Monday, June 23, 2008

Berbasikal Di Malaysia




Dipetik dari Harakahdaily.net 23 Jun 2008
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15328&Itemid=1

Salahkah berbasikal ke Parlimen?

Selepas puas memujuk rakyat mengubah cara hidup ekoran kenaikan mendadak harga minyak, nada seorang menteri kabinet kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi tiba-tiba berubah.

Semuanya angkara empat Ahli Parlimen KeADILan berbasikal ke Parlimen pada Isnin, 23 Jun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan tindakan empat wakil rakyat KeADILan itu sebagai kebudak-budakan yang langsung tidak mencerminkan tahap keupayaan pemikiran anggota Parlimen.

Nazri dilapor Utusan Online mendakwa ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu cuba mencari publisiti murahan sedangkan sebagai anggota Parlimen banyak lagi tindakan lebih matang boleh dilakukan bagi membantu kerajaan berhadapan dengan fenomena kenaikan harga minyak global.

�Dahlah kayuh pun setakat dari Bank Negara saja... saya harap kalau sungguh-sungguh sangat, teruslah berbasikal ke Parlimen setiap hari selagi kerajaan tidak penuhi tuntutan mereka (turunkan minyak).

�Jangan setakat kayuh hari ini sahaja, budak darjah enam pun boleh. Pada saya yang penting empat orang ini kena ingat, mereka adalah Ahli Parlimen, ruang tersedia untuk mereka berhujah bagi mengatasi masalah, bukan gimik macam ini.

�Apakah mereka ini ingat kalau dengan kayuh basikal kerajaan boleh turunkan harga minyak?� rungut Nazri kepada pemberita di lobi Parlimen, hari kejadian bersejarah itu berlaku.

Tian Chua (KeADILan-Batu), N. Gobalakrishnan (KeADILan-Padang Serai), Zulkifli Noordin (KeADILan-Kulim Bandar Baharu) dan Hee Loy Sian (KeADILan-Petaling Jaya Selatan) benar-benar mencatat sejarah.

Mereka tidak sepatutnya menjadi 'bahan belasahan' Nazri. Malah jika menteri itu benar-benar berfikiran rasional, beliau sendiri wajar ke pejabat dengan berbasikal untuk sama-sama merasai keperitan hidup rakyat yang semakin merana akibat kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian.

Hina sangatkah naik basikal ke pejabat? Di negara-negara maju khususnya negara-negara Scandinavia, berbasikal untuk ke pejabat bukanlah perkara yang pelik. Tidak payah cakaplah di negara-negara Asia seperti India, Pakistan, Cina, Jepun dan Korea.

Jika Nazri menganggap berbasikal ke Parlimen melambangkan sikap kebudak-budakan, beliau sebenarnya lebih dibuai sentimen daripada memikirkan tindakan itu dari aspek positif.

Apa salahnya kita membudayakan berbasikal ke pejabat? Dan yang patut memulakannya adalah para pemimpin negara yang hanya 'gatal-gatal mulut' meminta rakyat mengubah cara hidup.

Daripada bersesak-sesak dan berhimpit-himpit di dalam bas, komuter, LRT, Putra dan sebagainya, apa salahnya bagi warga kota Kuala Lumpur yang jarak antara rumah dan pejabat sekadar 5km radius menggunakan basikal ke pejabat?

DBKL khususnya perlu memikirkan mekanisme, infrastruktur dan kaedah yang sesuai bagi menggalakkan budaya ini. Ya lah! Kita bukan punyai sistem pengangkutan awam semaju dan seselesa negara-negara maju.

Jika Nazri dan menteri kabinet menggunakan bas, LRT, Putra, komuter dan teksi ke Parlimen, adakah mereka yakin tidak akan sampai lewat ke Dewan Rakyat jika bertolak daripada rumah pada jam 8.00 pagi? Jawablah... Jangan sekadar gatal mulut mahukan rakyat mengubah cara hidup!

DBKL contohnya boleh menyediakan laluan khas berbasikal di ibu kota. Apatah lagi majlis-majlis bandaran di Ipoh, Alor Setar, Pulau Pinang, Shah Alam, Johor Bharu, Kuantan dan jangan lupa Kota Bharu.

Sesekali rakyat mahu melihat YB Takiyuddin Hassan dan YB Husam Musa berbasikal ke Kota Darul Naim. Tak salahkan?

Dalam apa juga aspek kehidupan, soal pendidikan amat penting. Pendidikan berupaya menentukan personaliti dan tabiat manusia.

Jadi apalah salahnya jika kampus-kampus universiti awam memulakan budaya berbasikal ini. Para mahasiswa dan mahaguru di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dikenali sebagai 'Green Campus' sepatutnya boleh berbasikal di dalam kampus. Keadaan tapografi UPM yang rata dan landai membolehkan basikal dijadikan alat pengangkutan utama paling kurang pun di dalam kampus. Begitu juga di Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia dan lain-lain IPTA dan IPTS.

Tapi janganlah berbasikal di UiTM Shah Alam, nanti separuh pelajarnya akan patah kaki dan tangan kerana brek basikal cepat haus dek keadaan tapografinya yang berbukit-bukau.

Bak kata pepatah, alah bisa tegar biasa, nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Berbasikal memang boleh diamalkan. Ia bukan idea budak-budak tapi cara paling praktikal untuk mengurangkan kesan kenaikan harga minyak di samping menyihatkan badan.

Nazri perlu memikirkan semula pandangan serongnya tentang basikal. Atau mungkin sejak dari lahir, pak menteri tu dah boleh tunggang motorsikal.


"HoHo": Tertarik dengan artikel berita ini. Walaupun fokusnya pada kenaikan harga minyak petrol dan diesel baru-baru ini, tapi hakikatnya, langkah ini juga merupakan salah satu usaha proaktif untuk menunjukkan kepada rakyat disamping mengelakkan penggunaan bahan bakar tersebut malahan juga mengurangkan pencemaran alam sekitar. Hari sabtu baru-baru ini, terlepas menonton konsert Akademi Nasyid, tapi sempat melihat penghujung siaran Majalah 3 di Belanda. Terlihat ramai yang mengayuh basikal di serata tempat. Lorong khas untuk berbasikal juga disediakan oleh pihak berkuasa tempatan. Tampak kemas dan cantik jika dilihat. Walaupun saya ada artikel membenci Belanda, itu adalah perasaan terhadap penyiaran filem Fitna pada tempoh hari. Tapi hakikatnya disitu telah membudayakan berbasikal ke tempat kerja dan tempat-tempat formal yang lain. Tonton sahaja "Who Am I?" hasil lakonan Jackie Chan yang berlatarkan Belanda dalam filem tersebut. Pelagai jenis basikal ada disitu. Tapi ramai berpendapat negara sana beriklim sejuk dan tidak banyak mengeluarkan peluh. Betul, memang benar pendapat itu. Tapi boleh juga dilihat di India. Sebenarnya, bukanlah hendak pergi 20,30 mahupun 100 km berbasikal, tapi cuma kalau boleh ke tempat berdekatan dengan berbasikal. Seperti artikel diatas menyarankan untuk pergi ke lokasi dalam radius 5 km dengan menaiki basikal. Rasa seperti hendak mengikuti saranan itu, tetapi ada juga petikan untuk UiTM Shah Alam yang berbukit bukau. Kelakar juga kalau difikirkan, memang berbukit-bukau disana. Tapi, UPM memang landai. Seronok, dapat jimat menggunakan minyak. Tapi tidak mengapalah. Saya cuba menggunakan kemudahan awam bila belajar di Shah Alam nanti. Cuba mengikut saranan kerajaan. Cuba dulu, baru kritik.

ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-

No comments: