Saturday, December 26, 2009

Asyura 10 Muharam


Apakah signifikan 10 Muharam kepada anda? Bagi saya tarikh ini agak terkesan suatu ketika dulu saya turut serta gotong royong kolej untuk mengacau bersama bubur manis dan hitam yang biasa dimasak bersempena dengan tarikh ini. Bubur itu sememangnya manis dan juga sedap untuk dimakan. Ada juga peristiwa manis ketika melaksanakan kerja bersama ini sewaktu masa itu dan semuanya hanyalah tinggal kenangan.


Cuba kita imbau kebelakang beberapa ribu tahun dahulu sejak zaman berzaman melepasi dari zaman-zaman Nabi lagi. Pelbagai kisah yang dikisahkan telah berlaku pada tarikh keramat 10 Muharam ini yang elok kita imbaukan kembali untuk keinsafan diri dan kesedaran diri sendiri jua.


1) Nabi Adam as. diciptakan oleh Allah swt. dan dimasukkan ke dalam syurga


Begitulah kehebatan Allah S.W.T menciptakan makhluk manusia bermula dari Nabi Adam A.S. dan seterusnya Hawa dan berkembanglah manusia sehingga kini kira-kira 7 billion manusia yang berkeliaran diseluruh pelosok dunia dan kini sudah pun mula menerokai angkasa raya.


2) Taubat Nabi Adam as. diterima oleh Allah swt.


Kisah Nabi Adam A.S termakan buah khuldi bersama Hawa sememangnya kita ketahui. Kesannya menyebabkan beliau telah dikeluarkan dari syurga bersama-sama dengan Hawa. Akan tetapi beliau menyedari kesilapan diri dan juga bertaubat kepada Allah S.W.T dan akhirnya Allah S.W.T telah menerima taubat beliau.


3) Nabi Idris A.S. diangkat ke langit


ANtara kisah beliau berinteraksi dengan Iblis dengan menggunakan jarum telah menyebabkan mata Iblis itu buta. Antara lain Idris A.S. telah diberikan keistimewaan untuk berada di dalam syurga untuk melihat suasana disana.


4) Kapal Nabi Nuh A.S. mendarat di atas gunung Judi


Kehadiran bah besar untuk menyangkal dakwaan penentang kaum Nabi Nuh A.S. telah berlaku dan bahtera besar yang telah dibina baginda menyelematkan beliau dan juga pengikut beliau yang jumlahnya amat sedikit. Mereka terapung begitu lama dan akhirnya telah mendarat di atas Gunung Judi.


5) Nabi Ibrahim A.S terselamat dari api raja Namrud


Baginda Ibrahim A.S. telah dicampakkan ke dalam api yang menyemarak tinggi sehingga dikatakan burung yang terbang diatas api tersebut pun boleh terkena sambaran api yang besar itu. Namun kuasa Allah lebih besar dari segalanya. Dengan kekuasaannya api tersebut menjadi nyaman untuk Baginda Ibrahim A.S.


6) Nabi Yunus A.S. keluar dari perut ikan


Setelah sukar berdakwah kepada kaumnya, beliau telah melarikan diri dari kaum beliau dengan menaiki kapal. Malangnya ketika ribut berlaku, undian mengenai beliau untuk terjun dari kapal tersebut. Namun atas kekuasaan Allah, Nun seekor ikan besar telah menelan beliau demi menyelamatkan beliau dari lemas. Didalam perut ikan Nun ini Nabi Yunus telah berzikir dan bertaubat kepada Allah. Kemudian beliau telah dikeluarkan dari perut ikan Nun tersebut.


7) Nabi Ayyub A.S. sembuh sepenuhnya dari penyakit


Sungguh hebat ujian melanda Nabi Ayyub iaitu kesakitan sebagai ujian terhadap beliau. Namun atas izin Allah S.W.T akhirnya disembuhkan beliau dari semua penyakit yang melanda dirinya.


8) Nabi Yusuf A.S. keluar dari perigi pembuangannya


Disebabkan persaan iri hati saudara-saudara beliau yang lain, Nabi Yusuf A.S. telah dicampakkan dan ditinggalkan ke dalam perigi tinggal. Kasihan kepada Nabi Yusuf yang telah teraniaya namun akhirnya dikeluarkan dari perigi kesengsaraan itu.


9) Nabi Musa A.S. menyeberangi laut merah bersama kaumnya


Setelah dikejar oleh askar-askar firaun yang terlalu ramai dibelakang dan dihadapan pula terdapat laut rebentang. Ketika ini sudah mula pengikut Nabi Musa A.S. terfikir apakah yang akan berlaku ke atas mereka selepas ini. Namun mukjizat beliau dengan menggunakan tongkatnya telah membelah laut Merah dan membolehkan beliau dan juga pengikutnya menyelamatkan diri.


10) Syahidnya Husain A.S. Cucunda Baginda Rasulullah S.A.W.A


Saya yakin ramai pemuda dan anak-anak zaman ini tidak akan mengetahui peristiwa ini malahan dianggap sebagai isu sensitif dan ancaman nasional. Saya juga tidak dapat menceritakan dengan panjang lebar namun serba sedikit saja yang boleh saya kisahkan. Setelah dikepung seketika tanpa air ketika perjalanan beliau ke Kufah. Peristiwa berlaku di Karbala yang kini dibawah pemerintahan negara Iraq. Baginda merupakan cucunda Rasulullah namun tetap dibunuh dengan kejam bukanlah dengan orang lain seperti penganut Kristian mahupun Yahudi, akan tetapi dengan manusia Arab Islam juga. Tidak kira apapun berlaku, peristiwa ini pasti tidak akan dapat dimaafkan sampai kiamat sekalipun. Syafaat Rasulullah S.A.W.A sudah pasti tidak akan sampai kepada pembunuh, pemimpin ketika itu mahupun yang menyorokkan dan menyimpan kisah ini di zaman ini untuk menyelamatkan pesalah ketika itu.


Wallahu A'lam.


FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -

2 comments:

Ibnu Sa'eed said...

salaam,
sangat indah coretan mu tentang Hussein cucu Nabi.. satu intro level yang sangat baik jika terus ditelusuri..

zaman cyber sangat canggih untuk mengetahui detail,rationale,reasoning dan segala implikasi yang mengangkut kisah hussein... saya telah mengambil masa 10 tahun untuk memahami motif syahidnya Hussein..
satu jangka masa yg tak perlu anda lalui...

terima kasih jadi follower KAJIAN dan PENGKAJI. salaam

Aderi Aryasu said...

Wsalam.
Tak seindah mana, bukannya tahu nak bersastera. Cuma rasa tertekan jika tak cuba nak menceritakan kisah tersorok ini.

Saudara mungkin sudah melalui 10 tahun pencarian. Masa yang lama kerana jika bererti, sememangnya meberi kesan yang mendalam. Saya juga sudah 10 tahun, namun kematangan belum tiba ketika cuba mencari dan kini sudah mula hilang arah. Semoga kita bersama-sama bertambah ilmu dan pengetahuan.

Sama-sama, niat untuk mencari ilmu sedikit sebanyak disamping jadual hidup seharian yang kelihatan menjauhi agama dan sejarah Islam. Saya cuba bangkitkan diri dari kegelapan.

Wsalam