Penutup
Selepas kejadian pemecatan tu, suasana bermain FM LAN tidak
lagi sama seperti dulu. Rasa macam tak selesa saja rasanya. Aku pun rasa tak
selesa nak main dalam EPL dah. Walaupun yang lain-lain buat tak tau je tapi aku
pun tak berani nak agak apa yang diorang rasa, pendapat diorang dan pandangan
diorang masa tu. Tapi serius lah, memang tak sama rasanya.
Jadi aku ni yang memang asyik rasa nak chow je dari suasana
crowded EPL tu pun tiba-tiba dapat offer jadi manager A.C. Milan. Team pun
hebat jugak, ada Kaka, Gatusso dan ramai lagi player hebat. Apa salahnya
berpindah ke Serie A. Dari asyik ada perasaan yang tak syok baik la aku blah
dari EPL tu. Jadi aku pun bersetuju berpindah ke A.C. Milan.
Aok pula telah mendapat offer dari Real Madrid untuk menjadi
pengurus disana. Tapi malangnya dia adalah die-hard-fan Barcelona, rival besar
Real Madrid. Tapi mungkin Aok turut merasa perasaan yang sama dalam EPL masa tu
dia pun turut blah dari EPL dan join Real Madrid dalam La Liga. So dah kurang 2
player di EPL.
Aku cuba mengawal Milan, tapi tak kena dengan style
permainan aku. Milan biasa guna 4-4-2 (diamond) tapi aku langsung tak biasa
dengan formasi tu. Kalau aku ubah formasi tu mesti kalah teruk terus kena
kritik dengan media. Jadi lama-kelamaan feel main FM LAN ni pun dah kurang.
Tapi memang ketara feel tu berubah lepas isu Iley dipecat.
Lama-kelamaan aku pun dah tak join FM LAN ni. Biarkan saja.
Dan aku pun tak ambil port sangat diorang main macam mana lepas tu. Tapi
seingat aku, tak lama lepas tu diorang pun dah tak main FM LAN ni. Maka
tamatlah era bermain FM LAN ni akhirnya.
Sebenarnya agak lama jugak kami main bersama. Banyak lagi
peristiwa dan isu yang berlaku tapi mungkin tak terlekat dalam memori aku ni.
Memang feel berbeza dari bermain FM bersendirian. Tapi dengan main
beramai-ramai banyak juga konflik yang timbul sedangkan segalanya berlaku
adalah imaginary. Hahaha. Tapi itulah rencah dan asam garam kehidupan. Walaupun
hanya dijelmakan dalam permainan video masih tetap wujud keadaan konflik dan
peristiwa seperti didalam dunia sebenar.
Tapi sekurang-kurangnya aku dapat merasa bermain FM secara
LAN dengan rakan-rakan lain. Bukan hanya merasa game yang biasa dimainkan dengan
LAN seperti Counter-Strike, DOTA, Quake dan beberapa game lain.
Sekurang-kurangnya terasa sedikit jadi manager kelab bola sepak, tak kisahlah
walaupun sedikit. Sekian kisah FM LAN dari aku. Terima kasih.
-
THE END -
"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –
No comments:
Post a Comment