Wednesday, February 10, 2010

Peristiwa Sebelum Subuh


9 Februari 2010, hari Selasa malam hari selepas maghrib, aku tertidur kerana kepenatan. Tersedar dari bangun, tahu-tahu saja dah pukul 2.30 pagi Rabu. Aduhai, ingat nak tidur sebentar saja tapi sudah terlajak tidur sudah tak boleh undur kembali. Alang-alang sudah bangun, bangun saja terus.

Maka nak buat macam mana lagi, perut pun sudah mula kelaparan. Dengan keadaan yang pagi-pagi yang teramat buta ni, kedai mamak je lah yang terlintas di minda. Mandi dan solat Isyak, kemudian ambil kunci terus bersegera ke kedai mamak.

Masa mula-mula hidupkan enjin, risau juga sebab tiada lagi aktiviti manusia disekeliling. Risau kalau-kalau ada anjing liar berkeliaran. Itu lagi parah kalau nak diselesaikan. Sudah seketika masa diambil untuk panaskan enjin, maka aku pun bergerak pergi sambil perhatikan keliling dengan kelajuan 20 km/h untuk menikmati suasana sunyi sepi.

Selang seminit, rasa lega nampak lampu kereta dari hujung jalan. Lega sebab ada lagi rupanya manusia yang turut melakukan sesuatu di malam hari. Aku pun belok kiri, kemudian kereta itu pun turut masuk lorong yang sama. Rasa lega juga sebab ada peneman ke arah jalan yang sama. Tapi, tengok ikut cermin sisi, ah sudah, kenapa kereta belakang ni makin laju ikut aku? Apa lagi, aku pun lajukan lagi van C20 aku dengan laju yang lebih ketara berbanding dengan 20 km/h sebentar tadi.

Agaknya sebab ternampak aku menambahkan kelajuan, maka kereta di belakang aku yang aku rasa Proton Waja pada mulanya itu pun mulalah memasang lampu tambahannya iaitu lampu biru kelip-kelip diatasnya.

Alamak, POLIS!!!


Aku tak buat salah, jadi aku teruskan perjalanan. Tapi dah tentu rasa cemas tu ada sikit takut-takut kalau polis tu syak apa-apa kat aku. Dah lah tu aku memandu van C20 yang 'rare'. Disebabkan sudah cemas tu, tanpa disengajakan aku pun tertambah lagi laju sikit dan cepat-cepat belok kanan nak ke arah kedai mamak tu, tapi jauh lagi.

Seelok saja dah belok kanan, maka berbunyilah hon dari kereta polis tu. Aku tengok ikut cermin, dah habis dekat dia punya kereta dengan van aku ni. Lalu aku pun beri signal ke kiri dan terus perlahankan van Bumblebee aku tu. Disebabkan tak pakai 'seatbelt' jadi aku pun cepat-cepat turun sebelum brother polis tu tengok aku. Maka aku pun mulakanlah sedikit dialog.

"Ya encik" rasa cuak bertambah sikit dalam hati aku nih.
"Nak pergi mana ni?" brother polis 1 tanya kat aku.
"Saya nak pergi makan la encik" aku pun jawab saja ape yang benar.
"Ok, bagi kamu punya lesen dan IC. Bagi kat abang ni" kata polis 1 ni sambil tunjukkan kepada rakan setugasnya.

Kemudian aku pun bagilah benda-benda yang dia nak tengok tu. Polis 2 pun ambil dan lihat pada IC dan lesen, kemudian dia pulangkan lesen saja. IC aku diambil dan dia menyalin butir-butir diri aku kat dalam kertas apa pun aku tak tahu. Disebabkan nak tahu, aku pun tanya lagi.

"Kenapa ni encik, ada apa-apa kes ke dekat sini?" saja aku nak buka soalan.
"Takde lah ape hal pun. Cuma itulah, van jalan-jalan kat sini pagi-pagi buta mestilah nak tengok. Kut-kut ada bawak besi ke, ape ke. Takkan nak ronda-ronda makan angin je" balas polis 1 tu pula.

Aduhai, salahkah aku bawak van? Salah ke?

Persoalan ini aku bawa bersama ketika menikmati nasi lemak sambil menonton perlawanan Manchester City melawan Bolton Wanderers. Dan masih terngiang-ngiang, salahkah aku membawa van?

THE STRUGGLE TO SAVE THE GLOBAL ENVIRONMENT IS IN ONE WAY MUCH MORE DIFFICULT THAN THE STRUGGLE TO VANQUISH HITLER, FOR THIS TIME THE WAR IS WITH OURSELVES. WE ARE THE ENEMY, JUST AS WE HAVE ONLY OURSELVES AS ALLIES -Al Gore-

9 comments:

wan mohd basyir said...

x salah bawak van...yg slah tu tgh2 mlm...hahaha...aku ngan aiman pun pnh kene gak...lg la...x bekenderaan sorg n bermotor sorg...hahaha..siap kne acu ngan senapang raifel lg...hahaha

Anonymous said...

deli.. byk kot jasa bumble bee ko tu kat kitorg.. so, bile nk tukat kaler van.. bt corak bunge2 skit.. nti xde la polis nk syak yg bukan2.. hehe

Daud Mili said...

area waktu tuh,..elok lg naik motor,.. err, tapi motor pun bleh kena gak kan??...ala, dah nak kena tuh, kena jugak,...haha,....zass,..~

Ndea Anuar said...

haha kesian ko ngan bumblebee ko disalah ertikan....

Aderi Aryasu said...

tu la syir, aku x ambil iktibar dari peristiwa yg berlaku kat kau... he3...

tapi, rilek2 la ko kate dia acu rifle kat ko... ngarut sangat dah tu... takkan dia tgk jambang kau derang dah assume ko terrorist kowt.. he3

Aderi Aryasu said...
This comment has been removed by the author.
Aderi Aryasu said...

pis, tau2..
tu la, ade jgk rase ati ni nk wat..
ari tu igt nk tmbh spoiler,
tapi syuk kata, kalau aku buat spoiler tu, dia x nak ngaku kawan dah.. ha3..

Aderi Aryasu said...

ha3.. klau aku nek motor la kan, pastu kene tahan... lagi maut...
aku dah la x de lesen moto... ho3

Aderi Aryasu said...

tu la ndea, seb bek bumblebee aku x bertukar form menjadi robot besar, mesti trkejut beruk pnye polis2 tuh.. he3