Thursday, October 29, 2009

Apresiasi


Dalam menyusuri hidup ini, pelbagai perkara kita lalui. Tidak lupa juga pelbagai perkara sudah dilaksanakan oleh semua orang lebih-lebih lagi disekeliling kita samada orang yang kita betul kenali mahupun hanya kenalan biasa. Banyak perkara negatif kita mudah terlihat pada orang lain kerana itu sememangnya sudah lumrah.

Apresiasi, saya tidak pasti samada sudah memasuki entri kamus Dewan Bahasa ataupun belum, sememangnya saya akui saya hentam saja dan letakkan didalam post kali ini. Cuma saya ingin ketengahkan disini adalah apresiasi ataupun penghargaan kepada sesuatu. ‘Sesuatu’ disini ingin pula saya tampilkan makna hasil dari pemikiran, perbuatan ataupun inisiatif baik dan juga positif dari manusia tidak kira samada rakan, saudara, adik-beradik dan juga makcik cleaner pun tidak mengapa jika dibawa masuk bersama untuk mengisi definisi di sini.

Tidak dinafikan saya adalah seorang yang sangat mudah teruja dengan sesuatu yang baik dari orang lain. Pada hemat saya, ingin saja untuk menghargai atas daya usaha beliau itu mendapat penghargaan setidak-tidaknya dari saya. Pelik juga, kadang-kadang saya seorang yang berasa begitu. Tidak pula pada orang lain. Pedulikan mereka, itu sajalah caranya untuk menunjukkan rasa terima kasih kerana menghasilkan idea dan usaha tersebut. Tahniah kepada mereka yang berjaya mengujakan rasa hati saya ini.

Sebagai contoh, baru saja ketika bulan puasa tempoh hari berbicara dengan Daud mengenai blog. Akan tetapi ketika itu beliau mengakui bahawasanya beliau tidaklah begitu aktif untuk menulis didalam blog. Menakjubkan, beberapa ketika selepas raya, kelihatan blog beliau sudah mula berisi dan desain blog beliau juga amat menarik. Inilah antara keterujaan yang saya alami. Tidak lupa juga kepada Basyir juga mula mengikuti lairan blog ini.

TAPI, disebalik perkara ini ada beberapa perkara jelek yang memang saya agak bengang juga. Contoh lagi, saya berborak mengenai blog bersama Basyir (ketika ini, beliau sedang berkira-kira hendak membuka satu blog). Saya bercerita mengenai keseronokan dan pelbagai lagi perkara menarik antaranya dapat menambahbaik kemahiran menulis kita, merekod segala idea kita yang datang tiba-tiba dari hilang begitu saja, berkongsi idea tersebut dan macam-macam lagi.

TIBA-TIBA, terbukalah mulut seorang rakan saya yang seorang ini sambil berbaring “Apa faedahnya blog ni? Siapa yang baca? Baca! Bosanlah? Membuang masa saja!!!”. Cuba anda yang aktif menulis blog walaupun saya tidaklah seaktif mana (2 tahun untuk 100 post) terdengar kata-kata tersebut. Secara jujur, saya terdiam 5 saat sedangkan tadi rancak berborak. Setelah menyusun sedikit kata-kata backup dari dalam diri, saya buka mulut dengan nada yang lebih lembut berbanding dengan komen rakan saya sebentar tadi. “Tak mengapalah, sekurang-kurangnya kita dapat membuat sesuatu dari tengok televisyen saja ke, bermain game saje ke. Disitu kita dapatlah membaca serba sedikit idea rakan-rakan yang lain dan berbicara mengenainya.” Begitulah lebih kurang jawapan saya pada waktu insiden tersebut.

Nak buat macam mana lagi kan? Orang yang kurang Apresiasi ini memang susah nak buka topik dengan dia. Borak bola sajalah senang. Aduh. Nak certita bola pun susah, Manchester United kalah pula. Aduh lagi.


FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -

2 comments:

asal said...

I'm thinking that, it might be a planned game or prefix result. Liverpool wins over MU, it's seem weird ey? After all, Rafa should perform in this game, or he will send off for a better manager for The Red.
Well, Chelsea at the top, what else I can say for the MU's die hard fan.
have u heard? ken worden suggest for delay EPL match, so that Malaysia will support Liga Malaysia again. Kuikui, looks like the same opinion by KJ in Meter.

Anonymous said...

ai.. perli aku ke deli..
gini la... haha