Friday, September 30, 2011

Footbal Manager (FM) 2008 – Local Area Network (LAN) 11


Act XI


Kejadian yang berlaku kat Apis tu tak terhenti disitu. Walaupun kini masing-masing lebih peka dengan kontrak pemain tapi pelbagai lagi situasi yang tak diduga boleh saja berlaku. Ini kan FM, ianya resemble hampir keadaan dunia sebenar. Apa saja boleh berlaku.

Situasi lebih kepada penghujung zaman kami bermain FM LAN ni bersama. Ini adalah antara tragedi terakhir yang berlaku ketika kami bermain bersama-sama. Permainan masih diteruskan. Ada yang hebat, ada yang struggle dan ada juga yang suam-suam kuku. Just enjoy the game. Tapi situasi Manchester United yang diuruskan oleh Iley tak banyak berubah. Memang kelihatan sedikit peningkatan terhadap pemain-pemain muda beliau namun keputusan memberansangkan sukar untuk didapati. Seringkali kalah dan itu secara lojiknya tidak dapat diterima akal apatah lagi untuk kelab seperti Manchester United.

Sudah ditakdirkan, Iley ada kelas sedangkan kami yang lain tiada kelas ketika itu. Jadi hanya seperti biasa kebanyakan kami bermain bersama walaupun Iley tiada, maka Manchester United telah di’auto-pilot’kan oleh komputer. Perlawanan demi perlawanan dilangsungkan dan kami hanya menguruskan pasukan kami seperti biasa. Tapi memandangkan Man Utd di ‘auto-pilot’kan, keputusan juga turut buruk, hasilnya adalah kekalahan untuk Man Utd. Kami tak endahkan, teruskan saja dengan permainan kami. Itu Iley punya pasal, pandai-pandailah dia uruskan kelab dia nanti.


Tapi suatu yang mengejutkan berlaku, setiap dari kami terima berita tersebut melalui inbox emel kami. Tajuk berita adalah “Manchester United’s manager, Iley was sacked by the Directors.” Lebih kurang begitulah beritanya. Aku memang tercengang. Dahlah Iley ni kepala FM LAN ni, dia takde pergi ke kelas. Dah tu pula, kena pecat. Ah sudah. Aku Tanya Hamiz dan Apis, “Macam mana ni, Iley kena pecat. Dah tu pulak dia takde”. Yang lain-lain pun tak tau nak buat macam mana dan hanya teruskan sajalah permainan ini.
Tapi dengan ketiadaan Iley buat sementara ni, apa lagi, kami pun raid team Man Utd tersebut. Mulalah bid player-player yang diminati masing-masing. Aku bid, Hamiz bid dan Apis pun tidak ketinggalah bid player Man Utd tersebut. Ada yang berjaya dan ada yang tak.

Tapi tak lama lepas tu Iley pun balik la dari kelas. Aku tak ingat macam mana keadaan masa tu sebaik dia tau dia dipecat. Rasanya aku yang bagi tau dia kena pecat. Tapi boleh kawal keadaan lagi. Jadi dengan dirinya yang dipecat dalam game tu, tiada pekerjaan. Dia pencenkan diri dan buat dirinya satu lagi dan terus menjadi manager Man Utd semula, sama macam aku buat dulu dari jadi manager Newcastle tukar jadi manager Liverpool. Jadi tiada masalah walaupun pada asalnya aku rasa itu masalah yang besar. Tapi jika dilakukan di awal permainan, memang tiada masalah. Tapi bila setelah 5,6 musim berlalu agak merugikan kerana segala rekod kejayaan kita yang lalu telah terpadam kerana kita adalah seorang manusia baru. Susah nak terangkan tapi itulah hakikatnya.

Jadi sebaik Iley menjadi manager Man Utd semula, segala bid kami yang telah dipersetujui secara -automatik akan terbatal serta-merta dengan kehadiran manager baru. Jadi Iley pun perasan la apa yang kami lakukan ketika ketiadaan beliau dan ketika beliau telah dipecat. Aku tau, dia mesti marah punya time tu. Dia mencuba untuk menyelamatkan semua pemainnya ketika itu namun tanpa disedari Tom Huddlestone tetap terlepas dari genggaman. Iley pun tanya “Siapa yang beli Tom Huddlestone aku ni?”. Aku tak tau sebab aku tak de pun bid Tom Huddlestone. Yang lain-lain pun tak terlibat. Apis ke, Hamiz ke, Aok pun tak de pula bid Tom Huddlestone. Tapi nak buat macam mana lagi, Tom Huddlestone pergi meninggalkan Man Utd dan ke kelab mana, aku pun tak tau. Maknanya bukan kami saja yang berlumba-lumba bid player Iley, manager komputer pun jahat jugak bid player Iley. Hahaha.

Tom Huddlestone

Tapi Iley berazam akan mendapatkan semula Huddlestone kesayangan beliau tu. Permainan manager ni masih diteruskan tapi ada perasaan pelik la lepas kejadian pemecatan Iley tu. Aku ade rasa something wrong somewhere. Tau pun dia marah ye. Biasa la, what you give you get that back brother.


"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –

No comments: