I thought the result will be announced in February 2011. Suddenly I received a news stated that the result will be announced on the last week of July. It is so sudden and I have to figure out about the Letter of Acceptance (LoA) from the university. I also joined a forum that discussed about this matter extensively.
Tiba-tiba rasa mahu menaip menggunakan Bahasa. Maaflah bercampur aduk.
Secara jujurnya, memang sudah dapat mengagak keputusan sebegini yang akan diberitakan. Maklumlah, hati sudah berkecamuk. Namun dalam masa yang sama, masih lagi berdo’a dan menaruh harapan moga dikurniakan Tuhan untuk diberi peluang belajar di Negara Matahari Terbit sana. Selalu juga termimpi-mimpi melakukan kajian di sana sambil mahu belajar adat disana. Hajat di hati juga mahu lancar bertutur bahasa Jepun disamping dengan mudah membaca tulisan Hiragana, Katakana dan juga Kanji seperti dapat membaca ayat Al-Quran dalam bahasa Arab.
Namun, penantian akhirnya terhenti disini. Keputusan yang tidak menyebelahi diri pula diketahui. Kali ini tiada A+ ke E, yang ada cumalah berjaya ataupun tidak berjaya. Dua jawapan yang jauh sekali erti dan maknanya. Keghairahan terhenti seketika. Terkedu melihat laman forum, heboh memberitahu keputusan sudah dikeluarkan. Sedang saya pula terketar mahu membuka email, ditekan juga butang enter untuk mendaftar masuk. “Tiada Email Baru” adalah satu kenyataan yang begitu menghampakan. Terduduk, termenung dan fikiran menjadi kosong. Diri seolah hilang, rakan memanggil pun tidak perasan.
Sebenarnya rasa begitu bersalah. Bersalah pada diri, bersalah pada rakan, bersalah pada keluarga, bersalah pada pensyarah dan pada semua. Selama 4 bulan berjuang, terpaksa mencuri masa FYP, IDP, dan latihan industri untuk segala macam persediaan. Saya mohon ampun dan maaf pada Auk, Syuk, Man, dan rakan-rakan yang lain kerana pelbagai perkara yang kalian telah bertolak-ansur atas perkara ini.
Rasa niat dihati, mahu menjadi permata di sana. Permata Islam dengan hajat hati yang amat besar. Namun segalanya belum dibenarkan lagi agaknya. Pelbagai perkara perlu disiapkan dari segi mentaliti, spiritualiti dan fizikal. Terima kasih kakak atas dorongan yang diberikan. Diri ini tidak kan terus berputus asa. InsyaAllah jika Tuhan perkenankan, sampai juga aku ke sana.
After all it is not so good for being too honest.

“PATRIOTISM IS SUPPORTING YOUR COUNTRY ALL THE TIME, AND YOUR GOVERNMENT WHEN IT DESERVES IT” – Mark Twain -
14 comments:
Salams,
I applied this scholarships three times, i.e three years, thus it must be not in Allah swt grand plan for you.
Keep on hoping, keep on dreaming, because without hopes and dreams, we are just ashes. Even the dreams are phony, it doesn't matter, because it is still dreams.
To be dissappointed is natural, just let it go with the flow. Good luck then, in whatever endeavours.
Wasalam...
Thank you for sharing your experience... well, i did not know well enough... but i think i can face it....
i will still be dreaming, and giving some effort to realizing it...
thank you again, and good luck to you too....
jom3...2013 ek??
jum.. insyaALLAH 2013... hehe
amin..i'll pray 4 u...
oh, i'm sorry.
don't u apply again?
im too dreaming to do my research in japan n studying d culture. :)
to Puan Sri Nasrin: Nom it's ok. I think I'll try again next year after pausing for almost 2 years. hehe.
Salam, tumpang tanya, result interview tak diberitahu melalui email ke kalau x berjaya?
Wassalam. Kalau tak silap, dia tak bagi tahu on the spot (email). email hanya diberitahu pada mereka yang dapat.
pada yang tak berjaya, dia akan hantar surat.
terima kasih reply.. saya tak tahu bila embassy akan umumkan result, jadi rasa berdebar-debar. dalam mencari tarikh official result (xjumpa pun), terjumpa blog ni. agaknya kalau sampai ogos pun takde emailnya, sahlah xdapat. sedihnya. tapi boleh cuba lagi. insyaAllah itu yg terbaik.
sama2.. tak silap dulu, saya ada join forum dkt internet.. dkt situ ade sub topic utk malaysia.. so dekat situ, siapa yang dapat, akan share bagi tau derang dh dpt email.. so, dekat situ blh agk la samada kita dapat atau tak..
ooo.. good luck.. all the best. masih ada harapan lagi buat masa ni. Masih july. insyaAllah..
Alhamdulillah, berjaya! selamat hari raya & selamat majujaya juga buat saudara. ^^ terima kasih atas doa.
Tahniah. Semoga berjaya berjuang di sana. Amin.
Selamat hari raya.
Post a Comment