Thursday, September 22, 2011

Footbal Manager (FM) 2008 – Local Area Network (LAN) 3


Act I

Satu masa tu, ramai dah yang main Football Manager (FM) ni. Iley, Hamiz, Apis dan aku sendiri main sendirian. Masing-masing bermain dengan stail masing-masing. Main cheat ke, main tipu ke, main load ke, atau main dengan prinsip Manager yang sebenar. Tapi jarang la yang main betul, melainkan control team terer dan kadang-kadang tu save dulu sebelum match, lagi-lagi yang Cup Competition biasanya kalah mati. Sebagai contoh, Champions League. Save sebelum match, kalau menang bolehlah proceed, kalau kalah, keluar dari game kemudian load balik. Style.

Tapi lama-kelamaan jadi bosan jugak. Ulang benda-benda sama. Asyik menang je (biasalah, main tipu-tipu sikit) dan yang berbeza hanyalah nama player dan player yang hebat semua menjadi tua. Masa ni memang dah tau dah prospek player yang bakal menyerlah. Sebut saja Bojan Krkic, Anthony Vanden-Borre, Igor Akinfeev, Vincent Kompany, Rafael Sobis dan ramai lagi player yang ketika itu tidak ternama dan menjadi player yang amat hebat mesti tau nama-nama mereka tu. Jadi membeli mereka ketika muda dan juga murah amatlah strategik.

Nak dijadikan kisah, Iley yang hebat bermain manager pun mulalah ingin merasa kelainan. Iley mula mengajak Hamiz untuk bermain FM secara LAN. Ingin merasa bermain dan bersaing bersama kawan-kawan yang lain. Seingat aku, Iley pun ajak jugak aku untuk main sekali tapi aku menolak kerana semacam pelik kalau main FM secara LAN. Tambahan pula aku rasa macam mustahil untuk realisasikan. Tapi memandangkan sudah ada option di dalam game untuk bermain LAN, maka Iley sememangnya excited nak mencuba. Setelah aku menolak maka diajaknya Daud untuk bermain. Daud pun set nak join sekali. Jadi Iley, Hamiz dan Daud pun menjadi founder untuk bermain FM secara LAN ni.



Iley dengan Manchester United, Hamiz dengan Arsenal dan Daud dengan Chelsea. Mereka bermain dengan membeli kebanyakan player prospek masa hadapan ini. Seingat aku Hamiz berjaya mendapatkan Bojan Krkic, sementara itu Iley juga berjaya mendapatkan player yang hebat tapi aku tak ingat dan sementara itu pula Daud hanya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Fernando Torres. Dan akhirnya berjaya dan maka mereka bermainlah bertiga. Tapi sekejap saja untuk Daud, sebaik mendapatkan Torres, beliau membiarkan saja Chelsea dengan keadaan ‘auto-pilot’. Secara praktikalnya hanya Iley dan Hamiz yang main berdua. Tidak sukar sebab mereka sebilik, termasuk aku.

"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –

No comments: