Assalamualaikum. Kombanwa minna-san. Bukanlah berkehendakkan untuk membuka internet tetapi memandangkan hari ini adalah 31 Oktober 2009 terasa seperti mahu mengucapkan selamat tinggal pada bulan Oktober.
Ya sememangnya Oktober adalah bulan yang istimewa. Kerana didalamnya ada hari kelahiran saya. Oktober juga lambang permulaan baru untuk tahun hadapan. Kerana dari bulan Oktober kemudian dua bulan seterusnya melambangkan akhir tahun dan persediaan untuk tahun hadapan, 2010.
Kurang menyenangkan juga kerana sememangnya secara tradisi Oktober akan diisi dengan pelbagai ujian dan dugaan dan sudah semestinya musim peperiksaan menjadi isu utama. Walaupun kertas saya tidak bermula di bulan Oktober ini, tetapi kehangatannya sudah terasa dari sekarang.
Dalam mengakhiri Oktober ini, sengaja saya ingin menukilkan disini sedikit peristiwa lama supaya saya dapat membacanya di masa hadapan dan tidak terluput oleh masa dan zaman.
Seketika tadi saya ada bermain permainan ringkas di komputer sengaja untuk merehatkan minda yang lesu. Permainan yang saya mainkan adalah Puzzle. Puzzle digital yang disusun didalam komputer.. Ada juga jigsaw puzzle untuk ilustrasi Dragonball Z.
Suatu ketika dulu, saya tidak pasti siapakah yang membelanja saya puzzle Dragonball Z ini. Puzzle sebenar saya untuk pertama kalinya dan kerana kepingan yang banyak, agak mustahil bagi saya untuk menyusun dan mencantumkan puzzle tersebut menjadi sebuah gambar besar yang menarik. Gambar paparan luar kotak menunjukkan hampir kesemua watak Dragonball Z.
Dan melihat keadaan ini, tanpa disangka arwah ayah saya meminta puzzle tersebut dari saya lalu saya berikannya saja. Mengintai dari celahan pintu ayah, kelihatan ayah tekun menyusun puzzle tersebut satu persatu dengan memakai cermin mata beliau. Hati kecil saya memikirkan pelik juga ayah meminati permainan ini tambahan pula gambar ilustrasi Dragonball Z hanya diminati oleh kami generasi muda dan juga kanak-kanak (ketika itu saya masih di sekolah rendah).
Selang beberapa hari kemudian, ayah memanggil “Adli! Ayah dah siapkan puzzle kau. Kemudian ayah sudah tanda pada papan ini berserta turutan nombor dan huruf. Ayah juga dah asingkan untuk setiap lima baris yang ayah buatkan ni kedalam satu plastik. Jadi ada lima plastik semuanya yang mengandungi kesemua kepingan puzzle itu. Jadi kau bolehlah susun dan bermain dengan puzzle ini.”
Sungguh tak sangka itu rupanya niat ayah selama ini. Sanggup untuk memasangkan dulu ratusan atau mungkin ribuan cebisan puzzle yang kecil untuk menghasilkan satu gambar besar yang lengkap untuk anaknya. Selain itu, ayah juga sanggup untuk mengkodkan satu persatu cebisan puzzle itu yang bukan main banyak jumlahnya. Saya bukan main seronok. Sempat juga mengajak arwah Syafiq untuk melengkapkan bersama. Dengan kemudahan kod dan nombor yang ayah sudah buatkan, menyebabkan saya selalu menyusun dan memasang puzzle tersebut sehingga menjadi sebuah gambar besar yang sempurna.
Ini menyebabkan saya terasa ayah seorang yang sabar dan perfectionist. Dan saya sungguh ‘adore’ pada sikap tersebut dan cuba untuk mencontohinya. Cuba untuk menghasilkan report yang baik. Susunan yang baik. Aturan yang lengkap. Memenuhi kehendak soalan. Walaupun saya bukanlah perfectionist yang sempurna. Tapi saya mencuba untuk pergi kearah itu. Kadang-kadang saya sanggup untuk menaip satu persatu berbanding dengan rakan lain. Dan juga tidak meletak angka 2 untuk perkataan yang berulang-ulang.
Terima kasih ayah. Aduhai, seingat saya ketika ayah memberikan semula kotak puzzle tersebut, ada orang lain yang menyuruh saya mengucapkan terima kasih. Alangkah bodohnya ketika itu, terima kasih pun saya tidak pandai untuk mengucapkannya.

FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -
- Master Yoda -