiri.