Pra-Pra-Prakata
Budak-budak sekarang ni (baca: remaja hingga mereka yang
berumur bawah 30 tahun) sudah tentu biasa dengan permainan video. Lagi-lagi
pada mereka yang sudah biasa pergi ke cyber café, tidak asing pada mereka
selain melayari internet mereka juga bermain permainan komputer. Permainan yang
tidak asing lagi pada mereka seperti DOTA (aku tak pernah main), Counter
Strike, Half-life dan juga Quake. Kini permainan dimainkan secara online
melalui internet secara meluas. Tetapi sebelum itu untuk bermain dengan rakan
biasanya menggunakan Local Area Network atau LAN. Tiada internet diperlukan
cukup dengan sambungan litar setempat yang biasa digunakan di cyber café untuk
menyambungkan beberapa komputer untuk bermain beramai-ramai.
Untuk permainan aksi dan tembak-menembak, memang tidak asing
untuk bermain secara LAN tapi adakah ianya suatu kebiasaan untuk bermain
Football Manager (FM)? Aku rasa tak. Mungkin sedikit saja yang bertuah pernah
bermain FM secara LAN. Antara yang
bertuah pernah merasai permainan Football Manager secara LAN adalah aku, Iley,
Hamiz, Apis, Daud dan juga Aok.
Pra-Prakata
Football Manager adalah permainan simulasi pengurusan kelab
bola sepak. Jangan terkejut kerana Liga Malaysia juga turut ada di dalam
permainan ini. Aku ingat lagi ketika aku mula bermain FM yang pada asalnya
Championship Manager ketika di sekolah dulu. Mencuri masuk makmal komputer dan
belajar cara bermain CM. Team pertama yang aku uruskan adalah Bolton Wanderers.
Haha. Tapi tak pernah bermain sehingga habis walau satu musim sebab susah nak
akses makmal komputer.
Dan ketika belajar Diploma, aku dapat beli komputer dan apa
lagi, aku pun install FM dan cuba bermain. Team yang aku cuba uruskan pada
mulanya adalah Selangor FA. Masa tu, FM ni tak cukup familiar di kalangan
rakan-rakan. Aku ingat lagi Apis yang cuba menekan-nekan mouse tapi tak berjaya
nak ‘continue’ game aku tu. Mulalah Apis mengenali dunia FM. Hamiz juga sama,
turut main dekat komputer aku. Masing-masing menggunakan strategi sendiri dan
bergilir-gilir untuk menentang lawan. Rasanya bermula dari itu populariti FM
makin meningkat di kalangan kengkawan aku termasuk Iley dan juga Aok.
Walaupun aku yang pada awalnya memperkenalkan game ni pada
diorang, tapi lama-kelamaan diorang lebih hebat dari aku dan tahu pelbagai lagi
rahsia dunia pengurusan kelab bola sepak ni. Dari ramalan pemain muda yang
bakal menjadi bintang hinggalah pengurusan jurulatih, peninjau dan juga
komersial ini semua telah difahami oleh kengkawan aku yang lain sedangkan aku
pula yang terkial-terkial untuk melihat segala aspek pengurusan.
Sehinggalah suatu hari, Iley mengajak Hamiz untuk bermain FM
secara LAN. Tidak pernah dibuat sebelum ini. Tapi Iley tetap bertegas mahu
mencuba bermain FM secara LAN. Perlu diingatkan pada waktu ini, pada hemat aku
Iley amat hebat bermain FM. Jadi mereka berdua yang bermain secara LAN dan
berjaya bermain bersama-sama. Aku hanya melihat dan memerhati bagaimanakah FM
dapat dimainkan secara LAN.
Bermain FM secara LAN bukanlah semudah DOTA dan juga Counter
Strike (CS). Tapi setelah timer dipasang maka terasa bermain FM agak realistik
dengan satu minit diperuntukkan untuk membuat keputusan (kecuali bila menjelang
hari perlawanan). Konsepnya mudah, satu komputer digunakan sebagai server
(dalam kes kami, komputer Iley menjadi server sebab komputer beliau yang paling
high end dan juga baru time tu) dan jaringan modem Universiti menjadi
penyambung antara komputer-komputer. Pemain boleh bermain dengan kelab
masing-masing walau dimana komputer mereka bermain dengan syarat komputer Iley
ini mesti dan dipasang dan juga FM LAN turut dipasang. Jadi dari segi teknikal
sudah tiada masalah.
(bersambung...)
"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –
No comments:
Post a Comment