Showing posts with label Games. Show all posts
Showing posts with label Games. Show all posts

Sunday, October 2, 2011

L.A. Noire



Copy/Pasted from Facebook page of L.A. Noire comments;


1) playing L.A. Noire OTOLG this game is crazy!!!

2) L.A. Noire was AWESOME!!! Probably in my top 5 of this generation.

3) reached L.A. Noire Disc 3.. urr.. i dont want the game to end!! >.<

4) Playing L.A. Noire and it is sick a.f.

5) Oh, wow! L.A. Noire has some amazing music :D

6) L.A. Noire. i love thee so.

7) fp L.A. Noire perhaprs one of the best games iv played in a long time :) loving it

8) just beat L.A. Noire. That ending was just...wow...




Copy/Pasted from Facebook page of R.I.P. Cole Phelps comments;


1) I seriously started crying at the ending. -__-

2) I am now depressed a little after seeing this ending

3) I barely finished the game yesterday and i got pissed like wtf they always have to make

 the main character die =(

4) Finished this game just now, can't believe they killed off a main character again, 

5) i just finished. i actually cried....

6) I have never cried because of a game before buy damn this made me a sad panda :(

7) i just finished LA Noire and a tear slid throw my cheek, damn, so depressing

8) I...I..I cried.





Me? I don't know what to say. Speechless.


"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –

Saturday, October 1, 2011

Footbal Manager (FM) 2008 – Local Area Network (LAN) 12


Penutup

Selepas kejadian pemecatan tu, suasana bermain FM LAN tidak lagi sama seperti dulu. Rasa macam tak selesa saja rasanya. Aku pun rasa tak selesa nak main dalam EPL dah. Walaupun yang lain-lain buat tak tau je tapi aku pun tak berani nak agak apa yang diorang rasa, pendapat diorang dan pandangan diorang masa tu. Tapi serius lah, memang tak sama rasanya.

Jadi aku ni yang memang asyik rasa nak chow je dari suasana crowded EPL tu pun tiba-tiba dapat offer jadi manager A.C. Milan. Team pun hebat jugak, ada Kaka, Gatusso dan ramai lagi player hebat. Apa salahnya berpindah ke Serie A. Dari asyik ada perasaan yang tak syok baik la aku blah dari EPL tu. Jadi aku pun bersetuju berpindah ke A.C. Milan.


Aok pula telah mendapat offer dari Real Madrid untuk menjadi pengurus disana. Tapi malangnya dia adalah die-hard-fan Barcelona, rival besar Real Madrid. Tapi mungkin Aok turut merasa perasaan yang sama dalam EPL masa tu dia pun turut blah dari EPL dan join Real Madrid dalam La Liga. So dah kurang 2 player di EPL.


Aku cuba mengawal Milan, tapi tak kena dengan style permainan aku. Milan biasa guna 4-4-2 (diamond) tapi aku langsung tak biasa dengan formasi tu. Kalau aku ubah formasi tu mesti kalah teruk terus kena kritik dengan media. Jadi lama-kelamaan feel main FM LAN ni pun dah kurang. Tapi memang ketara feel tu berubah lepas isu Iley dipecat.

Lama-kelamaan aku pun dah tak join FM LAN ni. Biarkan saja. Dan aku pun tak ambil port sangat diorang main macam mana lepas tu. Tapi seingat aku, tak lama lepas tu diorang pun dah tak main FM LAN ni. Maka tamatlah era bermain FM LAN ni akhirnya.

Sebenarnya agak lama jugak kami main bersama. Banyak lagi peristiwa dan isu yang berlaku tapi mungkin tak terlekat dalam memori aku ni. Memang feel berbeza dari bermain FM bersendirian. Tapi dengan main beramai-ramai banyak juga konflik yang timbul sedangkan segalanya berlaku adalah imaginary. Hahaha. Tapi itulah rencah dan asam garam kehidupan. Walaupun hanya dijelmakan dalam permainan video masih tetap wujud keadaan konflik dan peristiwa seperti didalam dunia sebenar.

Tapi sekurang-kurangnya aku dapat merasa bermain FM secara LAN dengan rakan-rakan lain. Bukan hanya merasa game yang biasa dimainkan dengan LAN seperti Counter-Strike, DOTA, Quake dan beberapa game lain. Sekurang-kurangnya terasa sedikit jadi manager kelab bola sepak, tak kisahlah walaupun sedikit. Sekian kisah FM LAN dari aku. Terima kasih.

- THE END -




"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –

Friday, September 30, 2011

Footbal Manager (FM) 2008 – Local Area Network (LAN) 11


Act XI


Kejadian yang berlaku kat Apis tu tak terhenti disitu. Walaupun kini masing-masing lebih peka dengan kontrak pemain tapi pelbagai lagi situasi yang tak diduga boleh saja berlaku. Ini kan FM, ianya resemble hampir keadaan dunia sebenar. Apa saja boleh berlaku.

Situasi lebih kepada penghujung zaman kami bermain FM LAN ni bersama. Ini adalah antara tragedi terakhir yang berlaku ketika kami bermain bersama-sama. Permainan masih diteruskan. Ada yang hebat, ada yang struggle dan ada juga yang suam-suam kuku. Just enjoy the game. Tapi situasi Manchester United yang diuruskan oleh Iley tak banyak berubah. Memang kelihatan sedikit peningkatan terhadap pemain-pemain muda beliau namun keputusan memberansangkan sukar untuk didapati. Seringkali kalah dan itu secara lojiknya tidak dapat diterima akal apatah lagi untuk kelab seperti Manchester United.

Sudah ditakdirkan, Iley ada kelas sedangkan kami yang lain tiada kelas ketika itu. Jadi hanya seperti biasa kebanyakan kami bermain bersama walaupun Iley tiada, maka Manchester United telah di’auto-pilot’kan oleh komputer. Perlawanan demi perlawanan dilangsungkan dan kami hanya menguruskan pasukan kami seperti biasa. Tapi memandangkan Man Utd di ‘auto-pilot’kan, keputusan juga turut buruk, hasilnya adalah kekalahan untuk Man Utd. Kami tak endahkan, teruskan saja dengan permainan kami. Itu Iley punya pasal, pandai-pandailah dia uruskan kelab dia nanti.


Tapi suatu yang mengejutkan berlaku, setiap dari kami terima berita tersebut melalui inbox emel kami. Tajuk berita adalah “Manchester United’s manager, Iley was sacked by the Directors.” Lebih kurang begitulah beritanya. Aku memang tercengang. Dahlah Iley ni kepala FM LAN ni, dia takde pergi ke kelas. Dah tu pula, kena pecat. Ah sudah. Aku Tanya Hamiz dan Apis, “Macam mana ni, Iley kena pecat. Dah tu pulak dia takde”. Yang lain-lain pun tak tau nak buat macam mana dan hanya teruskan sajalah permainan ini.
Tapi dengan ketiadaan Iley buat sementara ni, apa lagi, kami pun raid team Man Utd tersebut. Mulalah bid player-player yang diminati masing-masing. Aku bid, Hamiz bid dan Apis pun tidak ketinggalah bid player Man Utd tersebut. Ada yang berjaya dan ada yang tak.

Tapi tak lama lepas tu Iley pun balik la dari kelas. Aku tak ingat macam mana keadaan masa tu sebaik dia tau dia dipecat. Rasanya aku yang bagi tau dia kena pecat. Tapi boleh kawal keadaan lagi. Jadi dengan dirinya yang dipecat dalam game tu, tiada pekerjaan. Dia pencenkan diri dan buat dirinya satu lagi dan terus menjadi manager Man Utd semula, sama macam aku buat dulu dari jadi manager Newcastle tukar jadi manager Liverpool. Jadi tiada masalah walaupun pada asalnya aku rasa itu masalah yang besar. Tapi jika dilakukan di awal permainan, memang tiada masalah. Tapi bila setelah 5,6 musim berlalu agak merugikan kerana segala rekod kejayaan kita yang lalu telah terpadam kerana kita adalah seorang manusia baru. Susah nak terangkan tapi itulah hakikatnya.

Jadi sebaik Iley menjadi manager Man Utd semula, segala bid kami yang telah dipersetujui secara -automatik akan terbatal serta-merta dengan kehadiran manager baru. Jadi Iley pun perasan la apa yang kami lakukan ketika ketiadaan beliau dan ketika beliau telah dipecat. Aku tau, dia mesti marah punya time tu. Dia mencuba untuk menyelamatkan semua pemainnya ketika itu namun tanpa disedari Tom Huddlestone tetap terlepas dari genggaman. Iley pun tanya “Siapa yang beli Tom Huddlestone aku ni?”. Aku tak tau sebab aku tak de pun bid Tom Huddlestone. Yang lain-lain pun tak terlibat. Apis ke, Hamiz ke, Aok pun tak de pula bid Tom Huddlestone. Tapi nak buat macam mana lagi, Tom Huddlestone pergi meninggalkan Man Utd dan ke kelab mana, aku pun tak tau. Maknanya bukan kami saja yang berlumba-lumba bid player Iley, manager komputer pun jahat jugak bid player Iley. Hahaha.

Tom Huddlestone

Tapi Iley berazam akan mendapatkan semula Huddlestone kesayangan beliau tu. Permainan manager ni masih diteruskan tapi ada perasaan pelik la lepas kejadian pemecatan Iley tu. Aku ade rasa something wrong somewhere. Tau pun dia marah ye. Biasa la, what you give you get that back brother.


"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –