Saturday, December 20, 2008

Grand Theft Auto IV

Saya menulis artikel ini dalam bahasa Melayu disebabkan sudah banyak reviu video game dalam bahasa Inggeris tidak kira di dalam majalah mahupun di dalam internet. Kebanyakan reviu game dalam bahasa Melayu setakat ini saya dapati di dalam majalah Gempak ataupun Kreko.


Cover Bagi GTA IV Untuk Pelantar XBOX 360

Game: Grand Theft Auto IV (GTA IV)
Pembangun dan Penerbit: Rockstar
Pelantar: PS3, XBOX 360 & PC(Windows)

Game ini adalah game yang pertama saya selesaikan dalam menggunakan pelantar Xbox 360. Secara umumnya, siri game ini memberi kebebasan kepada pemain untuk bergerak dalam dunianya yang luas iaitu Liberty City. Ia tidak terikat untuk mengikut atur acara seperti dalam game lain yang perlu di selesaikan secara linear. GTA IV juga merupakan 3rd person shooter jika dalam aksi tembak menembak dan juga ketika free roaming.

Bagi saya, pertama sekali bermula bermain sudah merasa sungguh teruja dengan grafik yang jauh lebih baik dengan keluaran GTA yang terakhir, Grand Theft Auto: San Andreas. Tambahan dengan reviu-reviu dari laman web yang memberi markah yang tinggi untuk game ini, membuatkan saya rasa yakin dengan jalan cerita yang menarik. Saya tidak mahu mengikut apa yang sudah diperkatakan dalam reviu game yang lain. Ini adalah pendapat dari perspektif saya sendiri dan cara saya menikmati game juga agak berbeza.

Rockstar sudah mengkaji dengan mendalam cara penyusunan butang kawalan yang dilihat sempurna. Cara bermain sudah tidak sama dengan GTA yang terdahulu kerana pemanduan, brek dan macam-macam lagi sudah disusun atur untuk memudahkan pemain. Sistem kawalan klasik turut disediakan bagi mereka yang tidak ingin mengubah cara kawalan mereka. Dalam tembak-menembak juga turut disediakan guided aiming yang memudahkan pemain untuk menembak musuh mereka.

Jangka masa bermain lebih kurang 30 jam lebih untuk menyelesaikan mod cerita. Dengan protagonis Niko Bellic datang dari Eropah timur yang baru saja berhijrah ke Liberty City, diajak oleh sepupunya Roman Bellic. Jalan cerita mengalir baik tanpa sebarang perasaan pelik. Cuma situasinya agak biasa bagi pemain yang meminati siri ini. Bermula misi dengan berjumpa seorang watak dan kemudian mengenali watak lain dan cerita berkembang dengan konsep yang sama. Saya tertarik dengan misi penghujung yang diberikan, ada 2 pilihan sama ada untuk meneruskan urusan yang membawa pulangan wang yang tinggi ataupun membalas dendam terhadap musuh yang belot kepadanya sewaktu misi terdahulu. Cut scene yang terhasil dari pilihan anda akan memberi pengalaman yang berbeza terhadap pilihan masing-masing.

Sememangnya diakui game ini tidak sesuai bagi kanak-kanak mahupun remaja. Dengan keadaan game ini yang seolah-olah menggalakkan keganasan dan juga dadah, tapi disinilah kebebasan diberi kepada sesiapa yang baik di dunia realiti untuk melakukan kejahatan hanya di dalam game, bukan di dunia luar sana. Ia seolah-olah melepaskan kegeraman untuk lakukan kejahatan dalam game. Tak lupa juga, ia memberikan perasaan seperti menonton movie walaupun saya tak keluar menonton sebarang cerita di panggung wayang untuk cuti kali ini. Jadi, jangan jadi jahat ye, nanti kena tangkap polis tak kan nak cakap Rockstar yang suruh. Jadi, bagi saya game ini dalam kategori “VERY BEST”.


ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-

No comments: