Friday, September 11, 2009

Siapakah Gadis Ini?

Hujung minggu lepas, baru berpeluang untuk Iftar di Keramat dengan tenang selepas selesainya segala tugasan dan test yang berbaris. Tapi pada asalnya rasa kurang gembira kerana kakak tidak pulang sama. Akhirnya pada hari Ahad, beliau tiba jadi kami dapatlah berbincang sedikit sebanyak disamping beliau memberikan sedikit bantuan mengenai Site Investigation Borelog Report. Kami juga menonton bersama Jejak Rasul 15 yang menarik kerana berkisarkan sekitar Masjid Al-Aqsa. Akibatnya, sehingga sekarang walaupun dirumah sewa, saya tetap setia menanti dan menonton siri ini.

Yang menariknya, di setiap penghujung episod Jejak Rasul akan didendangkan lagu dari Sami Yusuf bertajuk Asma Allah. Tetapi di tulisan kredit mungkin tersalah taip menunjukkan lagu yang salah. Maka kakak menunjukkan lagu sebenar bersama dengan klip video untuk ditatap melalui komputer riba. Saya agak tertarik dengan pencahayaan dan persembahan pada permulaan dan video ini juga menunjukkan pelbagai wajah dan saya menganggap mereka semua adalah muslim. Akan tetapi, beberapa senggang saat kemudian....




...gadis pada hemat saya berwajah orang Korea ini muncul di paparan skrin dan sememangnya telah menarik minat saya. Sememangnya sukar melihat gadis oriental sebegini yang muslim dan bertudung. Manakan tidak jatuh hati. Bergurau saja. Kalaulah suatu hari nanti Niigaki Risa juga bertudung...
Tapi, Siapakah Gadis Ini? Sehingga sekarang saya tidak tahu lagi.


FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -

2 comments:

Anonymous said...

jatuh hati??ermmmm

Aderi Aryasu said...

eh, sajer2 je... kui3