Sunday, June 22, 2008

Nak Pilih Major Ape? Mari Kita Renungkan



Beberapa siri perbincangan telah menghasilkan maklumat mengenai major yang bakal ditawarkan kepada kita, bakal pelajar Ijazah Pertama Kejuruteraan Awam ini. Jadi setelah 3 tahun belajar, kalau masih tidak faham apa itu kejuruteraan awam, sekurang-kurangnya bolehlah melawat ke Wikipedia.org untuk memperoleh sebarang maklumat. Kalau malas juga nak cari sendiri, bolehlah klik disini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut. Major yang ditawarkan adalah environment, structure, geotech, highway, water, concrete dan management.

Environment - Ini fist aku nak cerita sebab aku mungkin nak ambil major ni. Sekali imbas aku tengok, major ni akan deal dengan alam sekitar. Bagaimana nak menguruskan alam sekitar kita supaya terpelihara. Lagi tengok, ada juga bab waste water management. Tak pasti sama ada waste water ni akan ada dalam water sahaja atau dalam environment sekali. Tapi maklumlah, major ni akan membezakan 5 hingga ke 6 subjek sahaja. Jadi jangan risau sangat. Kepada sesiapa yang sayangkan bumi kita ni, maka dijemput mengambil major ni. Mari... Maklumat lanjut klik sini.

Structure - Punyalah banyak buku dah beli. Korang bolehlah baca. Semua yang kita dah belajar dulu tu ada gunanya. Structure akan handle design dan akan buat analisis. Major ni la yang senang kita lihat. Tengok saja construction, kita akan lihat progress pembinaan dengan melihat bangunan tersebut naik. Jadi, structure akan deal sebelum pembinaan bermula untuk memastikan binaan tersebut mampu menampung beban pada masa akan datang. Jadi, duduk dalam pejabat dan reka. Agak-agak ada masalah datang dari geotech, jadi kena adjust semula rekaan tersebut. Maklumat lanjut klik sini.

Geotech - Soil adalah benda penting sebab semua structure kat bumi ni akan memindahkan bebannya ke tanah. Kecuali ISS yang sentiasa terapung kat angkasa tu. Major ni akan handle bab-bab tanah dari kestabilan dan kesesuaian tanah tersebut untuk menampung satu-satu structure. Bukan itu sahaja, ni bukan tak buat ape-ape structure, tapi dia akan buat jugak ape-ape support untuk menampung tanah. Macam kat wall tu. Dalam praktisnya, kerja-kerja geotech dimulakan sebelum pembinaan. Mesti pernah dengar SI, masuk kat site, ambil sample, buat test. Maklumat lanjut klik sini.

Highway - Orang awam menggunakan jalanraya. Tidakkah mereka terfikir mengenai lampu isyarat, sistem laluan dan juga aliran yang mereka guna setiap hari? Inilah dia major yang merungkai segala permasalahan dalam aliran trafik. Secara praktisnya, akan mempelajari segala aspek mengenai sistem pengangkutan. Kena anggarkan jumlah traffic, design sistem, meningkatkan kualiti jalanraya, dan meningkatkan efficiency jalanraya. Contoh tokoh yang cemerlang dalam bidang ni adalah Mahmud Ahmadinejad, presiden Republik Iran sekarang ni. Sedikit mengeluh, kenapa la takde railroad engineering. Maklumat lanjut klik sini.

Water - Yeah, jangan risau kawan-kawan sekalian. Ini lebih berkait dengan hydraulic engineering. Lebih kepada design bridge, dam, perparitan dan saliran. Mesti deal dengan anggaran air yang akan memasuki kawasan kajian dan pelbagai lagi. Bagaimana kelajuan air akan mengalir dalam satu-satu keadaan dan bagaimana menangani dan menguruskan saliran dalam satu-satu kawasan yang dirancang. Tak pasti sama ada major ni akan dibezakan dengan environment atau tidak dalam bahagian waste water treatment. Nanti kita pastikan. Maklumat lanjut klik sini

Concrete - Ada dua major yang tidak dapat dipastikan. Tapi ada yang berfirasat major ini akan berkaitan dengan material apa yang sesuai untuk dicampurkan dengan konkrit ni untuk menjadi lebih teguh dan utuh. Tapi masa kita buat lab visit untuk building service semester 5, kita dah nampak lab concrete yang besar tu. Sekali dengan konkrit-konkrit yang besar. Sekurang-kurangnya kita dah tengok lab dia tu. Jadi bolehlah membayangkan benda tu. Kalau anggap concrete ni ada kaitan dengan material bolehlah klik sini.

Management - Inilah major, kalau dalam praktis nanti akan menguruskan keseluruhan masa pembinaan. Dari mula sehingga selesai dan juga selepas siap pembinaan. Kata Encik Wan, major ni amat kurang pelajar yang mengambilnya. Tapi bukanlah apa-apa pun. Kemungkinan major ni ada kaitan dengan Law. Seperti yang kita dah belajar bunga-bunga sikit di diploma dulu. Nanti berkaitan dengan Administration lah agaknya. Major ni tak dapat nak pautkan dengan mana-mana website lain. Harap Maaf.



Memang tak lengkap pun. Tapi bolehlah sekurang-kurangnya disenaraikan disini major yang akan ditawarkan. Jadi, bolehlah mula befikir dan memilih mana yang terbaik dan sesuai dengan diri masing-masing. Disini, saya nak promote Major Environment. Jom pakat ramai-ramai ambil major ni. Jom...



ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-

No comments: