Act VI
Ada suatu ketika itu aku, Hamiz dan Iley kesemuanya terlibat
dalam perlawanan Piala Liga (Carling Cup). Aku pernah cerita yang Cup
Competition biasanya kalah mati. Dan pada ketika itu masih lagi di peringkat
awal saingan. Maka kebiasaannya kelab-kelab besar yang dikawal kami akan diundi
melawan kelab kecil dan lemah. Jadi kebiasaannya kemenangan itu seperti sudah
pasti dan jaringan gol juga besar. Tetapi jika tersalah taktik dan percaturan
biasanya masih lagi menang cuma perbezaan jaringan gol yang lebih kecil.
Let me get this clear, perlawanan kalah mati bermakna jika
kalah terus keluar dari competition tersebut. Jika bermain sendirian anda boleh
save dan load kembali untuk memperbetulkan keadaan. Tapi situasi ketika itu
adalah Football Manager Local Area Network (FM LAN), bermain bersama rakan
bukan bermain bersendirian. Keadaan Iley dengan pasukan mudanya masih
berterusan ketika ini. Dengan rentetan keputusan yang teruk sebelum ini maka
boleh dijangkakan Man Utd turut tewas di tangan pasukan kecil. Aku dengan
Liverpool juga ada perlawanan yang menanti, turut serta Hamiz dengan Arsenal
beliau.
Maka perlawanan diteruskan. Kebetulan perlawanan aku dan
Iley diadakan serentak. Jadi kami perlu mengawal pasukan kami sedangkan
perlawanan Hamiz akan diadakan lewat sedikit. Ketika itu Hamiz hanya perlu
menunggu sambil membelek-belek pemain yang beliau bakal rekrut ataupun
mengubah-ubah apa yang patut untuk pasukan beliau. Aku dan Iley pun meneruskan
permainan masing-masing. Tiada apa yang saspen ketika perlawanan dan di
akhirnya aku berjaya menentang pasukan lawan dengan jumlah jaringan yang biasa.
Tapi amat mengejutkan untuk Iley, dia kalah!
Iley merasa kurang senang dan merasakan dia akan di pecat
dari menjadi manager Man Utd. Ini kerana sebelum perlawanan Piala Liga tersebut
dia telah kalah beberapa kali. Dengan kekalahan di tangan pasukan kecil, being fired
looks imminent. “Habislah aku, mesti kena pecat lepas ni. Aku load balik ea”
kata-kata Iley. Aku hanya mendiamkan diri tapi pada aku ini akan memusnahkah
prinsip permainan FM LAN ini. Kalau Iley kalah dan kemudian mahu load semula,
semua orang pun mahu berbuat begitu juga. Aku, Hamiz dan Apis pun nak load juga
kalau kalah. Tidak adil bagi yang lain.
Pada asalnya Iley mengacah-acah saja. Aku dan Hamiz masih
meneruskan permainan dengan tidak mengendahkan kata-kata Iley. Sedang aku dan
Hamiz khusyuk melihat skrin komputer menggodek apa-apa yang ada pada pasukan
masing-masing. Tapi dengan tidak semena-mena kami terkeluar dari FM. “Aku load
baliklah” kedengaran di sebelah aku. Iley dah off FM dan buka semula untuk load
kembali, load sebelum perlawanan liga tadi. Diingatkan, Iley adalah server.
Sekali dia off semua yang lain akan terkeluar dari permainan. Aku tak puas
hati. Aku ada luahkan jugak yang tak adil untuk orang lain. Kalau kami semua
nak load, macam mana? Dia kata, load je la kalau korang nak.
Memang bengkek juga time tu. Tak syok la kalau semua orang
senang-senang nak re-load balik game. This is really unfair. Aku terus shut
down komputer, pergi baring kemudian tidur. Lagi bagus! Tapi sementara nak lena
tu, aku perasan Iley buka semula FM tu dan bermain semula Piala Liga tadi.
Akhirnya dengan ikhtiar beliau tu, beliau menang perlawanan tersebut dan
berjaya meneruskan langkah ke pusingan seterusnya. Nasib baik jugak Liverpool
yang tadinya aku dah menangkan kini di ‘auto-pilot’kan secara tidak adil juga
turut berjaya melangkah ke pusingan seterusnya.
"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –
No comments:
Post a Comment