Saturday, June 21, 2008

Setelah Sekian Lama...



Waahh, Alhamdulillah syukur. Lama dah mencari-cari lagu Sulis dan Haddad Alwi. Kalau sekali teringat, mahu ambil dari Alang. Tapi sememangnya asyik lupa saja. Hari ni, elok dari mahu mendengar nasyid Raihan, beranjak ke Rabbani. Maklumlah, Youtube selalu ada pautan. Jadi mudah, tergerak hati mahu melihat, tekan saja. Sedang asyik menekan-nekan, teringat Madinatul Ilm dari Haddad Alwi dan Sulis. Tapi walaupun sudah lama masa berlalu, carian di Youtube tidak pernah keluarkan keputusan yang memuaskan hati. Tidak ada seorang pun yang memuat naik video itu.

Jadi, sekarang baru mengerti, enjin carian Google.com lebih berkuasa dari Yahoo. Cuba mencari, akhirnya, jumpa juga. Sudah lama dan rindu pada lagu-lagu Cinta Rasul Orkestra. Ingin sekali menyelami lirik dan seni musiknya yang indah. Belum lagi pernah mendengar orkestra secara live. Mungkin hari kemudian, rezekinya akan hadir juga.

Hehe, sedang mendengar, mahu juga lihat khabar berita Sulis. Apa ceritanya sekarang? Lihat-lihat, beliau sudah berganjak dewasa. Wah, manis sungguh gadis ini. Terus terlupa semua pada Boa dan Risa. Maaf ya.



ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-

2 comments:

Anonymous said...

wah manis sungguh gadis ni..btw,, sape Boa dan Risa???

Aderi Aryasu said...

Owh.. ahahaha.. BoA tu artis korea, risa pula artis jepun. kisah2 lama, semakin berganjak masa, lagu2 mereka pun sudah tak terlayan. huhu