Sunday, September 27, 2009

Ketakjuban Terhadap 'District 9'

Poster Promosi bagi filem 'District 9'

Shartlo Copley melakonkan watak Wikus Van Der Merwe, Ejen MNU

Kapal Angkasa 'Prawns' yang terapung diatas bandar Johannesburg, Afrika Selatan

Sejak tahun lepas, 2008 saya ada terlihat promosi filem 'District 9' hanya di billboard di Lebuhraya Persekutuan. Kebanyakan filem yang diiklankan disitu biasanya adalah filem-filem besar seperti Transformers: Revenge Of The Fallen, Terminator Salvation dan pelbagai lagi filem-filem blockbuster dari Hollywood. Saya mengakui saya jarang mendengar mengenai 'District 9' tapi iklan di billboard yang agak menarik menyebabkan terasa ingin menonton di panggung. Di papan tersebut tertulis 'Dari pengarah Lord Of The Rings dan King Kong: Produser Adalah Peter Jackson'. Semestinya nama beliau saja sudah berjaya menarik minat saya untuk membuka mata terhadap filem ini.

Tapi masa dan semangat untuk menonton filem ini agak membatasi dan saya terlepas untuk menontonnya di panggung. Jadi saya terpaksa tunggu. Sedang saya membelek-belek filem dengan mata yang mengantuk, tiba-tiba saya sudah membuka filem 'District 9' ini. Mengantuk yang tadi teramat sangat serta merta hilang.

Apa yang dikagumi, disini saya mahu utarakan:

1) Shartlo Copley, watak utama filem ini pertama kali berlakon didalam filem yang panjang begini. Seorang warganegara Afrika Selatan. Lakonan yang pada saya agak meyakinkan dan saya sungguh berpuashati dengan persembahan beliau.

2) Neil Blomkamp, pengarah 'District 9' yang juga mengarah filem pendek 'Alive in Joburg'. Secara ringkas, 'District 9' adalah filem rasmi untuk 'Alive in Joburg'. Juga hasil tangannya yang pertama untuk filem panjang selepas beberapa filem pendek sudah diarahkan oleh beliau.

3) Dengan bajet filem serendah $30 juta dolar, sudah tentu cukup memuaskan hati dengan pulangan filem sehingga empat kali ganda. Dengan modal tersebut, ianya adalah secara purata 1/6 saja dari modal filem aksi konvensional Hollywood yang lain.


Secara ringkas, kisah ini menceritakan mengenai konflik makhluk asing yang dipanggil 'Prawns' untuk menetap di bumi ini. Tapi konflik yang diutamakan adalah mengenai Wikus Van Der Merwe untuk mendapatkan tandatangan setiap Prawns yang ada di sana untuk dipindahkan ke tempat lain.

Latar tempat adalah Johannesburg, Afrika Selatan. Secara terus saya ingat ianya adalah untuk memprovokasikan peminat bola sepak kerana pada tahun hadapan Piala Dunia 2010 bakal dianjurkan disana. Tapi selepas sedikit penyelidikan dan bacaan, saya dapati pelakon dan pengarah adalah dari Afrika Selatan juga.

Bahagian yang saya cukup tertarik adalah jalan penceritaan filem ini. Jika nak dibandingkan dengan filem yang lain, kisah didalam filem ini adalah seperti kebiasaan filem Hollywood yang lain akan tetapi jalan penceritaan yang amat menarik menyebabkan filem ini sungguh menakjubkan. Review dari orang ramai juga mendapati filem ini sungguh menarik.

Perfileman seperti dokumentari, juga dari view game yang jarang didapati dan akhirnya penceritaan seperti filem konvensional yang lain. Akan tetapi di penghujung cerita, kita dapat menerka bahawa ini sebenarnya adalah dokumentari mengenai Wikus Van Der Merwe yang amat unik dalam mengatasi konflik hidupnya.

Selamat menonton semua.

FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -

No comments: