Saturday, September 24, 2011

Footbal Manager (FM) 2008 – Local Area Network (LAN) 5


Act IV

Untuk menambahkan rencah, rempah dan perasa dalam permainan ini, Apis pula mahu join sama bermain. Setelah Daud memberi greenlight dan lagipun Daud sudah tidak berminat untuk memberi komitmen untuk bermain bersama maka Apis pula yang mengawal Chelsea. Apis, manager yang bermain jauh dari bilik kami, bermain di komputer Aok. Dialah satu-satunya manager pada masa itu yang bermain dari luar bilik kami. Aku, Iley dan Hamiz yang sememangnya satu bilik akan sentiasa dapat berkomunikasi tapi suasana yang didatangkan oleh Apis juga amat menarik, menentang pasukan lawan yang managernya jauh di bilik lain.

Tapi permainan masih lagi sama, mengawal pasukan masing-masing dengan cara tersendiri cuma perlawanan yang membuatkan kami bertembung sesama sendiri semakin bertambah. Jadi persaingan semakin rancak dan feel menjadi manager semakin masyuk. Kadang-kadang geram, kadang-kadang rasa nak berlagak terer, dan kadang-kadang rasa relax je. Tapi aku rasa aspek yang membuatkan FM ni syok time ni adalah kita tak boleh save dan load suka-suka hati kita. Kena respek setiap pemain lain dan simulasi inilah yang menjadikan perasaan seperti menjadi pengurus sebenar. Jadi tidak boleh sekadar mahu mencuba-cuba taktik baru, segala risiko perlu diambil dengan berhati-hati. Jika kalah, no way back brother. Haha.

Dengan kehadiran Apis yang benar-benar mengawal Chelsea memeriahkan majlis kami. Maka cukuplah kami berempat buat setakat ini merasa bersaing sesama sendiri. Keputusan di hujung musim selalunya berubah-ubah. Kadang-kala Chelsea juara, kemudian Man Utd pula juara dan ada juga peluang Arsenal juara. Namun Liverpool yang aku kawal seingat aku hanya berjaya menjuari Piala Liga (Leagu Cup/Carling Cup). Biasalah, aku bukan hebat sangat namun inilah dikatakan feel menjadi manager.

Leagu Cup/ Carling Cup

Act V

Aku ada cerita mengenai tindakan Iley yang merekrut permain muda tidak ternama bukan? Ya, memang berlaku. Namun perkara ini tidak menghairankan kerana segala staff di balik tabir untuk Iley boleh dikatakan sempurna. Semua jurulatih dia adalah ‘World-Class’ yang mempunyai stats untuk menaikkan kehebatan pemain-pemain yang berbakat. Scouts (Peninjau) dia jugak taraf ‘World-Class’. Jadi tidak menghairankan untuk Iley yakin terhadap Scouts beliau untuk merekrut pemain muda tidak ternama. Tambahan pula, player muda tersebut bakal menjalani latihan di bawah jurulatih ‘World-Class’nya.

Tapi pada hemat aku ketika itu, tindakannya yang salah hanyalah dalam satu aspek; iaitu merekrut terlalu ramai pemain muda dalam sela masa yang amat singkat. Ya, sebab pemain manusia antara kami telah menjadi empat orang. Jadi Iley perlu melakukan satu tindakan yang amat cepat untuk mengambil semua pemain muda itu. Untuk kami bertiga, mungkin ketika itu kami mempunyai sedikit saja pengetahuan mengenai pemain prospek muda. Maklumlah, ketika itu sudah ada internet, Google saja dan akan ada lah maklumat mengenai pemain muda yang bakal menjanjikan prestasi yang hebat. Tindakan Iley ini amat mengejutkan aku jugak namun memandangkan kami kini menjadi pesaing jadi biarkanlah saja manager hebat itu melaksanakan magik beliau.

Namun, secara realiti nya pemain baru susah untuk membiasakan diri di dalam sebuah pasukan baru. Lihat saja Manchester City dua tiga musim sebelum ini, kaya dengan wang dan merekrut ramai pemain handalan. Namun kerana untuk ‘Gel’ dalam satu-satu pasukan perlu mengambil masa. Kesannya dapat dilihat musim lepas apabila Manchester City berjaya merangkul Piala FA (2010/2011) dan pada musim ini (2011/2012) telah mencatatkan keputusan yang memberansangkan di awal musim. Kejayaan hanya berjaya dihasilkan apabila pemain-pemain sudah ngam dalam satu team tu. Barulah menjadi segala formula dan strategi yang dirancang.

Kesannya lebih kurang sama pada Iley, pemain muda yang tidak dapat memberikan prestasi yang cemerlang. Ketika ini sudah terlihat bahawa Manchester United bukan lagi pencabar utama untuk tiga pasukan lain. Dan pada ketika ini juga dapatlah aku merasa tempat ketiga sedangkan Man Utd entah tempat ke berapa letaknya. Agak struggle juga untuk setiap competition yang disertai. Namun, Iley tetap dengan pendirian beliau untuk memberi pendedahan pemain muda dari peringkat awal dengan melibatkan mereka dalam perlawanan sebenar.




"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –

No comments: