Tuesday, December 21, 2010

Buat Sekelian Kalinya


Dengar-dengar result akan announce pada 10 hb Disember ni. Sama dengan tarikh pernikahan Basyir. Tapi kecoh la sekejap, ada orang dah dapat tengok result awal, 9 hb lagi dah dapat tengok. Antara manusia yang bertuah dapat tengok awal ni, Aok. Tahniah untuk bos aku ni. Mantap jugak result beliau. Dah tu, aku pun pegi la CC, nak tengok la jugak. Konon nak rilek-rilek dulu, tak nak tengok awal-awal. Tapi bile sudah ramai cenggini kecoh-kecoh, hati didalam pun jadi tak senang duduk.

Macam biasa nasib aku, kalau nak pergi tengok awal-awal ni, memang takde rezeki la nampaknya. Puas aku duk refresh page result tu, tak nak jugak dia kuar. Dulu menjadi jugak teknik ni. Dah sejam, malas nak bazir masa dengan duit, chow dulu. Tengok je la esok. InsyaAllah terus dapat tengok.

Jadi masuklah hari esoknya. Hari yang sebenar iaitu 10hb. Dah la mimpi dapat result tinggi. Ish, mimpi aku pulak biasanya terbalik dengan realiti. Hadoi. Setel semua urusan penting, terus la pergi CC semula. Cek dalam email, kecewa. Berbalik pada teknik asal, pergi ke website student portal. Tekan-tekan ID dengan password. Jeng jeng jeng, result pun tubik.

Erm, rasa macam taknak kelip pulak. Takdelah tinggi mana pun. Kurang sikit dari apa yang aku mimpi semalam. Yang pelik sebenarnye CGPA. Aku duk refresh page tu. Aku punya result ke ni? Cek balik nama, memang nama aku. Cek alamat, IC, student ID semuanya aku punya. CGPA ni macam bukan aku punye je.

Pelik macam mana pun, Alhamdulillah. Kelas Pertama la ikutkan. Cukup-cukup makan je. Aku ingat mustahil untuk dikecap sebab pernah jugak kira-kira secara kasar, kalau dapat 4 flat pun aku agak jauh lagi nak dapat level 1st class ni. Tapi mungkin sebab banyak subjek 4 kredit dan yang lain-lain 3 kredit jadi impaknya amat besar. Antara benda lain yang tak disangka adalah Resource Management.

Nak dijadikan cerita, macam biasa aku studi last-last minute je. Kena pulak last-last minute tu la aku kena demam yang agak berat. Nak studi sehari sebelum pun dah tak larat. Dah la tak stadi ape langsung. Start malam tu, cuba la baca sedikit demi sedikit. Baca sejam, tertidur sejam. Baca sejam lagi, tertidur sejam lagi. Rasa masa tu, macam tak boleh nak pergi je. Itu baru part teori je. Calculation tak sentuh apa lagi. Paper pulak stat pukul 2.15 petang.

Jadi dah nak dekat pukul 12 tengah hari tu, aku pun gagahkan diri untuk pergi mandi, siap-siapkan diri nak masuk exam hall. Habis mandi pukul 12.20. Aku ingat lagi sebab aku memang tengok jam. Nak tengok sempat tak aku review part-part calculation semua yang berkaitan tuh. Berbekalkan pertanyaan Hafiz masa awal-awal hari tu, dapat jugak aku flashback sikit. Benda-benda lain pun aku sempat la kilas-kilas gitu. Nak try wat soalan, memang dah tak sempat langsung dah. Bila dah masuk waktu Zohor, aku pun solat. Tunggu je la kawan-kawan lain bersama-sama nak pergi ambil last paper tu.

Masuk dalam hall, macam biasa. Exam hall ni macam fridge pun ada jugak rasanya. Sejuk gila. Aku ni dah la demam. Hingus berjijiran. Nasib baik bawak handkerchief. Yang jaga periksa tu pun tengok aku semacam je. Dalam kepala aku ni terus teringat kata-kata abang Jali, sepupu aku. Dia kata “Kalau kat oversea, kalau demam ke sakit ke time exam, pergi jumpa doktor, mintak MC. Pastu bagi MC tu kat lecturer dan dia akan consider kita punya sakit tu dan akan bagi markah extra untuk kesakitan yang dialami ketika exam tu. Pastu, boleh la dapat lulus pun jadi la”. Aku pun fikir nak lulus je time tu. Sejam sebelum habis exam, disebabkan sejuk sangat so aku pun keluar la awal. Dah tak tahan sangat dah kesejukannya. Tapi feeling habis exam time tu lagi best. Demam pun tiba-tiba nak kebah (Tapi tak kebah pun).

Dan hari ini, Allah adalah pengadil segalanya. Syukur Ya Rabb, dan terima kasih Miss Sheila kerana mengajar kami. Dapat juga A dan berbekalkan result yang tak diduga ini, aku terkedu. Cepat-cepat aku mesej akak nak ceritakan padanya. Terima kasih akak untuk segalanya. Perkara yang difikirkan mimpi semata tak disangka menjadi realiti. Memang ANC adalah yang tertinggi, namun untuk mendapatkan 1st class yang tak diduga ini menjadikan aku bersyukur sangat. Ramai lagi yang mendapat 1st class dengan senang lenang, namun mereka mungkin sedikit kecewa kerana tidak mendapat ANC. Dan aku bersyukur menjadi golongan yang gembira mendapat 1st class. Ibarat seorang anak yang mengharapkan PS1, tak disangka bapanya memberikan PS2, walaupun kat kedai sekarang dah ada PS3. Mesti anak tu gembira gila punya.

Erm, kalau nak cerita satu demi satu subjek, memang banyak jugak ceritanya. Hahaha. Tapi itu je la yang nak dihighlightkan kat sini. Macam match bola, bukan sepanjang perlawanan yang best. Dari tengok live, elok tengok je highlight EPL tu tiap-tiap hari Isnin. Lagi best. Semua aksi dengan gol je. Hahaha. Oklah, taknak panjang lebar. Solat Jumaat dah dekat. Ya, hari ni hari Jumaat. I Like Friday. Not TGI Friday. Buat sekelian kalinya, Alhamdulillah Ya Rabb.


"IF OUR COUNTRY WORTH DYING FOR IN TIME OF WAR LET US RESOLVE THAT IT IS TRULY WORTH LIVING FOR IN TIME OF PEACE" – Hamilton Fish –

7 comments:

Anonymous said...

tahniah
~AIS~

Aderi Aryasu said...

terima kasih ~AIS~ yg sejuk... hehe

Anonymous said...

sejuk ke??haha

Aderi Aryasu said...

eh, ade ke ais yg panas? haha

Anonymous said...

ermmmmmm

Aderi Aryasu said...

emmmm.. tgh pk ke? hehe

AIS said...

xde la...