Thursday, December 16, 2010

Kelu Kesah Bersama Kak Esah


Em, tiada Kak Esah pun dalam entri ini. Saja letak tajuk macam tu sebab dah tak tau nak letak apa. Tapi tema tetap sama iaitu keluh kesah. Maklumlah, kerja tak dapat lagi. Lagipun, cari kerja pun tak buat lagi. Memang banyak kosong, banyak tempat cari ramai orang. Tinggal aku hantar resume dan pergi interview. Kalau OK, dapatlah kerja tu. 

Cakap pasal resume pulak, memang nak buat dah. Tapi computer telah merajuk maksimum. Sampai tahap tak boleh bukak. Jadi satu masalah pulak. Kena pergi CC nak siapkan resume. Takpelah. Buat sikit-sikit, lama-lama jadi siap. Kesian dekat mak, semakin pressure bila la nak mula renovate rumah. Bila aku cakap nak pergi CC nak buat resume, mak mesti tak keruan. Sebabnya beliau nak hold aku dulu dari bekerja sampailah rumah ni siap ataupun kerja-kerja renovate dah mula start. Tapi dalam keadaan sekarang, maaflah. Memang mustahil nak tunggu rumah ni siap. Kalendar pun dah masuk 16/12/2010. Separuh kedua bulan Disember. Aku kena serius untuk mencari kerja kerana aliran wang keluar saja yang berlaku sekarang ni. Aliran masuk tiada.

Paling tension sekarang ni, computer tak nak hidup. Abang Cik rasa, Hard Disk aku dah nazak. MasyaAllah. Dia kata beli baru dan recover balik segala data yang penting. Anyway, nak beli yang problem. Katalah JPA berbesar hati memasukkan jugak duit Praktikal dan FYP yang aku dah claim tu, insyaAllah bolehlah diusahakan. Tapi bak kata orang, penantian itu satu penyeksaan. Lagipun pada mata mak, benda-benda ni urgent. Anyway, aku rasa sebab manusia sekarang dah semakin senang so nak susah sikit pun rasa macam susah betul. So usaha aku yang pergi ke CC ni diharapkan berbaloi.

Ish, lame rasanya tak menulis. Memang pun. Hilang sebelah sayap bila takde PC. Dahlah sebelah sayap lagi dah takde pasal takde internet. Ish.

"IF OUR COUNTRY WORTH DYING FOR IN TIME OF WAR LET US RESOLVE THAT IT IS TRULY WORTH LIVING FOR IN TIME OF PEACE" – Hamilton Fish –

2 comments:

Anonymous said...

hehe...kem slm kak esah....

Aderi Aryasu said...

ouh, dia dh jwb.. dia kem salam balik... hehe