"Kullu nafsin zaikatul maut" = setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati (Ali-Imran : 185)
Adakah anda hairan, melihat gambar ilustrasi kartun permainan untuk pelantar Playstation 3 ini tetapi permulaan ayat yang saya gunakan adalah ayat Al-Quran dari surah Ali Imran? Janganlah begitu kerana sememangnya ada sedikit perkaitan antara ayat ini dan juga permainan ini.
Saya singkap kembali kisah saya, ketika saya sibuk mencari dan survey maklumat mengenai PS3 suatu masa dulu kononnya mahu membeli sebuah, jadi saya terselak pelbagai maklumat, video dan pelbagai lagi grafik mengenai permainan yang telah disediakan untuk pelantar ini dan antaranya adalah LBP. Dicanangkan LBP adalah permainan masa hadapan dan juga mempunyai persamaan dengan konsep Web 2.0 yang membawa pengguna untuk berkongsi antara satu sama lain ciri dan mod yang ada untuk bermain bersama.
Tetapi malangnya, sedikit saja untuk tiba pada tarikh pelancaran permainan ini, pihak Sony Computer Entertainment Europe (SCEE) telah menarik balik pengeluaran permainan ini secara besar-besaran dari rak-rak kedai seluruh dunia.
Kenapa? Didalam permainan tersebut ada sebuah lagu yang menggunakan ayat Al-Quran tadi sebagai lirik lagu tersebut yang ditakuti menyentuh sensitiviti umat Islam seluruh dunia. Lagu yang bertajuk Tapha Niang dan artisnya adalah Toumani Diabaté dari Mali pada saya agak menarik dan saya terperasan lagu ini didalam reviu untuk LBP oleh Gametrailer.com.
Setelah dipanggil semula, kemudian pihak SCEE telah mengeluarkan semula permainan ini untuk pasaran antarabangsa setelah mengubah lagu Tapha Niang ini dengan menjadikannya instrumental sahaja. Jadi hilanglah ayat Al-Quran tadi dan yang tinggal hanyalah alunan lagu.
Jika berminat untuk melihat sedikit sebanyak mengenai permainan ini bolehlah cari sendiri di Youtube. Saya rasakan permainan ini agak comel dan juga menarik. Agak kelakar juga kerana permainan comel dan ringkas seperti ini juga boleh mengundang kontroversi apatah lagi Grand Theft Auto yang sememangnya sentiasa kontroversi.
Untuk mendengar lagu Tapha Niang (di sini)
FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -
- Master Yoda -
No comments:
Post a Comment