Sunday, June 8, 2008

Petrol Naik, jadi?


Aduh.. Kena mengeluh la lagi. Betul tak? Nak buat macam mana lagikan? Keputusan sudah dibuat dan dilaksanakan. Apa lagi yang dapat kita buat? Tak ada lagi ape yang boleh buat. Cuma yang biasa terjadi adalah demonstrasi kalau di negara-negara lain. Tapi di sini, kecil-kecilan sahaja. Di merata tempat dari Kuala Lumpur, Penang dan baru-baru ini di Larikin, Johor.(so far...)

Secara jujur, nak kata apa. Hmm, rasanya kali ni yang pertama memahami sendiri apakah situasi kenaikan harga petrol. Sebelum ini tidak kisah apa yang berlaku. Naik? naik je la. So what? Ooo, naik harga la kan. Hmm, tak pe lah, bukan bawak kereta pun. Kalau nak kena bawak, mesti ade orang yang menaja duit minyak. Sbb sendiri pun jarang sangat keluar rumah. Tapi, lepas duduk rumah sewa, dengan harga RM1.92 tu pun terasa beban yang amat sangat. Hanya ulang-alik dari rumah hendak ke kelas 2 kali sehari sahaja, sudah memerlukan sekurang-kurangnya RM15 seminggu. Fuuh, macam mane kita hidup syuk, eb, fendi, auk, hamiz, apis, seth, wadi, nabil, faxro dgn basyir saat-saat di akhir sem? Makan? Hmm.. x pe la, telur goreng je la. Ape? dah abes? Maggi je la? Lorh, Abes jgak ke.. x pe la, ptg nnti kita pkai la kupon RM4 sehari yg katanya SUBSIDI jugak tu. Lepas la untuk kita mkn sekali sehari. Sekurang-kurangnya kan. Hehe, biasak la tu, belajar memang susah. Baru Allah bagi kita senang di kemudian hari. Mudah-mudahan InsyaAllah.

Tapi, sekarang ni dah naik la sampai RM2.70, ape crite ni? Tanya Auk kt aku ni. Aku cuma tak terkata je la. Kita tak boleh wat pape. ade AUKU. Ape tu, adik beradik kuku ke? Hmm.. x pe lah, mmg mahasiswa kat sini ssh sket nak faham psl benda-benda ni. Susah tak terasa lagi(mungkin). Ye lah, kita kan belum mula lagi semester. Tgk la sket lagi. Hehe. Well, kali ni sudah pun faham situasi kenaikan harga minyak sama macam Fendi faham suasana pru12 baru-baru ni, sebab katanya dia tak ambik tau pun pru sebelum2 ni. Aduh, minyak oh minyak, sememangnya engkau adalah emas hitam yg telah disebut-sebut oleh Rasulullah sawa sejak 1400 tahun dulu.


No comments: