Wednesday, December 30, 2009

Pemain Pertahanan Manchester United Terbaru



Sir Alex Ferguson yang bimbang mengenai barisan pertahanan beliau yang dilanda kecederaan.

Persaingan liga semakin mencabar tatkala banyak kelab-kelab besar telah keciciran mata walaupun separuh kedua musim baru saja menjengah masuk. Namun masalah lebih besar nampaknya terkena pada juara bertahan, Manchester United. Sehingga kini kelibat Johnny Evans, Rio Ferdinand, Gary Neville, John O'shea dan ramai lagi pemain pertahanan pasukan tersebut masih belum keluar dari senarai kecederaan yang panjang. Perkara yang jarang sekali berlaku ini telah merunsingkan kepala pengurus pasukan Sir Alex Ferguson (gambar atas).

Walaubagaimanapun, nasib menyebelahi beliau kerana tingkap perpindahan pertengahan akan bermula semula pada bulan Januari 2010 ini. Sudah pasti didalam minda beliau penuh muslihat untuk memperbaiki masalah pasukan yang dilanda kecederaan ini. Dikhabarkan pemain pertahanan yang diintai beliau adalah dari benua Asia. Nampaknya kita akan melihat pemain dari Asia selain Park Ji Sung.

Pemain yang diharapkan beliau adalah seorang yang agresif dan bermental keras. Diibaratkan binatang kelaparan dan diharapkan prestasi begitu dapat dipamerkan di atas padang kelak. Dari berlari hingga merangkak begitu laju dapat dilaksanakan dan ini memberi prespektif baru dalam dimensi perlawanan bola sepak yang kian mencabar ini.

Beliau adalah seekor beruang hitam asia. Ciri yang menarik perhatian pengurus pasukan adalah belang berbentuk 'V' pada dada beliau yang jelas terpampang. Ciri itu sememangnya menyerupai jersi Manchester United yang berwarna hitam cuma belangnya itu nanti perlu di cat biru. Maka Manchester United dapat menjimatkan kos menyediakan baju perlawanan yang hampir setiap perlawanan adalah baju baru.


Beruang Asia Hitam yang semulajadi mempunyai belang 'V' didadanya. Disamping itu mereka adalah makhluk yang agresif dan mampu menakutkan orang.

"Bagi saya menjimatkan kos pentadbiran dan mana-mana kos lain yang menyumbang kepada pasukan adalah bagus. Tambahan pula jika walaupun kos dikurangkan tetapi prestasi dapat ditingkatkan, apalah salahnya. Betul kan?" usik Sir Alex kepada wartawan yang hadir pada sidang media memperkenalkan pemain baru tersebut. Ditanya kepada pemain terbaru tersebut, beliau hanya diam dan nampaknya pemain terbaru ini agak dingin dengan wartawan.

Tapi sebaliknya bagi pengurus, hal ini sememangnya menggembirakan beliau disamping meneruskan polisi tanpa berbelanja besar seperti pasukan jiran Manchester City mahupun pasukan lain seperti Chelsea. Dijangka prestasi pasukan akan mendapat 'clean sheet' sepanjang perlawanan untuk baki musim ini.


Gambar: Fokus pada bentuk 'V' pada maju menyerupai warna bulu pemain baru pertahanan tersebut.
Pemain-pemain lain ketika ditanya hanya terkejut melihat tindakan pengurus mengambil masuk seorang lagi pemain baru. "Bukankah tempoh hari pengurus mengatakan kita tidak perlu membeli pemain baru? Kata beliau semua pemain akan beransur pulih menjelang Februari nanti. Hendak buat macam mana lagi kan, Sir Alex Ferguson kot" sinis Wayne Rooney atas tindakan pengurus yang baru dilaksanakan.


Gambar: 'V' semulajadi pada dada pemain baru pertahanan Manchester United tersebut.
Namun segala-galanya nampak sebagai pembaharuan untuk perjalanan penuh ranjau dan duri bagi pasukan Manchester United ini. Walaubagaimanapun usaha untuk mengejar dan memotong Chelsea yang kini dipuncak liga akan diikhtiarkan mengikut perancangan pengurus pasukan. Akhirnya, semuanya adalah hasil kerjasama berpasukan dan prestasi dan juga kedahagaan untuk menang bagi semua pasukan dan tidak dilupakan juga untuk peminat.

FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -

No comments: