Act X
Menjadi manager ni selalunya kena peka dengan pelbagai
elemen dalam sesebuah kelab yang diuruskan itu. Antara aspek yang perlu dilihat
dengan teliti adalah aspek kejurulatihan, aspek training setiap pemain tersebut
dan prospek pemain itu untuk meningkatkan stats mereka itu. Antara lain pula
adalah kontrak pemain tersebut. Seringkali manager akan memasang option untuk
assistant manager notify mereka jika ada pemain yang akan menghabiskan kontrak
mereka dalam masa setahun yang akan dating. Jika tidak dipasang option ini maka
kebanyakan kita tak akan perasan melainkan mereka yang sering menyemak baki kontrak
setiap pemain yang ada diuruskan oleh kita.
Inilah kisahnya mengenai kontrak, Apis yang menguruskan
Chelsea ketika itu pada firasat aku tidak memasang option tersebut lantas tidak
perasan kebanyakan playernya pada masa itu akan habis kontrak dalam masa 6
bulan. Kebiasaannya, jika ada player yang hanya berbaki 6 bulan di dalam
kontrak mereka maka kelab-kelab (pengurus-pengurus) lain sudah boleh approach
pemain itu. Sebagai contoh, aku approach David Beckham di L.A. Galaxy tu, yang
kononnya tinggal 6 bulan saja lagi untuk bermain dengan L.A. Galaxy. So aku
deal dengan Beckham dan konon la dia setuju dengan offer aku untuk gaji
$300,000 seminggu so Beckham akan join team aku sebaik kontrak dia tamat dan
tanpa membayar satu sen pun kepada L.A. Galaxy. Ini memang syok sebab boleh
dapat player terer tanpa membayar transfer fee.
David Beckham.
Kebiasaanya cara ni boleh pakai la untuk player yang kurang
hebat. Just untuk backup player boleh la pakai trick camni. Agak jarang dapat
player star melalui cara ni tapi masih tak mustahil. Berbalik cerita Apis tadi,
dia tak perasan yang banyak player dia kontrak dah nak habis. Antara yang aku
ingat mungkin Drogba, Terry, Lampard dan beberapa player yang lain. Nak
dijadikan cerita, ketika aku perasan situasi ni, Hamiz pun turut perasan sama.
Tapi Apis tidak bermain ketika itu, Chelsea sedang di ‘auto-pilot’kan. Jadi
dalam diam aku approach salah sorang player Chelsea ketika itu yang memang dah
lama aku scout dan Hamiz pun turut sama approach player Apis ni.
Didier Drogba, John Terry dan Frank Lampard.
Dalam hati berharap semoga sempat la player-player yang
berkenaan bersetuju dengan kontrak aku ni. Bolehlah dapat player hebat tanpa
membayar transfer fee. Free of charge. Hahaha. Tapi macam biasa, benda-benda
keji, jahat dan kotor ni susah pula nak menjadi. Tak lama lepas kami approach
player Chelsea ni, Apis pun masuk balik untuk bermain dalam FM ni. Dia pun
perasan apa situasi yang berlaku dan cepat-cepat offer kontrak baru untuk
player-player yang terlibat. Aduh, melepas. Tapi dalam masa yang sama terbayang
jugak “Apa la agaknya reaksi Apis kitorang wat camni kat player dia?”.
Kahkahkah. Memandangkan Apis bermain tidak sebilik dengan aku, Hamiz dan Iley
jadi tak dapatlah nak tau respon dengan segera.
"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –
No comments:
Post a Comment