Friday, July 3, 2009
Saya Mungkin Menganggapnya Satu Kebetulan
Saya mungkin menganggapnya satu kebetulan, bila:
Sewaktu arwah Ayah baru saja meninggal dunia pada 3.45 petang Sabtu, 13 Mac 2004. Seketika kemudian di bilik mayat hospital menanti pelepasan jenazah Ayah saya untuk dikebumikan. Seusai semuanya, saya dan Andak berjalan keluar menuju ke tempat parkir kereta untuk pulang ke rumah. Jenazah akan dibawa oleh van jenazah. Ketika itu juga langit gelap hendak hujan. Ketika itu juga Andak berkata “Tengoklah, langit pun gelap nak hujan. Inilah orang kata orang baik ataupun bijak kalau mati bumi turut menangisi dengan hujan,”. “Oh, ye ke? Tak sangka pula dunia nak mengangisi juga kematian ayah” balas saya. Tapi dalam fikiran saya ini mungkin kebetulan saja. Mungkinkah?
Saya mungkin menganggapnya satu kebetulan, bila:
Beberapa minggu selepas Haji Jalal meninggal dunia, Mak dan juga Wan Adib (Mak Siti panggilan saudara saya yang lebih tua) merancang untuk melawat seorang jiran yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan di kepala. Ketika menunggu Wan Adib datang ke rumah, saya duduk agak tersorok. Sebaik ternampak kelibat saya, Wan Adib terus berkata “Ada Adli rupanya”. Mungkin risau jika melihat tiada siapa yang menemani mereka berdua untuk berziarah itu. Tapi Mak memilih untuk berjalan kaki walaupun saya tahu jaraknya agak memenatkan bagi warga manusia yang seusia dengan mereka. Maka kami berjalanlah berempat pada mulanya dengan orang gaji Wan Adib itu memimpin dia dan saya pula memimpin mak saya. Sampai sahaja di rumah pak cik tersebut, Kak Su orang gaji Wan Adib pun terus pulang. Saya kebingungan. Memikirkan bagaimana hendak memimpin dua orang tua ini nanti kalau mahu pulang. Selesai berziarah, saya memimpin keduanya untuk pulang ke rumah. Memang lega, kerana langit pun meredupi laluan kami. Yalah, keluar rumah sebentar tadi masih pagi. Kini hendak pulang ke rumah semula matahari sudah meninggi mengikuti syarat di tengah hari. Di pertengahan jalan, Kak Su ternampak kami dan beliau mengambil peranan untuk memimpin Wan Adib dan saya semula dengan mak saya. Sebaik sampai ke rumah, langit kembali terang. “Fuuh, nasib baik. Sampai rumah je barulah terang balik. Kalau tidak panas berpeluh kita ni mak,” kata-kata saya untuk mengisi ruang bicara. “Itulah, Tuhan sayang pada kita. Ditolongnya redupkan jalan pulang,” balas mak saya. Tapi dalam fikiran saya ini mungkin kebetulan saja. Mungkinkah?
FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
not in billion years its a coincidence occasion. Not likely! He has design it, that for sure, for sure.
Post a Comment