Friday, July 3, 2009

Apabila Adli Baik Berkonfrontasi Dengan Adli Jahat 2

Sejurus selepas itu...

Adli Baik: Kau ingat aku tak tau apa yang kau fikirkan tu ke?
Adli Jahat: Eh, kau tau ke? Macam mane kau boleh tau?
Adli Baik: Mesti la aku tau. Kita kan satu badan satu minda. Bezanya cuma aku ni akal engkau tu nafsu.
Adli Jahat: Kiranya kau tau lah ni. Habis tu, kau nak buat apa?
Adli Baik: Kau jangan la putus asa. Nak berubah ni memang ambil masa.
Adli Jahat: Hei, kau dengar sini baik-baik. Kalau kau nak Adli ni berubah, maksudnya kau nak menghapuskan aku terus la ni. Mana boleh! Aku akan kekalkan survival aku dalam diri ini.
Adli Baik: Bukan macam tu. Bukankah ada juga nafsu baik. Mungkin kalau kau berubah bolehah Adli ni ber'nafsu' untuk membuat kebaikan dengan lebih banyak lagi. Macam membaca buku ke, lebih banyak menulis dan berkarya ke, lebih stadi ke. Semangat yang ke arah itu la kita mahu.
Adli Jahat: Argh, persetan dengan semua itu.
Adli Baik: Mungkin kau tak mahu mendengarnya sekarang. tapi apabila masanya akan tiba, kau akan betul-betul memerlukan aku. Ketika itu semangat Adli ini sendiri yang akan berubah. Dan jika kau perlukan, aku sentiasa ada di sini sedia untuk membantu.

(Adli Jahat tidak mengendahkan Adli Baik langsung)

Adli Baik: Ingat tu. Jangan lupa.

Kemudian mereka pun berpaling ke arah bahagian masing-masing. Hanya menantikan, memerhatikan dan memandu pemilihan langkah hidup Adli yang kini baru bermula semester baru dengan penuh ranjau atas putaran kejatuhannya itu.

FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -

6 comments:

FRM said...

haha.. nape ko ni sbnanye? :)

Aderi Aryasu said...

hoho.. x de pape.. sj je reka criter.. hehe

Anonymous said...

sy suka adli baik...:p

Aderi Aryasu said...

hurm, kdg2 adli baik mnitiskn air mata ksedihan melalui mata adli... aduh... sdih2... huuuuuuuuuuuuuuuuu

AIS said...

hihi nk tgk.....huhu

Aderi Aryasu said...

x yah la.. hehe