Act II
Hamiz dan Iley bermain berdua sesama mereka. Lama kelamaan
kedaan seperti macam bermain berseorangan. Tiada keadaan terdesak kerana
diakhirnya mereka berdua juga yang bersaing. Walaupun tidak lagi dapat main
tipu (save dan kemudian load semula), tapi sudah hakikatnya begitu. Jika tidak
Iley juara liga, Hamiz lah yang juara. Macam apa yang terjadi di La Liga (Liga
Sepanyol) sekarang, mesti Barcelona saja yang menang. Kalau macam bosan sikit
tu, baru la Real Madrid pula menang.
Maka Iley pun mencuba menyucuk jarum kat aku untuk join
sekali. Setelah melihat keberkesanan bermain FM secara LAN oleh Hamiz dan Iley,
aku terasa jugak untuk join sekali. Tapi malangnya sebagai fan Manchester
United, aku rasa kurang syok tak dapat control Man Utd. Rasa macam susah nak
menang nanti. So, akhirnya aku decide juga nak join game derang. Alang-alang
susah nak menang pakai team lain, aku pilih Newcastle United. Tapi keadaan
menjadi lagi tak best, aku asyik disayurkan dan potensi untuk menang amatlah
tipis. Terus tak best langsung nak join derang main FM LAN. Jadi Iley
mengesyorkan satu lagi team big four yang tinggal, Liverpool FC. Jadi aku
memencenkan diri dan mencipta satu lagi diri aku dalam game tu dan mengambil alih
tampuk pengurusan Liverpool FC.
Act III
Memandangkan aku dah join sekali jadilah tiga orang yang
betul-betul mengawal pasukan dalam FM tu. Aku perasan cara permainan mereka
berdua (Hamiz dan Iley) tidak lagi sama seperti ketika mereka bermain berdua-dua.
Hamiz mula cepat merekrut player prospek seperti Bojan manakala amat pelik
untuk Iley, seorang pemain game manager yang hebat, mengambil langkah yang agak
aneh pada aku. Beliau merekrut player yang tidak tersenarai dalam list pemain
prospek masa depan. Namun Iley percaya yang dia boleh train player-player
tersebut menjadi sehebat Bojan, Vela, Kompany dan lain-lain. Antaranya yang aku
ingat, Tom Huddlestone.
Aku pula, dengan Liverpool yang dibarisi Xabi Alonso, Peter
Crouch, Harry Kewell, Luis Garcia, Steven Gerrard, Daniel Agger, Jamie
Carragher dan beberapa bermain belum lagi tetap dengan polisi asas. Hanya yang
aku mampu ikhtiarkan adalah membeli player prospek. Antaranya adalah Vincent
Kompany dan juga Igor Akinfeev. Tetapi ketika itu mereka teramatlah muda. Belum
cukup hebat namun aku perlu menggunakan mereka untuk perlawanan-perlawanan yang
mendatang.
Igor Akinfeev dan Vincent Kompany.
"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –
No comments:
Post a Comment