Friday, September 18, 2009

Berbuka Bersama Rakan Taulan Lama

Logo Sambest
Logo SAMTKKB

Alhamdulillah, berlalu sudah Ramadhan dan banyak juga perkara-perkara yang berlaku dan terjadi. Segala-galanya ada yang manis, pahit, masam dan masin pun ada. Lagi-lagi yang berkaitan pelajaran, sememangnya mencabar kali ini dan merunsingkan kepala. Tapi tak mengapa kerana semuanya adalah ujian dan cubaan yang diberikan Tuhan pada hambaNya yang kerdil.

Dalam ujian yang ditempuhi, masih tetap bergembira kerana ada juga terselit sedikit sebanyak perkara-perkara yang manis berlaku dalam Ramadhan 1430H kali ini. Tanggal 12 September 2009 hari Sabtu, telah dianjurkan majlis berbuka puasa yang dianjurkan untuk menjemput bekas pelajar SAMTKKB batch kelahiran 1987. Bukan main meriah lagi dan seronok dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang sudah meneroka seluruh pelosok dunia bukan sahaja di Malaysia bahkan sehingga sampai ke Mesir dan juga Glasgow, Scotland.

Nak disebutkan disini, rakan-rakan lelaki yang hadir seperti Bob, Jiji, Pali, Zain, Din Ishar, Naeman Nasir, Alif, Hisham, Jalek, Rahmat, Kamil, Badshah dan ramai lagi. Terutamanya 'hardcore' batch kami Bob sebagai influence terbesar dan juga ketua alumni batch kami Nazim 'Si Hijau Yang Comel' dan juga linker Hazlan 'Wong Choon'. Cameraman pula Asyraf Suhaimie turut galak beraksi (tapi x nampak lagi gambar dari beliau, he3).

Rakan perempuan pula yang bermain peranan yang besar seperti Suhaila dan Najwa sebagai camerawoman yang cemerlang turut menceriakan majlis. Antara lain yang turut hadir seperti Saidah, Syazwani, Farah, Izyan dan... hurm, maaflah, saya tak dapat ingat nama rakan-rakan perempuan yang lain. Tapi yang penting, mereka memang best dan sporting dan berjuta-juta tahniah ingin saya kalungkan kerana berjaya menjayakan majlis di Kampung Baru itu.

Selang beberapa hari kemudian pada 16 September 2009 bersamaan dengan Hari Malaysia di Flaming Steamboat di Bandar Sunway, Sambest batch SPM 2004 pula mengadakan majlis berbuka puasa. Tahniah setinggi-tinggi tahniah diucapkan pada organizer yang hebat diimport khas dari Jordan, saudari Asma' Haslan dan juga konco-konco beliau seperti Sharifah Fareeza dan Nadia Fouzi. Geng-geng wanita yang turut hadir juga sepeti Hafizah, Cahaya Petunjuk, Nurliah, Ain Aduan, Ain Amir, Emon, Hanani, Shamilah, Mili, Safiyah, dan ramai lagi bersama penampilan khas Cikgu Sharifah Zuraiha yang kini dipanggil Kak saja. Tak sangka dulu dipanggil cikgu kini kakak. Agak ramai juga yang saya tahu nama perempuan sebab mereka memang budak IT dan main Facebook, jadi dapatlah juga kenal sedikit sebanyak.

Dan secara mengejutnya, ramai yang sedang belajar di luar negara turut hadir sama seperti pelajar lelaki Hafiz Hamzah, Mando Mendoza, Ijat, Warouq. Dan kami pejuang dalam negara seperti Hakim(saya tumpang kereta beliau), Azhadi, Ustaz Mahmud, Iqbal, Sopek, Em, Jiji, Caom, Ajoy(geng UiTM), Dollah, Besi, Mras Montana, Haizey Mate dan ramai lagi yang tak terkira untuk disebutkan disini. Tahniah untuk kalian kerana meraikan majlis ini beramai-ramai. Direkodkan hampir 57 orang yang turut serta. Alhamdulillah.

Diakhirnya,setiap satu pengalaman ditimba disekolah telah mengorak langkah kita yang agak berbeza untuk setiap diri masing-masing yang unik. Ada yang menimba ilmu perubatan, kejuruteraan awam, mekanikal malahan elektrik, ekonomi Islam, Pergigian, Penilaian Harta Tanah dan pelbagai lagi untuk menjadikan setiap diri kita sebagai orang yang berguna di dunia dan semoga kita dapat beramal untuk akhirat. Buat akhirnya dari saya, Salam Perjuangan untuk semua sahabat di seluruh pelosok dunia ini. Allahuakbar! Gambatte Kudasai!

(p/s: Tak sangka ketemu dengan Cik Fakhzan yang sudah lama belajar di UK tapi kini di Malaysia. Tak lupa juga terserempak dengan Cik Wardati mahaguru highway kami di fakulti)



FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -

No comments: