Showing posts with label Study. Show all posts
Showing posts with label Study. Show all posts

Friday, October 2, 2009

3rd Language Short Movie, Excited!

Somedays from now, we as a group will be making another short stories for our oral test. It is quite tempting for me because my interest is hugely on movie making. Well, even though the quality is not so good compared to the other directors who making short film, but I am relieved cause at least it is a platform for me to satisfy my hobbies.

The story will be made by girls teammate cause if I'm the one who came up with the storyline, it will be difficult for all of us cause it is heavy. I'm taking the lesson from 'Neko', our first level movie which was very different from others in term of the story, length, style and angle of camera is tireful. Therefore I will be leaving the storyline to them.

Where I've heard it, Yati-san as the lead writer associates with her friends will be creating and writing this story. Now I would like to think and imagine about the situation, condition and equipments available for us to start shooting. Whether I'm the director again, I don't know but for sure I'm the only one editor for our group. Yeah, with Adobe Premiere Pro and Adobe Premiere Elements, I will be doing the best out of it but still limited with my knowledge using those softwares.

About this story, I will give a hint about it:
There are 3 tourist from Japan who visiting Malaysia, particularly Shah Alam and there is a driver and a tourist guide. It is simple as that. They talking with each other using what we've learned during this semester and applied in the real life situation. That is the main objective so somehow for me it is limiting the creativity for us. Well of course, I do think that is to make everyone to be fair enough to be judged for the marks.

Hai, Muizzah-san, Emi-san, Shima-san to Yati-san, gambatte kudasai. Nihon-go no eiga o shimashoo.

(ps: if you ever wanted to watch 'Neko', please search in the youtube with "Neko radiuse1". hope you can find it there)

FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -

Wednesday, December 24, 2008

WoW - Wonderful Structure


Pertama sekali, Alhamdulillah. Memang segala kesyukuran adalah milikNya. Tapi, untuk apa kali ini? Bukanlah peristiwa besar, tapi boleh tahan menakjubkan bagi saya.

Ceritanya begini, Indeterminate Structure adalah salah satu killer subject kami, tak semua pelajar rasa begitu, tapi sekurang-kurangnya untuk serumah dengan saya. Dengan tak sedia lagi untuk mengguna cara belajar peringkat degree, kami biasanya ke kelas untuk mendengar pensyarah bercerita tentang segala tulisan di dalam buku teks. Sedangkan subjek ini sememangnya seperti Matematik yang memerlukan latihan berulang kali dan kefahaman yang tinggi. Menariknya, dalam kelas kami memang tidak pernah membuat sebarang latihan pun. Pensyarah pun tidak memberi sebarang soalan untuk kami menjawabnya. Beliau menasihati kami, belajar di peringkat Ijazah ini, segalanya perlu belajar sendiri, baru boleh berjaya. Tiada lagi spoon feeding.

Bertambah parah lagi, saya yang lambat membiasakan diri membuat perangai lama. Tidak pernah membuat sebarang latihan walau satu pun untuk subjek Indeterminate Structure ini. Jika malam ini ada ujian, petang ini baru cuba memahami topik yang berkaitan. Tapi Alhamdulillah, lulus ujian pertama. Ujian kedua pun buat perangai sama, tapi keputusannya tak tahu pula.

Lebih malang lagi, perangai saya tak serik juga, masa peperiksaan akhir pun sama. Baru nak fahamkan. Tapi segala-galanya rezeki Allah. Saya lulus dengan B-. Alah, apa yang nak dibanggakan sangat, B- bukan cemerlang pun. Malah, hampir gagal sebenarnya tu.

Tapi, pandangan kami berbeza. Kami bertiga yang terpaksa belajar rumus berbeza dari kelas lain malam sebelum peperiksaan, dan belajar sendiri subjek ini menganggap jika lulus sahaja sudah dapat Master. Biasalah, lawak budak-budak tension. Saya dan kawan saya seorang lagi dapat B-. Tinggal seorang lagi, dia kata dia mendapat PhD sebab dia dapat B, 1 pangkat lebih tinggi. Apa-apa ajalah.

Miracle, sebab siapa yang kenal dunia structure analysis, mesti tahu bagaimana rasanya jika tak pernah membuat latihan, sekadar memahami konsep. Segala-galanya menjadi tidak pasti. Tapi, itulah keajaiban. Tapi, bukan sebab peristiwa ini saya perlu mengulangi tabiat lama. Tak mengapalah semester pertama, membiasakan diri dengan keadaan sekeliling adalah sukar lagi-lagi jika mempunyai rakan yang memang sudah dikenali. Berbeza dengan situasi di Pahang, saya yang memang sendirian tanpa ramai kenalan tiada masalah membawa momentum belajar dari sekolah menengah. Maaflah semua, saya akan cuba sedaya upaya untuk belajar sebaik mungkin kerana focus sudah menurun dengan kadar yang amat teruk.

Tahniah buat Hilfi, rakan sekolah saya dahulu kini belajar bersama di peringkat degree dalam jurusan yang sama. Tahniah kerana mendapat Anugerah Dekan. Semoga mendapat Anugerah Naib Canselor untuk peringkat Ijazah ini. Selamat Berusaha.

ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-

Monday, June 30, 2008

3rd Language



Dalam runsing memikirkan bahasa ketiga yang perlu diambil nanti, tertanya-tanya apa kepentingan yang perlu diambil kira dalam menimbangkan subjek bahasa ketiga ini. Ada yang nak ambil bahasa arab -sebab pernah belajar dulu-, ada pula nak ambil bahasa mandarin -punyai kepentingan dalam kerjaya nanti-, tapi diri ini memang ingin mengambil matapelajaran bahasa Jepun. Kata kawan, bukannya kita akan kesana nanti. Antara fakta yang perlu diambil kira.

Sebenarnya, jika saya mengambil bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga, tapi itu bukanlah bahasa ketiga diri ini. Setelah menelaah di sekolah rendah dan sekolah menengah, Bahasa Malaysia, English dan juga Bahasa Arab sudah pun dipelajari. Jadi terasa ingin mempelajari satu bahasa yang baru. Tapi kenapa bukan bahasa Jerman, Mandarin mahupun Perancis?

Dalam hal ini, minat adalah faktor utama. Jika belajar sebab berkepentingan dalam hal-hal lain, memang bagus. Tapi sebab minat, ia akan menjadi satu keseronokan dalm mempelajari bahasa baru ini. Seolah-olah bermain PS3 ataupun bermain karom. Tapi ini lebih baik. Satu pelajaran yang mungkin seronok untuk dipelajari dan mengundang cabaran untuk mendapat cgpa yang tinggi. Jadi, maaflah alasan yang lain, sebab saya nak bersuka ria belajar bahasa Jepun. Ganbatte Kudasai!!!

ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-

Sunday, June 22, 2008

Nak Pilih Major Ape? Mari Kita Renungkan



Beberapa siri perbincangan telah menghasilkan maklumat mengenai major yang bakal ditawarkan kepada kita, bakal pelajar Ijazah Pertama Kejuruteraan Awam ini. Jadi setelah 3 tahun belajar, kalau masih tidak faham apa itu kejuruteraan awam, sekurang-kurangnya bolehlah melawat ke Wikipedia.org untuk memperoleh sebarang maklumat. Kalau malas juga nak cari sendiri, bolehlah klik disini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut. Major yang ditawarkan adalah environment, structure, geotech, highway, water, concrete dan management.

Environment - Ini fist aku nak cerita sebab aku mungkin nak ambil major ni. Sekali imbas aku tengok, major ni akan deal dengan alam sekitar. Bagaimana nak menguruskan alam sekitar kita supaya terpelihara. Lagi tengok, ada juga bab waste water management. Tak pasti sama ada waste water ni akan ada dalam water sahaja atau dalam environment sekali. Tapi maklumlah, major ni akan membezakan 5 hingga ke 6 subjek sahaja. Jadi jangan risau sangat. Kepada sesiapa yang sayangkan bumi kita ni, maka dijemput mengambil major ni. Mari... Maklumat lanjut klik sini.

Structure - Punyalah banyak buku dah beli. Korang bolehlah baca. Semua yang kita dah belajar dulu tu ada gunanya. Structure akan handle design dan akan buat analisis. Major ni la yang senang kita lihat. Tengok saja construction, kita akan lihat progress pembinaan dengan melihat bangunan tersebut naik. Jadi, structure akan deal sebelum pembinaan bermula untuk memastikan binaan tersebut mampu menampung beban pada masa akan datang. Jadi, duduk dalam pejabat dan reka. Agak-agak ada masalah datang dari geotech, jadi kena adjust semula rekaan tersebut. Maklumat lanjut klik sini.

Geotech - Soil adalah benda penting sebab semua structure kat bumi ni akan memindahkan bebannya ke tanah. Kecuali ISS yang sentiasa terapung kat angkasa tu. Major ni akan handle bab-bab tanah dari kestabilan dan kesesuaian tanah tersebut untuk menampung satu-satu structure. Bukan itu sahaja, ni bukan tak buat ape-ape structure, tapi dia akan buat jugak ape-ape support untuk menampung tanah. Macam kat wall tu. Dalam praktisnya, kerja-kerja geotech dimulakan sebelum pembinaan. Mesti pernah dengar SI, masuk kat site, ambil sample, buat test. Maklumat lanjut klik sini.

Highway - Orang awam menggunakan jalanraya. Tidakkah mereka terfikir mengenai lampu isyarat, sistem laluan dan juga aliran yang mereka guna setiap hari? Inilah dia major yang merungkai segala permasalahan dalam aliran trafik. Secara praktisnya, akan mempelajari segala aspek mengenai sistem pengangkutan. Kena anggarkan jumlah traffic, design sistem, meningkatkan kualiti jalanraya, dan meningkatkan efficiency jalanraya. Contoh tokoh yang cemerlang dalam bidang ni adalah Mahmud Ahmadinejad, presiden Republik Iran sekarang ni. Sedikit mengeluh, kenapa la takde railroad engineering. Maklumat lanjut klik sini.

Water - Yeah, jangan risau kawan-kawan sekalian. Ini lebih berkait dengan hydraulic engineering. Lebih kepada design bridge, dam, perparitan dan saliran. Mesti deal dengan anggaran air yang akan memasuki kawasan kajian dan pelbagai lagi. Bagaimana kelajuan air akan mengalir dalam satu-satu keadaan dan bagaimana menangani dan menguruskan saliran dalam satu-satu kawasan yang dirancang. Tak pasti sama ada major ni akan dibezakan dengan environment atau tidak dalam bahagian waste water treatment. Nanti kita pastikan. Maklumat lanjut klik sini

Concrete - Ada dua major yang tidak dapat dipastikan. Tapi ada yang berfirasat major ini akan berkaitan dengan material apa yang sesuai untuk dicampurkan dengan konkrit ni untuk menjadi lebih teguh dan utuh. Tapi masa kita buat lab visit untuk building service semester 5, kita dah nampak lab concrete yang besar tu. Sekali dengan konkrit-konkrit yang besar. Sekurang-kurangnya kita dah tengok lab dia tu. Jadi bolehlah membayangkan benda tu. Kalau anggap concrete ni ada kaitan dengan material bolehlah klik sini.

Management - Inilah major, kalau dalam praktis nanti akan menguruskan keseluruhan masa pembinaan. Dari mula sehingga selesai dan juga selepas siap pembinaan. Kata Encik Wan, major ni amat kurang pelajar yang mengambilnya. Tapi bukanlah apa-apa pun. Kemungkinan major ni ada kaitan dengan Law. Seperti yang kita dah belajar bunga-bunga sikit di diploma dulu. Nanti berkaitan dengan Administration lah agaknya. Major ni tak dapat nak pautkan dengan mana-mana website lain. Harap Maaf.



Memang tak lengkap pun. Tapi bolehlah sekurang-kurangnya disenaraikan disini major yang akan ditawarkan. Jadi, bolehlah mula befikir dan memilih mana yang terbaik dan sesuai dengan diri masing-masing. Disini, saya nak promote Major Environment. Jom pakat ramai-ramai ambil major ni. Jom...



ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-